Search
Close this search box.
Sumpahan memori…

Sumpahan memori…

Arau.

Dengar je nama Arau terus menggamit semua memori dan cerita. Siapalah tak suka setiap kali pergi Arau bawak RM10 pun boleh bertahan sampai malam kan? Arau kot…tempat lahirnya seorang lagenda. Tapi tak ramai pun yang faham perasaan teruja setiap kali pergi Arau.

Aku pun masih tak boleh move on setiap kali jejak Arau. Ada je cerita nak throwback. Ada je cerita nak diranting dan sebagainya. Gilanya personaliti aku setiap kali dengar nama Arau kadang tak semua orang dapat bendung. Sebab mereka tak tahu rasa tu. Rasa macam melambung dan melayang sambil tersengih tengok sunset dibawah pohon yang sekarangnya sudah tiada…sedih…sedih bila dapat tahu Academic Height dah tak terjaga. Sedihnya lagi bila tak sempat pusing sekeliling Arau untuk makan segala jenis makanan dan mengutip segala memori.

Nak pulak setiap kali pergi Arau, automatik lagu ‘Cerita tentang kita’ oleh Peterpan bermain dalam kepala. Weh, kenapa sedih sangat ni…..rasa macam kalau dapat duduk dekat Arau untuk selamanya pun aku tak kisah. Atau jadikan rutin pergi ke Arau setiap tahun hanya untuk mengubat rindu yang tak terbendung.

Dia bukan kisah cinta antara dua manusia yang orang selalu gembar gemburkan. Ia adalah kisah antara aku dan Arau. Arau punya damainya yang bila angin meniup sepoi bahasa ia seolah beri kekuatan agar terus hidup dan melangkah ke hadapan…Arau macam sebuah inspirasi yang akan menjentik hati setiap penghuni yang menjengahnya…

Kalau nak bahas isu kenapa Arau…aku lebih rela diamkan saja dan senyum sambil membayangkan ketenangan yang Arau sajikan…daripada terangkan panjang berjela pada orang yang tidak tahu menghargai Arau. Tadak guna cerita sedapnya sambal petai pada orang yang tak makan petai…tak pasal-pasal kau sakit hati…

Arau bersama memorinya.

Arau bersama air matanya…Arau…hanya Arau saja yang buat aku gembira dalam kesedihan. Hanya Arau saja yang dapat mengubat galaunya jiwa kala mahu sendirian. Hanya Arau saja…yang bila kau menapak sendirian ia seolah sebuah kekuatan. Memori bersama Arau sampai bila pun aku tak akan lupakan.

Trip kali ni aku tak sempat jengah PDJH. Aku tak sempat jejak PI. Aku tak sempat nak teroka CMart dan segala kedai baru yang ada. Orang kata bergerak ramai, jauh perjalanan. Tapi…tak. Kalau manusia yang ramai itu tak reti menghargai, aku rasa ada bagusnya gerak sendirian….

Bak kata Sum 41, I’m better off by my own…

Overall, tak semua orang boleh dijadikan teman trip ke Arau. Lebih menyakitkan lagi….jika mereka palit memori pahit pada kau. Aku ingat dowh. Aku ingat sampai bila-bila….dengan bertemakan lagu-lagu Sudirman untuk mengubat payaunya rasa, aku rasa…aku serik nak pergi Arau dengan orang sembarangan….

Aku lebih rela pergi unplanning trip sendirian.

Macam teruk giler penangan yang dipalit. Tapi, yeah…bagi aku it really cut real deep. Sampai aku rasa silap besar menjadi seorang manusia yang open up memori dia pada orang yang baru berada di level acquaintance…entahlah….

Kalau korang tanya, apa yang berlaku dekat Arau tempoh hari sampai aku cold-blooded macam ni?

Huh…..banyak. Banyak….sampai aku rasa ada baiknya cerita itu aku kemam sorang. Ada baiknya aku tak bersembang dengan orang. Ada baiknya aku bottled up all the feeling dari kena judge dengan orang…ada baiknya aku bawak diri dari bergaul dengan masyarakat yang end up….aku menyesal kenal orang….

Bila kau beri peluang untuk hidup pada sisi yang sikit pun bukan diri kau dan jadi macam ni, jujur aku serik. Kalau fake itu yang dipilih, baik aku pergi solo sejauh mungkin….dahlah…aku semadikan sumpahan memori itu bersama segala rasa yang mengecewakan disini. Agar kau tahu, tak semua kenalan itu boleh dijadikan trip buddies….

The only trip buddies yang menghargai kau hanyalah buku, lagu, pena dan duit….kau kena ingat tu….silap besar aku over exposed personality pada orang yang salah….tak semua boleh terima skelaton dizaman dunia serba plastik.

Aku yang emo. Tak emo bukan orang namanya. Random rant yang aku perlu buang dekat sini. Sumpahan memori. Agar kau tahu, tak semua yang ketawa bersama itukan wujud bila dibanjiri air mata….aku pun bukan pelampung untuk semua orang. Jadi, aku terima yang semua orang pun bukan pelampung untuk aku….Plus, tadak guna pun kalau baling pelampung pada orang yang suka main banjir….

Once again, don’t get too close its dark inside….

p/s: RIP untuk pohon dalam gambar ni..sebab dia dah takde….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top