Kawan itu…
Tidak dihitung pada waktu gembira,
Tapi dibilang pada waktu berduka
Kawan itu..
Satu datang, belum tentu yang dulukan hadir…
Pahit itu kau telan seorang,
Kerana kau sudah tidak percaya…
Mereka faham tapi tidakkan memahami
Seperti jua mendengar, namun seperti angin lalu…
Kawan kadang dijadikan sekadar suka-suka,
Bila sedih, terus cari yang baru..
Kawan itu,
Tiada yang sempurna…
Manusia tanpa silap itu mati namanya…
Manusia dan silap ibarat ciptaan yang tidak dapat dipisahkan…
Seperti jasad, pelengkap hidup adalah roh
Roh tanpa jasad, hantu digelar orang…
Jasad tanpa roh, mayat istilahnya..
Kau yang mana?
Aku punya jasad, aku jua miliki roh…
Namun aku tiada jiwa…
Jiwaku melayang mencari sesuatu yang dulunya pernah hadir…
Namun hilang disaat aku perlukan..
Atau, akukah yang membuangnya?
Kawan…
Memanggil aku kawan kepada kawan kau, tidak menjadikan kau jua kawan aku,
Kita ada sempadan yang perlu dihormati…
Sempadan dalam berkawan?
Aku tidak pernah membacanya dalam mana rujukan…
Memang tiada, kerna aku yang menciptanya…
Kau yang membina jurang, kau jua yang menggali lubang..
Tapi nanti..kau yang mengadu sendirian…
Apa yang kau mahu sebenarnya?
Kawan atau lawan?
Kawan…
Jika aku alpa,
Tamparlah aku dengan realiti…
Yang sebenarnya…
Aku tidak layak miliki walau seorang insan yang bergelar kawan…