Blog Header

Semakin itu, semakin ini…

man, fog, silhouette-1292269.jpg

Aku kadang give up nak hidup. Serius aku give up.

Habis tu kenapa kau masih dekat sini?

Entah….sebab ada misi yang aku belum lunas yang buat aku ditahan Tuhan kat dunia ni.

Dosa mungkin…

Hutang solat yang aku tak sedar…

Mutakhir ni aku buat apa pun hanya sekadar ‘janji aku dah buat yang terbaik dan semampu jiwa aku untuk buat…’

Takde passion. Takde semanagat. Takde rasa apa pun. Sifar.

Semakin dewasa ini, dunia semakin sepi. Jalannya, likunya…ceritanya yang buat kau hanya ada pena dan aksara saja untuk bercerita.

Iya, kita ini sukar benar untuk bersyukur ya. hahahah

Alhamdulillah Tuhan panjangkan usia kita. Untuk baiki diri. Sentiasa refleksi diri. Tapi, sampai satu tahap, macam sekarang…kalau boleh lari sejauh mungkin dari semua ni, aku memang akan lari…

Habis kenapa kau tak lari dari dulu?

Kenapa instead of kau berzikir nak lari, kau masih jua disini?

Aku tak rasa aku punya tempat di dunia ini…

Semakin kita pinta untuk lari, semakin sayu rasa diri…

Sebab?

Takde orang pun yang tahan kau…

“Asal nak lari? Habis aku macam mana?”

“Kalau kau nak lari, aku nak ikut sekali la…”

“Lari ke mana dowh? Jalan pun kau malas ada hati nak lari…”

Tak. Itu semua dialog ilusi yang aku nak dengar. Tapi takde…

Orang hanya diam…seolah kalau aku lari, lagi bagus…hahahaha

bodohkan…

Hidup ni kawan, kadang kau perlu gurau dalam sedihnya. Sebab minda kau tengah buat tricks. Kau tak boleh cepat percaya apa yang kau rasa. Kau kena kuatkan jiwa…

Iya, aku tengah kuatlah ni. Kalau dak, takdenya aku kat sini hari ni…

Semakin kita ingin menjauh, semakin kita tidak punya rasa…

Gembira ala kadar.

Sedih begitu jua..

Kau hanya jalani hidup sebab belum tiba giliran. Kau hidup, hadap…dan tenang semampu mungkin…

Manusia ni nak bersyukur payahkan…hahaha

Iya aku bersyukur dowh. Aku syukur kau ada dengan aku. Walau tak berjasad kau sentiasa setia dengar aku berceloteh. Kaulah bayang yang bagi aku kekuatan. Penaung segala keyakinan. Payung kala aku sedu sedan.

Thanks ada dengan aku…

Aku rindu kau.

Kau yang memandang tinggi dalam kehidupan.

Kau adalah aku, aku adalah kau…

Semakin kita dewasa, semakin kita kenal diri. Benarkah?

Angkat bahu….

Entahlah…

Aku tak tahu…aku just taip agar otak aku kosong dan tak lagi bising. Ah…

Baiklah aku tidur. Bukan tiada optimisnya aku ini, ada…

Cuma…aku lebih kepada realistik. Syukur pun ya.

Tuhan, aku serahkan hidupku ini pada Engkau…maka permudahkanlah…

Amin…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top