Dijadikan sebuah kisah, seminggu sudah kita tidak bercerita disini. Bercerita walau singkat. Berkongsi hari walau sesaat.
Yeah, aku tahu kita semua punya masalah. Punya susah, punya payah, punya perih dan keringat yang kita mahu ceritakan pada semua orang….tapi akhirnya, kita pilih untuk diam dan hanya mengadu pada Tuhan…
Itu sabar namanya kawan. Kita belajar untuk sabar dan simpan cerita pedih itu hanya untuk Dia. Bahagia kita, sakit kita, hanya pada Dia.
Kau tahu aku sentiasa ada. Aku tahu kau akan sentiasa setia. Tapi, cerita kita selalu punya balah dan silap sangka. Kita lelah dengan sandiwara dan alpa kita itu buat orang terasa. Kadang-kadang kita tidak kisah. Kadang kita diam, sekadar uji perhatian. Tapi, disalah tafsir. Katanya kita tidak pentingkan persahabatan.
Ah, manusia. Lelahnya menjadi orang itu hakikat ya. Kita ini hidup hanya menjadi orang. Bukan haiwan.
Kamu tahu, menjadi manusia itu suatu amanah.
Menjadi manusia itu suatu galas yang tiada siapa mahu akan tanggungannya. Tanggungjawab dalam menjadi manusia. Argh….bikin sakit kepala!
Itu mahu dijaga, ini mahu dijaga. Itu mahu perhatian, ini perlukan senyuman. Hurmm saja jawapan ya?
Ya…kita faham. Kita punya cara untuk menghadapi konflik itu tidak sama. Kamu memilih untuk diam. Hatta aku? Aku lebih kepada konfrontasi. Bersuara pabila bermasalah. Diam pabila inginkan ruang tidak bermakna curang. Cyeh!
Aku mahu makan pun kebingungan memilih menu. Inikan pulak pilihan hidup!
Maka, kamu ya kamu itu yang membaca tapi tidak pernah mengerti.
Untuk kalian yang sentiasa ada kala disapa. Sentiasa ada kala dipinta. Jaga diri ya. Hati-hati dijalan, dimana jua kalian berada. Setakat di pengetahuanku, aku gembira dengan kita semua. Dengan memori yang pernah kita hidup bersama, aku gembira punya kalian dalam episod yang sudah.
Tanpa kalian, kita punya cerita mungkin tidak seindah sekarang. Rindu jua rasa mahu putar ke masa silam. Hampir 10 tahun ya kawan. Banyak benar yang berubah.
Dua tiga dari kita jua sudah berumah tangga, punya keluarga kecil. Siapa sangka…
Alhamdulillah, masing-masing sudah berjaya dalam hidup masing-masing. Gembira mendengar khabar…
Aku?
Nah…aku masih disini…bercerita tentang kalian, melihat memori yang pernah kita ukir di langit Utara….
Tipulah kalau kata tak rindu…
Tapi itu semua dulu. Sekarang, cerita itu makin lama semakin berdebu…
Kau, kau…aku, aku….
Nyata dunia kedewasaan itu terlalu sendiri ya…hingga aku sendiri lupa untuk bertanya khabar. Aku terlalu asyik dalam dunia ‘akulah terpaling susah’. Walhal, ada lagi yang paling hebat ujiannya. Maka, nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Lumrah alam….ingatkan aku kala leka.
Aku ini hanyutnya bisa tenggelam ke neraka….tarik dan selamatkanlah aku kawan…risau…risau aku tidak sempat bertemu kalian di telaga Kautsar….
Aku rindu pada ajakan untuk usrah bersama. Kita, ukhwah, lillahi Ta’ala….
Tapi, ujian hati itu hebat….hingga kadang aku terbabas. Tewas dengan tipuannya…
Wahai Tuhan yang bolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di landasan agamaMu….Amin…
Kadang, aku penat untuk menjadi yang terpaling ada buat semua….give up pun ada….tapi, itulah yang menjadikan aku itu aku….
Kay r, takat ni dulu rapuan aku yang tak berapa segar ni. Pape roger….kau pun tahu mana nak cari aku.
Adios!