school work, write, still life-851328.jpg

Lately ni…

Aku ni an, asal nak menaip je mengantuk Asal mengantuk je nak menaip. Sudahnya, satu entri pun hauk! Sat aku pi pusing mesin basuh lu. Jakgi sambung.

Ni mesin aku pusing kali kedua, tapi malas nak sidai lagi. Kita sidai sekaligus nanti.

So, korang pe cer? Eh, sibuk tanya hal orang, kau tu pe cer lama giler sepi dari dunia menulis ni? Lama giler-giler giler, giler…hahahaha

Biasalah, hidup semenjak kedewasaan yang kian sepi ini, pilihan dia hanya untuk hilang dari radar saja. Ianya lebih tenang untuk terus malap dari semua talian. Satu persatu cahaya dipadam. Lebih tenang, lebih santai. Walau hakikat dihambat kerjaya yang kian memakan masa yang kita pernah ada. Tak terkejar bhai!

Rindu gak nak menulis kat sini, tapi ada sebulan lebih hari tu aku memang di gua. Gua yang menarikku ke lava hingga munculnya kembali bukan lagi aku yang sama. Seram bukan?

Kalau ditanya, apa mahu ditanya lagi?

So sambung balik. Aku pun lupa apa sebenarnya nak dicerita. Maklum otak ni sibuk kena jaga itu ini. Sampai tak sempat nak marathon K-Drama. Sekarang ni fokus kehidupan adalah meneruskan jalan yang hadapan.

Tidak lagi menoleh pada apa yang buat kita tersangkut dijalan. Ya, aku ni hari-hari hadap jammed. Makan jammed. Bisa merinding darah. Tapi, sabar. Itu pilihannya sekarang. Sabar dan doa semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kefahaman dalam ilmu kerjaya.

Too many things to handle in a short time. Muntah? Telan.

Pening? Hadam.

Loya? Sandar…

Nak mengeluh, nak kondem, nak complaint pun tak kemana juga. Belajar lah yang hidup ni begini. Kau kena kuat jiwa.

Lately ni aku belajar banyak perkara. Belajar untuk itu, belajar untuk ini. Di akhir waktu, aku hadap Dia, dia. Dan aku. Waktu untuk aku. Sendiri.

Hari tu aku lepak steamboat sensorang. Mengidam hot pot punya pasal. Sambil bakar-bakar tu, aku layanla K-Drama. Acah fefeeling Korean. Cheyyy…..

Pastu, habis bantai utnuk hampir dua jam tu, aku jeng…sebab pening gila. Rupanya….hahahah rupanya….biar aku je yang tahu.

Paling best sejak malap dari radar ni, kau tak perlu pening-pening tentang trend. Tentang demografi…tentang orang lain. Kau hanya fokus dengan dunia dan kehidupan kau serta apa yang penting saja.

Tadi siang, kitaorang adalah lunch…then the best compliment I ever received so far in my entire life is when someone said that ‘Akak reti ea makan sampai habis semua. Macam nasi dengan lauk elok je habis dalam masa yang sama…”

Wasehh…..waseh wasehhhh aku pun tak sedar. Tup tup pinggan aku paling licin. Elok je kosong. Sedang pinggan yang lain masih punya sisa nasi lebih, sayur atau lauk. Aku perasan gak bila aku makan sekarang an, dia macam laju habis dari orang lain dam licin. Hurmm…pelik. Biasanya akulah manusia terpaling lambat habis makan. Aneh-aneh saja mutakhir ni.

Okays, aku pun dah setel sidai baju semua di tengah malam hari ni, memandangkan esok Sabtu, mohle kita bersantai sambil melayari kerja-kerja yang perlu dipelajari.

Fighting!

Semoga dipermudahkan segala urusan dan husnul khatimah! Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top