Blog Header

Minda vs Hati

text, letter, old-4095909.jpg

Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh merasa.
Hati itu kalau tidak dipelihara, boleh membuatkan minda/akal kita lumpuh bersama…

Ah! Usah kau berfalsafah tentang hati, jika hati sendiri pun tak pernah dijaga.

Kau tak pernah ada masa aku perlukan. Kau selalu menyepi bila aku ajukan soalan, dan bila aku kian berjauhan dari apa yang kau mahukan, kau mula berhujah yang aku seperti orang tidak bertuhan! Kenyataan kejam apakah itu?

Minda berceloteh tanpa menoleh pada agama. Hati ditahan daripada mengata perkara yang sia-sia. Diikat oleh Ammarah dan Ego yang kian menuntun jiwa nurani yang dulunya seperti salju. Dulu…itu dulu kawan…

Broken heart

 

Dalam satu jasad, mustahil tiada perbalahan. Hati, raja dalam diri dijadikan tawanan oleh Minda. Minda yang dikatakan tidak percaya pada Tuhan. Minda yang menyerap ucapan luar.  Minda terus menghukum Hati. Lantas Hati dipenjara dari memiliki rasa.

Minda vs Akal.

Akal merencana untuk menumpaskan Minda yang sedang menghukum Hati tanpa diselidik. Minda keliru…hampir Minda melarikan Akal waras bersama jauh kedasar hempedu. Kalaulah boleh…kalaulah boleh.

Tapi, Akal memihak kepada Hati. Ini bermaksud, gelodak perang dalam diri mula tercetus sama seperti situasi yang melanda Turki. Bahkan lebih dashyat dari itu.

Itu dari presepsi Minda yang telah diselaputi Ego. Ah! Ego dan Nafsu sedang mencuba untuk merampas kuasa raja dalam diri! Mangsanya adalah Fizikal dan jasad lahir yang luarannya nampak sempurna tapi dalamnya teruk binasa…

Shuttered glass

Hati.

Hati meratap dalam penjara ciptaan Akal dan Minda yang bersengkongkol untuk menumpaskan kerajaannya. Dari sistem beraja kepada sistem liberal. Dia tewas.

Tewas dalam kejayaan yang menjadi topeng manusia. Manusia yang tiada peri. Dia benci! Istighfar bukan lagi untuk menyucikan ammarah, tapi untuk menipu diri. Hipokrit!

Ego.

Ego menepuk dada bagi meredakan kekusutan yang melanda Hati. Dia tahu Hati sedang gelisah. Dia tahu Hati sedang resah. Kacau dibuatnya.

Gara-gara ucapan yang mengatakan jasad mereka hidup serupa tidak punya agama, kerajaan mereka goyah. Ingin Ego memainkan peranan dan menyebarkan unsur nasionalisme dengan mengambil langkah yang lebih agresif…

“Jika dunia luar katakan kita jahat, mengapa perlu sajikan kebaikan pada mereka? Mereka tidak tahu apa yang kita hadapi, mengapa kita yang harus tunduk dan menyerah tanpa sebarang bukti dan saksi?”

Ammarah memainkan lagi peranan.

“Mereka harus dihukum! Sama seperti apa yang mereka telah lakukan pada kita. Kami mahu adil dan saksama! Hukum mereka! Hukum mereka!”

Sorakan gila Ammarah menutup Minda dari mendengar tangisan Hati. Hati tewas. Untuk kesekian kalinya hati dipenjara oleh Minda. Minda yang taksub pada ‘kebebasan’.

Fall of the legend

Minda kalah dalam menang…

Hati dalam tawanan…

Menanti askarnya yang lena…

Bicara sepi tanpa suara jua bisa timbulkan suasana yang tiada siapakan suka.

Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hanis Amanina
August 8, 2016 13:44

tak tahu kenapa, baca post ni teringat my mum's favourite quote;
mengalah tak semestinya kalah.

mungkin bila baca part ego kot. T__T

thanks sofie for this one!

hanisamanina.com

Nieda ramly
July 20, 2016 13:19

audit hati kata Dr Muhaya

Kim Chaa
July 20, 2016 09:32

Pergghhh .. ayat mendalam .. kena save dulu niih. Nak hadam baca bagi faham .. hehe

Nadratul Syazwana
July 19, 2016 22:35

Menusuk ye entry camni hihi. Baca memalam pulak tu haha.

nadialadzim
July 19, 2016 18:56

akak selalu doa..minta Allah jauhkan dugaan yg melibat hati..takut..

Nieyl
July 19, 2016 18:56

terlayan bila baca kisah hati ♥
singgah sini 🙂

Leyha Hady
July 19, 2016 18:56

wuuuu deep down to the bottom of my intestine .. singgah pagi ^^

Scroll to Top