Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Otakku kelaut…..

Sambil baca, aku mohon korang mainkan playlist ni…ambik mood kelaut aku. Kalau korang sudilah…kalau korang ada mabuk laut, aku tak paksa…duduk di persisiran pun kira okaylah…

Sebenar takde apa pun nak cerita sangat. Cuti lama, aku pun dah terbang ke mana. Dikesempatan ni aku nak kongsikan satu berita sedih. Dimana seorang kenalan dari kos Geomatik (AP121) telah meninggal dunia tengahari tadi. Kejadian berlaku di Semenyih ketika beliau keluar pada waktu rehat. Motor yang ditunggang beliau mengalami kemalangan bersama lori. Alfatihah untuk beliau….

Cerita nak patah hati pun terbantut. Mula aku hulur kaki sebelah kedalam laut. Pastu tak sangka pantai tu terus turun kedasar. Bahayanya…

Selepas tenggelam ke dasar, aku cuba untuk berenang. Punyalah beria aku berenang tapi seinci pun tak berganjak. Oh, baru aku tau yang sebelah lagi kaki aku ada beban yang menampung. Satu lagi aku tak berenang pun. Aku hanya lompat katak. Hahahahaha ketawakan diri sendiri.

Lepas tu dahlah beban tu bergari, kunci pulak tu…macam manalah aku nak tanggalkan dia kalau kunci dia sendiri aku dah hilangkan sebelum aku terjatuh ke dasar ni…berat!

Dalam sibuk nak lepaskan diri dari rantaian beban, aku dah lukakan kaki aku yang sebelah. Nasib baik dalam laut, so luka tu takdelah terasa sangat. Dan aku berhenti meronta bila aku rasa semua perbuatan aku hanya sia-sia. Takde hasil. Dan aku pun terus biarkan diri aku tenggelam bersama rantaian bebanan tadi, Yang beratnya makin bertambah setiap kali aku cuba meronta….

Otakku kelaut lagi….kini bukan saja otak yang berangan tapi jiwa pun turut melayang. Entah diawang mana, aku pun dah terlupa. Entah-entah tak sempat melayang aku sudah terkandas. Syadid! Tersekat kerana sawang labah-labah yang tebalnya kalahkan awan di langit. Cyeh! Kau yang sekatkan pemikiran dengan sawang, cakap aku yang tak bersihkan otak…

Persisiran pantai itu memukau selagi mana kita hanya melihatnya dari jauh. Jika kita pergi dekat, kita akan terbakar. Suka atau tidak persisiran adalah pentas bagi laut dan matahari. Kita adalah bonekanya. Pernah dengar tak orang dulu pesan, jangan terlalu kerap ke pantai? Kalau api boleh membakar, pantai boleh melemaskan. Even yang pakar berenang sekalipun. Ah, time-time macam ni lah mabuk laut…

Kunci tu dah jumpa ke belum? Geleng. Jadi, sekarang kau masih berantailah? Unjuk kaki. Kau ada nampak ke rantai yang membelengu kaki aku? Geleng tanda tak ada. Jadi, kenapa kau tanya tentang kunci jika rantainya pun tak dimangga? Kelip mata, celik minda…dari mana datangnya kunci jika sendiri pun tak pernah dimangga? Gila!

Bawa otak ke matahari untuk dihidang kepada sinar UV. Kenapa?

Bagi otak tu cair, supaya tadaklah salahkan mood…otak yang beku, salahkan mood yang dingin…pigida!

Nak menang jangan overthink. Nanti jadi assumption dan membunuh jiwa kejayaan. Maka disitulah akan datang rasa putus asa dan ragu-ragu. Padahal itu semua sifat syaitan. Mengucap….

Dahlah…aku tak rasa yang entri negatif boleh membantu positifkan orang. Macam kalau kita makan halia tanpa air, adakah kita akan senyum? Takkan! See kau cuba salahkan halia pulak.

Maafkan aku halia…bukan niat aku nak kata semua orang tak pernah senyum setiap kali makan kau, tapi kalau aku senyum masa makan halia, tu tandanya halia tak cukup power…so mana kau nak?

Dah dah lah tu….awal tadi cakap tak de apa nak cerita sangat. Lepas tu ajak orang ke laut sama dengan dia. Apa? Ingat semua orang nak lemas dengan dia ke? Ceyh! Dari pilih bebas dengan cara lemaskan diri, baik aku terbang dan terhempas. Baru sakit dia puas! Lemas? Tak thrill langsung!

Amboi! cakap besarnya…kau ingat kalau kau terhempas dan bersepai tu ada orang nak kutip ke? At least tubuh aku lemas, dia masih lagi bersatu dan kaku. Huh! Bersepai tu tandanya aku dah terbang cukup tinggi. Itu perasaan kau je…jangan ingat terbang cecah atmosfera kau berjaya…sebab tak semua satelit selamat kat angkasa tahu? Nanti sia-sia je terapung takde siapa peduli.

Kau ingat kau lemas ada orang kisah? Haram takde! Dahlah kerja nak menenggelamkan diri je…langsung tak timbul.

Ah! sudah-sudah! aku nak korang dua pergi jemur otak kat matahari sana.

hahahahahhahha….abaikan semua ni….ni kes dialog budak mental disorder like bipolar…memang hancur! sorang nak lemas, sorang lagi nak bersepai…alih-alih jadi pasir…mana tak muntah kalau orang nak fahamkan? Kan aku dah bagi warning awal-awal tadi..

Apa-apa pun, thanx for those yang baca nonsense entry ni…harap penulis selamat dibawa ke pakar…

Subscribe
Notify of
guest
13 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 17, 2016 17:24

thank you! 🙂

Taufik Ibrahim
October 17, 2016 17:06

Good work N nice post.
Kesehatan

Anonymous
Anonymous
February 19, 2016 18:29

ekekeke tak serik la.. makin suka mau baca.! haha >.<

sofie adie
February 12, 2016 19:53

walaweh!! hebatlah lissa boleh lemas sama….terharu sekejap…

tersentap? kenapa? maafkan saya lissa…tadak niat utk buat lissa tersentap dan bercelaru…T^T

hope lissa tak serik baca entri saya lagi..k?

Anonymous
Anonymous
February 12, 2016 19:36

wow.. deeeeeeeeeeeeeep. dengan Lissa lissa sekali lemas nak hadam.. hahah apapun, i found this entry really amusing.. kejap baca tergelak.. kejap baca tersentap. eh. Lissa pun bercelaru jadinya. haha

sofie adie
February 11, 2016 19:50

aih….sampai sesak napas ko ni biar betul? huhuhuhu sorry der..tadak niat pun nak buat ko tak cukup nyawa… ^_^!

thanx sebab masih gigih untuk fahamkan….
ala…ko boleh je baca kalau tak nak pasang muzik pun…tu extra je…huhuhu

sofie adie
February 11, 2016 19:49

hahhahahha,…..ndak pa pa…

sofie adie
February 11, 2016 19:47

huhuhuhu thanx kak ros walaupun dalam dan jauh…tapi still akak baca…terima kasih untuk ucapan akak…insyaAllah saya masih cekal atas kehendakNya…

lepas ni akak minum halia, mesti terfikir-fikir kan…hehehehhehe

sofie adie
February 11, 2016 19:40

dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali….

zuhdi sanusi
February 11, 2016 19:15

adoi la., bru baca sparuh aku plak yg sesak npas., mintak nyawa
bila abis baca jer ngan otak aku skali yg ssak., huhu
anyway aku trus cuba untuk paham dn hadam.,

isshhh srabut la plak muzik backround ni., haha.,

Aienienka Peter
February 11, 2016 19:15

penat nak hadam apa dia tulis. ulang2 banyak kali.. hahaha

ros nordin
February 11, 2016 19:15

Sofie lagu kena ngan entry.. err dasyat penulisan yang ni..jauh dan dalam..harap cekal dengan realiti sementara datangnya hakiki..

btw akak dah 3 minggu lebih minum air halia panas suam.. kosong.. tanpa gula tiada manis..yang ada panas perit pedas..

ros nordin
February 11, 2016 19:15

Untuk kawan sofie..InnalillahhiwainnaIlaihirajiun..

Scroll to Top