Blog Header

“Jodoh Itu Milik Kita?”

“Jodoh Itu Milik Kita?”

jodoh, milik, drama, novel

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka tersebutlah kisah aku melayan semua cerita ‘slot akasia’. Start dari ‘Love You Mr.Arrogant’, sekarang ‘Jodoh Itu Milik Kita’. Dan, hasilnya dok sengih sensorang. Nonsense betullah. Angau entah dengan sape sapelah yuha oii.

Aku pernah bagi tahu member aku sorang, aku cakap yang giler bestlah kalau dapat lelaki sebaik Aariz Daniel tu. Pastu, dia jawab,

‘Mustahil lelaki sebaik macam tu wujud!’

Tapi, aku percaya ianya wujud. Sebab R.A.M cakap,

‘apa yang difikir itu ada!’ maka, percayalah.

The Power of Believing ni kuat wo…

Back to ‘Jodoh Itu Milik Kita’, suka sekali aku katakan, aku memang minat giler tengok pasangan tu. Farid Kamil dan Tiz Zaqyah. Sangat comel. Dan bahayanya tengok cerita macam ni, sebab ianya akan mengecewakan aku. Terutamanya. Cerita memang bolehlah happy ending. Tapi,realitinya…

Masuk era umur angka DUA nie, memang banyak dugaan. Dugaan hati. Kehendak atau keperluan. Memang aku akui kadang kala aku sendiri boleh terbabas. Tapi, Alhamdulillah masih boleh diselamatkan. Haish, apa yang aku melalut ni?

Bercerita soal jodoh, (aie, serius nampaknya topik ni…) membuat aku sendiri blur. Umi, akan bagi greenlight selepas semuanya sempurna. (masih belum sempurna…)

Umi, umi, nasib baiklah anakmu yang sorang ini ‘loneranger’, kalau tidak maunya sakit kepala fikirin. Ah, usah fikirin.

“Kita patut bersyukur, bukan mempertikaikan kenapa itu kenapa ini…”-Jodoh Itu Milik Kita-

Jodoh bertemu Ilahi pada usia muda.

Macam Ammar. Berapa ramai yang sebertuah dia. Sikit je.

Sob sob sob,…sangat gementar.

Dalam ‘surat cinta’ dah lama tertulis, hanya aku je yang tak baca.

Proses awalnya kita kenalah cintai Tuhan sebagaimana kita angau pada sesuatu yang tak pasti. Mencintai Rasulullah sama macam kita jatuh cinta pada ‘crush’ kita.

Kita tak kenal tapi suka. Kalau Rasulullah mesti kena lebih lagi. Sebab kita kenal, tapi kenapa masih belum cinta?

Sebab dalam diri manusia akhir zaman banyak dikaburi oleh penyakit al-waham, iaitu penyakit cinta dunia, dan takut mati. Nak kikis dalam masa singkat bukan senang. Tapi, nak semai bukanlah susah.

Hanya nak atau taknak je.

‘Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’

Entri kali ini, aku cuma nak share bahawa apa-apa jua sesuatu yang tak pasti itu mestilah dikembalikan kepada sesuatu yang PASTI.

***THE E.N.D***

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 3, 2017 05:04

cik ila kena tengok ni..heheheh maksa pulak…tapi memang okaylah kalau nak layan.

ILA shafila
March 3, 2017 04:33

Cik Ila tak tengok lagi drama ni.

Scroll to Top