laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Ke-ter-nampak-kan yang kabur

Dalam dunia ni ada banyak perkara.

Salah satunya adalah perkara yang nampak dan perkara yang tidak boleh nampak.

Nampak.

Sesuatu yang dapat dilihat, dirasa, dihidu didengar oleh mana-mana deria yang kita ada.

Tak nampak.

Sesuatu yang langsung kita tak boleh kesan melalui deria rasa.

Tapi…

Hanya satu je dapat tahu.

Hati.

Hati bukan deria rasa

Hati bukan deria rasa?

Kenapa hati bukan deria?

Benda yang kita selalu nampak mudah pada orang, adalah susah pada kita.

Benda yang senang pada kita, adalah susah bagi orang.

Banyak perkara yang boleh dimasukkan dalam dua kategori ni.

Kalau kita mahir dalam sesuatu, tapi tidak bagi orang lain, mereka akan kata itu susah.

Tapi kita akan cakap senang.

Yeah, kita pun cuba juga menafikan kesusahannya bila orang nampak kita dengan INSPIRASI.

Sebenarnya takde benda senang.

Sebenarnya dia adalah nak dengan tak nak je.

Bila kita, diri aku sendiri terutamanya, tak nak bertindak untuk suatu perkara yang aku nak, benda itu bagi aku akan jadi sangatlah susah.

Dua perkara yang boleh ubah takdir manusia.

Hati dan niat.

Buat suatu benda tanpa hati walaupun niat dan betul, boleh jadi pemberontakan yang kemungkinan besar akan menghasilkan pelangi.

Niat, tapi tiada hati untuk buat, suatu pun takkan menjadi.

Niat semata-mata.

Usaha dan semangat.

Nak pupuk usaha untuk dijadikan semangat atau nak pupuk semangat untuk membina usaha?

Persoalan yang kita cipta, jawapannya dalam diri sendiri.

Kita tak perlu makan Trolls untuk bahagia.

Kita tak perlu mewah untuk bahagia.

Percaya atau tidak, bila kita kaya dalam suatu benda dalam perkara lain kita sebenarnya miskin?

Dan tahap kaya dan miskin bukan hanya dinilai dengan mata wang.

Jangan tertipu…

Kuncinya: Syukur

Itu semua tahu.

Syukur = tambah

Kufur = tolak

Istidraj? Rahsia Dia = Perkara yang kita tak nampak.

Dan perkara yang aku tak nampak adalah, kenapa ending Raees macam tu? Kenapa? Kenapa????

……….

This is my new  welcome back entry. Don’t be stress until you watch Raees. ?

Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 3, 2017 05:01

kejap je kat wayang…hahahah sila-sila jangan lupa share emosi anda selepas tengok cerita ni…

sofie adie
March 3, 2017 05:00

hahaha…samalah…last last jadi pekasam sajalah..huhuhu

-macam sekarang-selepas sebulan baru balas komen orang-:P

sofie adie
March 3, 2017 04:59

hahahahha..

sofie adie
March 3, 2017 04:58

wasslam yana…-selepas sebulan lesap..-huhuhuhu
😛

cEro
March 3, 2017 04:33

Tak sempat lagi nak layan Raees. Rasanya kat wayang pun dah habis tayang kot. Kena donlod laa nanti hahahaah

Nour Adieb
February 12, 2017 11:55

memula ingat entry ni pasai deria ke-6. selalu sy pasang niat nk buat ini, nak buat itu. tapi, bila dtg rasa malas, hrmmm xda hati nak buat apapun biar memula niat beriya-iya nak buat

Ayuni Sara
February 12, 2017 11:55

uuu…best baca ^^

The KehalusanKelembutan
February 12, 2017 11:55

Assalam sofie, welcome back! haha 🙂

Scroll to Top