Khabarnya minggu ni result SPM akan keluar. Cuak dia tak payah ceritalah. SPM ni lah penentu kehidupan samada kau pandai atau tidak. Samada jadi tikus makmal atau jadi pencinta ilmu. Penentu masa hadapan yang aku sendiri tak tahu mana hala tuju. Kenapa SPM ni sangat penting? Kenapa semua orang pandang pada SPM?
Kehidupan normal seorang pelajar adalah belajar.
Bila dia mula bertanya pelbagai soalan itu menunjukkan dia punya potensi untuk teroka dunia ilmu yang tiada batas. Hari ni kita mungkin boleh dapat straight A SPM, tapi ia bukan jaminan yang kita dah tahu semua benda dalam dunia serta galaksi bima sakti. Banyak lagi kayu ukur yang lain selain daripada SPM.
Jujurnya, SPM adalah anak kunci bagi kunci gudang ilmu yang lain. Anak tangga bagi tangga-tangga yang seterusnya (kalau namppaklah tangga tu). Kalau tangga tu tak wujud, mungkin kita perlu teroka dengan mejadi perintis sehingga laluan itu tidak lagi samar. Perasan tak, masa sekolah dulu tangga sekolah ni tak banyak. Naik pun tak leput. Tapi, bila kita belajar ke peringkat yang lebih tinggi, tangga tu banyak dia lain macam. Tingginya tak payah diceritalah. Boleh putus nyawa silap hari bulan.
Tangga = Ilmu
Ilmu ni konsep dia terlalu luas. Belajar sampai bila pun tak akan punya tarikh lupus. Semakin banyak kita belajar, semakin bodoh terasa. Semakin banyak kita panjat tangga, semakin cepat lelah. Tapi bila kita toleh belakang sejenak, baru kita tahu, betapa indahnya pemandangan dari atas. Buat kita belajar erti syukur pada setiap peluh dan lelah yang kita korbankan setiap kali panjat tangga tu tadi. Tapi jangan toleh lama sangat, takut terbalik ke belakang.
Apa yang normal sebagai pelajar?
Lebih-lebih lagi kalau kita pelajar di institusi pengajian tinggi. Mungkin senang orang akan cakap;-
- Bakal penghutang PTPTN
- Zaman kumpul hutang tanpa sedar
- Fasa culture shock
- Seperti buih dipantai…
Tapi apa yang orang tak nampak adalah;
- keceramukan emosi, mental dan fizikal
- The struggle of adaptation
- Isu kepercayaan
- Isolation
Kenapa peminjam PTPTN cenderung menghabiskan duit tanpa kawalan?
Pelajar ni jarang pegang duit besar sekali sedebuk jatuh macam tu. Bila kali pertama dalam hidup punya kuasa belanja terhadap kewangan sendiri, dia jadi teruja. Teruja tu lah yang boleh sampai tak ingat dunia. Sebab tak semua manusia sama cara perbelanjaan diorang. Walau berbuih tips dikongsikan cara pusing balik duit PTPTN tu, tapi tak semua praktiskan. Samalah macam Quran. Orang tahu. Tahu. Amal? Terpulang.
Apa yang seronoknya zaman belajar adalah, kita dibenarkan buat silap.
Takpe. Sebab namalah belajar. Sepatutnya, sesiapa sahaja boleh buat silap dan belajar dari kesilapan kita. Tapi kalau dah wujud kesilapan yang sama berulang kali, takkan nak ulang jugak kesilapan tu pada diri sendiri. Sebab tu pentingnya mengoptimumkan penggunaan akal yang Tuhan beri.
Akal untuk berfikir. Waras, logik, common sense, courtesy, empati dan lain-lain yang berguna untuk membentuk sebuah kehidupan yang harmoni dalam masyarakat.
Jadi, kepada bakal graduan/calon SPM 2018, apa jua keputusan kalian selepas ini, itu hanya sebuah pemula. Hargailah setiap peluang, ruang, tenaga dan masa yang dimiliki. Kerana semua itu tak akan ada galang ganti. Berfikirlah sebaik mungkin. Nak sambung geomatik atau pengurusan hartanah, tiada masalah. Nak masuk bidang apa pun, pilihlah sebab kita nak menjayakan dan menjadi sebahagian tenaga professional bidang tersebut, bukan sekadar wujud.
All the best!