A brown pawn with a crown stands prominently on a chessboard, symbolizing strategic play.

It’s my life I’m taking it back

Rupanya Arrested Youth ada album baru November yang lepas. Aku yang terlepas pandang seperti mana aku sering terlepas pandang pada kadar kenaikan harga bagi yuran perkhidmatan dalam industri profesional.

Ah, semua pakat naik harga ni kawan…macam mana kita nak survive? gusarnya..

Yang pegang rezeki itu Allah. Jangan diragui jaminan rezeki dari Dia. Kita pun telah berusaha, jadi doa dan tawakkal padaNya.

Kenapa satu album baru ni, lagunya semuanya seakan familiar benar. Seolah aku pernah mendengar pada hayat lepas. Nampak tak sebenarnya lagu dia punya rima senada dengan jiwa? Begitulah betapa familiarnya ia pada halwa.

Minggu ini aku dah khatam drama Korea bertajuk ‘Family Matters’ (2024). Pergh…memang tak rugilah tengok cerita tu.

Oh ya, sebelum pada itu minggu sudah aku tak sempat marathon apa-apa cerita. Biasanya misi aku satu minggu satu series. Jadi minggu ini bermula drama ‘Unlocked’. Walaupun cerita tu agak slow dan urghh tapi aku layankan jugak sebab nak tahu pengakhirannya bagaimana.

Dalam masa yang sama, aku masih lagi jadikan sitcom ‘Everybody Loves Raymond’ sebagai peneman makan. Sebelum aku mulakan series Family Matters tu aku sempatlah melayan anime ‘Wedding Peach’. Selang seli gitu mood nak melayan ceritanya.

Minggu depan dah masuk bulan puasa. Jadi rasanya fasa sebulan tu kalau boleh, kurangkanlah layan perkara lagha ni kawan. Teman pesan kat diri teman jugak nih. Jangan diikut hawa sangat masa Ramadhan kelak.

Apa yang aku suka pada lirik Arrested Youth ni adalah dia realistic. Dan mudah nak faham metafora semua. Sebab tu lagu dia paling aku suka giler sampai jadikan ringtone noq! Tajuk lagu tu adalah, ‘The Kid I Used to Know’.

Takat ni sajalah cerita kita minggu ni. Papehal roger!

Sampai bertemu pada entri akan datang. InsyaAllah ada rezeki, kita berjumpa pada Ramadhan kelak. Till then!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top