Do you think about me cause I don’t have any doubt you must in this life
Even though you’re never there,
I didn’t feel you disappear from sight, you did it well.
Dua bulan yang lepas, Sum 41 ada keluarkan album baru diorang yang berjudul ‘Order in Decline’. Dan dalam album ni aku dah berjuta kali mendengar lagu yang bertajuk ‘Never There’ among others song. Sebab?
- Ia seolah cetusan baru bagi lagu yang begitu menggamit memori seperti; ‘With Me’, ‘Pieces’, ‘War, dan ‘Best of Me’.
- Lagu yang begitu personal bagi Deryck dimana dituju untuk ayah dia (I just love personal song…)
- Dekat dengan jiwa dan kena dengan situasi hidup untuk dua dekad yang lalu…
Apakah aku begitu tua dengan mengatakan aku sudah hidup selama dua dekad?
Nope man, aku masih lagi budak hingusan yang mengemis di jalanan mencari makna hidup yang sebenar biar kalam al-quran itu sentiasa ada untuk dijadikan rujukan.
Aku pernah mendengar satu gosip murahan ini yang mengatakan aku adalah budak muallaf yang baru kenal islam. Respon aku?
Gosh! Kalau aku muallaf aku tak masuk islam seawal ni barangkali. Mungkin masih berfoya, liar dan tidak wujud blog berupa orang yang lemas dilautan tak berpangkalan sebegini. Macam mana kau boleh terfikir yang aku ni baru masuk islam?
Mungkin benar. Mungkin aku masih jahil dan buta untuk praktikkan semua ilmu amal islam dari setiap sudut, ruang dan penjuru.
And now You and I share the same life missing out So the story goes
That we’re left, we’re stuck with a broken house.
I know that if I I had the chance I’d let you know, that I understand and I’ve let it go.
Kenapa susah sangat untuk mengkritik orang secara bersemuka? Kalau itu benar kenapa tidak palit saja cerita palsu itu pada aku? Tak perlu pun kau sebarkan seolah kau benar-benar kenal aku. You never there!
Ah, manusia dan spekulasi…bagai hingus dan air liur basi. Sentiasa ada walau kita bersihkan setiap hari.
Bidalan yang bagus kawanku. Apa kau sudah hilang akal?
Aku tak pernah hilang akal. Yang selalunya, bila aku membiarkan emosi dan perasaan mengawal akal waras. Masa itu mungkin berjuta kerja bodoh dan gila yang aku langsung tak mengaku samada itu aku atau syaitan yang lakukan.
Lagu ni dalam maksudnya.
Mungkin aku boleh tujukan pada semua yang ‘Never There’ untuk dua dekad itu. Ia sedih, sadis dan begitu menyiat rasa. Tapi, kau tahu…sebab tiadanya mereka disisilah kau terusan hidup tanpa sebarang putus asa. (Walau beribu kali juga kau fikir untuk harakiri atau jika ia halal sudah lama kau akhiri…)
Tapi aku biarkan saja…sebab aku pun sama macam mereka. Barangkali lagi teruk sebab aku pun ‘Never there’ for them. Jadi kita seri sama.
Jadi aku pilih untuk diam dan biar ia berlalu bagai dandelion yang tiada arah tuju dan tempat daratan. Mungkin dandelion itu bisa mengecap angkasa dan menjadi bintang…aku tak tahu.
I don’t need you by my side I think by now I’m doing fine myself, on my own
But I feel you time to time, like your sending outta sign to tell say I’m not alone
Walaupun mereka tiada pada saat itu, tapi doa mereka tidak pernah putus. Doa kita. Sebab setiap yang hidup semua bergantung pada pengharapan. Hope. Harapan yang buat jiwa punya objektif, matlamat dan sasaran. Walau kadang penat, kita tetap bangkit.
Dan ada masanya juga, aku hanya mahu Netflix and chill. Dunia terlalu pantas untuk dikejarkan. Tiada sisi yang perlu pada kita seorang.
Who cares if one more light goes out?
In a sky of a million stars…
It’s kind of heavy tho.
Commitment, priority, dosa pahala, syurga neraka, single loser, married winner such things…
sampai satu masa kau diketuk dengan pemikiran sebegini kau rasa macam nak ambil saja pisau dekat dapur dan tikam saja diri ini tanpa ragu. Sebab kau tahu, hidup kau macam tak bermakna sebab semua ‘box’ kau satu pun tak pernah di’tick’ sejak kau kecik sampai sekarang.
There are things that we can have, but can’t keep
I’m very sorry if I never there for all of you…and I always pray that all of us will have a great ending. Di sana…
[…] Macam pernah ulas pasal lagu ni…jap aku cari balik entri tu…[Never There] […]