Search
Close this search box.
flower, blue flowers, garden-6761262.jpg

Move onlah….

Kau scroll-scroll telefon.

Buka apps, tutup. Buka apps lain, tutup. Bukak Spotify, pasang earphone dan hanya dengar lirik pada lagu yang dimainkan.

Tarik nafas. Hembus.

Ah, dunia dah ke hujungnya huh? Getus kau.

You will not be remembered. Ujar kau dalam hati…

Kau padam semua media sosial. Untuk apa? Kau sendiri tak tahu. Kau ada ke takde dekat platform tu, takde orang kisah pun. Kau aktif? Show off sia!

Kau tak aktif? Who cares!

Dan dunia seakan sunyi.

Sepi dalam riuh yang kau sendiri tak sangka ia sehening ini.

Siapa kau yang lalu bukan penentu kau di zaman akan datang. Dan siapa kau sekarang, tiada siapa kisah hidup atau mati.

Well, kalau mati, mungkin khabar itu tiada disampaikan. Kau loner. Who cares dowh?

Move onlah….

Dan kau move on…

Move on hingga lupa untuk bersosial dan bermasyarakat.

Kau yang orang pernah kenal bukan lagi manusia yang sama. Kau hilang…

Tapi siapa kisahkan….

Sebab kau, pada mereka…dah lama mati. Pergi jauh dari dunia mereka. Kau juga yang menjauhkan diri. Bukan begitu?

Diam….

Well….kau tak sendirian kawan. Kita sama. Tidak sama, sama. Tapi, sama….

Kita diam dari menghantar dan bertanya khabar. Sebab, kita tidak mahu terlihat ‘kasihan’.

Kasihan kau masih belum berjaya huh?’

‘Kasihan dia masih tiada kerja stabil….’

Kasihan dia masih tiada siapa….’

Diamlah! Tiada siapa mahu pandangan kau.

Sadis!

Aku kan….move on dari hidup sejak dulu lagi. Tapi ajaibnya masih disini. Hidup dan bernafas di Bumi seperti manusia lain.

Okay saja dilupa dan melupa.

Okay saja hidup tanpa sesiapa.

Okay saja ketawa sendiri menonton drama.

Mana ada sedih. Happy what!

Tidur cukup, makan sedap, coffee Zus. Tidak Zus, Starbuck. Apa lagi nikmat yang dilupakan tidak kita senarai?

Kasih sayang dari Tuhan yang hidupkan kita setiap hari. Banyak! Terlalu banyak hingga dikufur.

Move onlah dari prejudis manusia yang tidak pernah kisahkan kewujudan kau.

Move onlah dari menjadi pemberat kebahagiaan insan lain.

Move onlah weh….

Huh…..

Aku move on dari hidup jillion kalinya.

Aku move on dari rasa inferiority yang tidak bertempat. Semua rasa yang buat aku lupa pada Rahmat. Sabarlah dikau….this too shall pass.

Okay, kita move on. Ayuh angkat kaki dari dunia ini dan berlari ikut irama kita. Jauh dari kata mereka. Jauh dari zaman silam yang buat kau rasa down. Jauh dan larilah sejauh dari mereka.

Be you. Do good. And just live life to your fullest.

Smile….

You only live one!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Cik Roxa
Cik Roxa
November 16, 2021 14:38

“Siapa kau yang lalu bukan penentu kau di zaman akan datang. Dan siapa kau sekarang, tiada siapa kisah hidup atau mati.”

Deep, sis. Really deep. T-T

Scroll to Top