Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Kenapa harus dipaksa?

Selalunya isu “mempersoalkan” ini, aku selalu letak dibawah labels ‘rant’. Tapi, aku tak nak me-‘ranting’ jadi aku pilih ia sebagai journalling…yeah, this is my kind of journal after through the whole long day…

Ia bukan suatu yang bisa difaham. Kata lainnya rumit! Rumit untuk memahami cara pemikiran yang berlainan tafsiran, memang boleh gila jadinya. Seperti biasa, sebelum menaip dia akan cuba memasang music dari Epic MusicVN. Untuk ambil mood tenggelam hingga ke dasar yang tiada penghujungnya. Dan akhirnya…..dia benar-benar lemas….

Kenapa harus dipaksa?

Sebab, dari paksaan tu baru kita tahu ada hasil yang akan berbuah. Tidak dipaksa, tiadalah hasil.

Tapi,

Kalau memaksa tanpa rela, dia semacam tak berguna…

Eh, kau lupa ke prinsip sekeras-keras batu ditimpa hujan akan retak juga? Samalah dengan konsep paksaan ni…

Tapi,

aku tetap tak suka. TAK SUKA!

Kau mencari peluang untuk meraih sesuatu, tapi bila sesuatu itu memerlukan kau berhadapan dengan ramai orang yang kau langsung tidak kenal, kau jadi kaku…bisu…dan tanpa sengaja perkara yang dulunya kau rela, sudah menjadi terpaksa. Haruskah kau mengalah?

Ya!

Wait, what? Kau nak mengalah macam tu jer? Selepas pelaburan yang kau lakukan? Tak rugi ke bhai?

Sebab aku tak suka dipaksa. Kau paksalah aku selembut sutera manapun….aku tetap tak akan ubah angin. Paksaan itu sama ertinya dengan belengu = tidak bebas!

Kenapa? Kenapa?

Sebab,…..i hate rules….

###

Panjang jedanya. Taipannya terhenti. Memikirkan kenapa dia tidak suka pada peraturan. Pelik! Walhal, dialah raja undang-undang. Ini tidak boleh, itu tidak kena. Apa pun serba tidak molek dimatanya. Tapi, sebentar tadi dia mendengar ayat itu. “i hate rules…” Terngiang-ngiang bagai cuba menghasutnya menjadi lebih agresif.

Agresifnya bisikan itu suatu tika dululah dia rela menyewa luar dari menetap asrama walau baru tingkatan tiga. Kerana pendirian itu dia pindah sekolah kerana undang-undang yang ketat tidak membetahkannya untuk bebas! Ya, bebas…

Tapi….sejenak dia merenung lagi. Lebih dalam…’tanpa paksaan dan tekanan, mana mungkin dia boleh meraih kejayaan yang gemilang…’

Benar, aku pun pernah sesal kerana terlalu hendakkan bebas hingga lupa cara mahu terbang.

“Kau sudah parah kawan” Aryan berpaling pada suara itu.

“Parah? Aku tak berdarah!”

Dia menggeleng. Aryan memang gila!

Malam tahun baru, penutup 2017 yang lalu, Aryan pernah menceritakan padanya yang dia mahu bunuh sebahagian jiwanya. Tidak disangka malam itu dia terlibat dalam kemalangan. Yang memang ternyata benar telah mengorbankan sebahagian jiwanya.

Hairannya, dikala orang lain berduka selepas kemalangan, si Aryan boleh pula tertawa suka. Mana tidaknya, impian dia untuk terlibat paling kurang satu kemalangan sudah dimakbulkan. Memang dia tahu kawannya selalu berpesan “be careful for what you wish for..” tapi, jika dari kemalangan itu dia menjadi lebih bebas, dia bahagia.

Gila!

“Sebab aku tak punya siapa…” lirih suara Aryan hampir tidak kedengaran dibawa dek angin. Sayup-sayup. Aryan yang tadi sedang ketawa menceritakan malam tahun barunya yang penuh keterujaan bagai direinkranasi semula, kini sedang elok menekur. Menguis tanah yang tiada dicapai.

Bisu. Apa respon yang aku harus bagi? Memaksanya untuk melupakan cerita lama? Mustahil dia mahu dengar.

Dia buntu.

Sungguh!

###

Please meet me next tuesday”

Ayat itu dia baca berulang kali. Kenapa? Persoalnya. Kenapa orang merasa mudah untuk menjadi ramah dengan bermotifkan keuntungan? Kenapa?

Dibiarkan mesej itu tidak berbalas. Walau Selasa yang diperkatakan si pengirim itu hanya selang beberapa hari saja lagi.

Bodoh! Kenapa mudah percaya pada orang yang hanya menebak kau walau sejam berkenalan? Kepalanya dihentak kuat.

Aku hanya bagi kau peluang.

Peluang apa Aryan? Peluang apa???

Peluang untuk kau dan aku bebas?

Kau hanya pentingkan kebebasan kau saja, aku yang terpaksa laluinya hari-hari kau langsung tak peduli!

Aku takut pada masyarakat. Aku takut pada keramaian. Aku mudah hilang kawalan bila terpaksa untuk berpura ramah dan menyimpulkan senyuman palsu. Kau, hanya duduk berselingkuh bagai si gila sesedap rasa memakasa aku untuk buat perkara yang aku langsung tak suka! Kenapa???

Kenapa harus dipaksa…..kenapa….

Sebab aku tahu kau punya cita-cita tinggi. Kau mahu itu semua. Kau mahu variasi. Jadi cara ini adalah jalan singkat untuk kita menggapai segala…

Kau dusta!

Kalau ini jalannya, kenapa aku terseksa?

Kerana jalan bahagia itu duri penemannya.

###

This is not the end…

Kedudukan diperbetulkan. Nyilu terasa di pingganya semakin menjadi-jadi. Mungkin kesan dari kemalangan yang dia lalui minggu lalu. Disapu ubat tidak jua kebah.

Be careful what you wish for…

Dia bangkit untuk tidur.

Sudah masanya untuk lena jika itu bisa buat dirinya bahagia.

Selamat malam dunia…

***

“Aku nak tanya kau satu benda?”

“Apa dia?”

“Kalau masa kau nak tidur tu kan, tiba-tiba perut kau berbunyi sebab lapar…kau pilih untuk tidur atau pergi cari makanan?”

“Opkoslah tido bhai! Mana tau aku mimpi makan dekat restoran mahal-mahal ke apa an!”

“Kalau kau mimpi kena kejar zombi?”

“Aku makan jerlah otak zombi tu”

“Uish beraninya!”

“Orang lapar jangan diganggu!” Mereka ketawa.

“Kalau kau dah tidur, roh kau tahu ke yang kau tengah lapar sebelumnya?”

……..

…….

“Kenapa zombi?”

Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 9, 2018 00:00

^_^!
mana tak pernah merecik….

sofie adie
March 8, 2018 23:59

orang lapar memang agresif pemikirannya. hahahahah

sofie adie
March 8, 2018 23:58

sape je yang suka kena paksa kak ana…hehehehe

aff
aff
March 5, 2018 05:44

otak zombi?? fuhhhh merecik..hahaha

https://jajastollymolly.blogspot.my

Pha Is
February 17, 2018 00:58

ganaz betol nak makan otak zombie.. hahaha

anamizu
January 22, 2018 00:03

Hai sofie ! Kak ana pun tak suka dipaksa.

Scroll to Top