Blog Header

Ramadhan kedua dengan Covid

Ramadhan kedua dengan Covid

Ya saudara saudari covid sekalian, gimana puasa kamu orang?

Ada okaykah? Ada tidak okaykah?

Aku, alhamdulillah semua okay saja. Abaikan dulu dunia yang sibuk dan zalim dengan pemerintahnnya. Kalau nak difikir kezaliman sang pemimpin dan barisan atasan, memang bisa sakit kepala dan hati dibuatnya.

Jadi, raikanlah saja Ramadhan bersama Covid untuk kali kedua. Apa kes? Semua sudah betah dengan norma baharu, apa perlu rungsing. Kes itu memang akan sentiasa ada turun naik. Nak dituding jari pada siapa? Pada telinga yang degil mendengar kata? Pffthh! Bazir karan saja…

Oh ya, bermula Ramadhan kedua, aku dan beradik dah mula buka gerai depan rumah. Alhamdulillah dapat juga sambutan yang meriah. Seronok rasanya. Siang bertungkus lumus menyedia juadah jualan. Malamnya pulak, sibuk update blog dan bogwalking mana yang patut.

Sementalahan, aku pulak sibuk buat contest sempena merai tujuh tahun berblogging 😀 Makanya, kena rajin dan aktif mempromosi mana yang patut. Ye, aku tahu syaratnya tak berapa mudah dan guna pulak sweepwidget, but nah…worth the prizes lah kan…

Di gerai ni, kitaorang ada jual dalam beberapa juadah seperti, donut gula, donut fancy, tart telur, tart cheese, samosa, begedil, bubur pedas, dadih, maruku, kek pisang dan air chocopeng.

Sebenarnya banyak yang kena buat dari segi marketing untuk tingkatkan branding barangan jualan. *tarik nafas panjang* tapi, idea selalu tak selaras dengan masa yang ada. Aku cubalah mana yang patut untuk menyumbang serta memperkembangkan life as biz startup.

Apa lagi ek?

Hurm…nanti kitaorang insyaAllah (kalau larat) akan buka jualan biskut raya dan popia untuk Raya bersama Covid di tahun kedua ni pulak. Buat jelah demi hidupkan raya yang dah lama mati. Covid tak covid, raya tetap raya biarpun tak pernah meriah mana.

Kadang, tengok ekonomi ni memang rasa nak pot pet pot pet tanpa henti. Kita bagai nak rak itu ini banting tulang, sudahnya situ juge…

Covid ni untuk marhaen saja, dia tak sentuh golongan bangsawan dan kelas atasan. Maka, kena terima dan akur pada covid. Tak dapat vaksin pun redhalah, marhaen nyawanya tak layak dipertarung. Marhaen kan…datang dan pergi tak bernilai…Nak tuntut hak dekat sana pun, hurm….suka hatilah korang…dunia is dunia…yang pasti semua sana.

Sedapkan bertiduran dan enak bermimpi disulam penderitaan rakyat….

Kita yang marhaen ni, aku harap akan terusan diberi ketabahan dan kekuatan jiwa untuk harungi hidup yang sementara ni. Sementara tak sementara mahu empat dekad jugak ginian aja…

Papehal, salam Ramadhan bersama Covid kali kedua!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top