Blog Header

Nota untuk Pembaca…

text, letter, old-4095909.jpg

Minggu depan aku ada hydro camp. Subjek terakhir dalam sesi praktikal. Dalam tempoh tu, aku dah buat siap-siap semua entri yang berkaitan dengan Sains Geomatik. Iyalah, sekarang ni musim sesi soal jawab dengan google untuk lepasan SPM. So, apa salahnya aku berkongsi sedikit sisi cerah dalam Sains Geomatik ni. (^_^)

Mana tahu ada yang berminat nak jadi future land surveyor ke apa….aku cadangkan, kalau sesiapa yang ambil kos ni kerana “tak kisah pun sambung apa”, tolong buat dengan serius. Betul, aku cakap serius ni. Khusus yang perempuan. Lagipun peluang kerjaya untuk bidang ni sangat luas. Paling kurang pun jadi drafter.

Aku rasalahkan….(perasaan aku mengatakan), adik-adik yang baca blog aku mesti fobia tengok nama kos ni masa pilih UPU kan? hahahhahahha….jahat pulak aku rasa…takdelah dik, kos ni best sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba letak kos ni dalam lapan pilihan tu…nanti kalau dapat jangan lupa bagitau ek? mana tau, adik nanti jadi junior kami…huhuhuhuh

Dalam blog ni, kalau korang nak tahu pasal geomatik, boleh pergi “Info

Ni aku kongsi beberapa blog dan link surveyor/juruukur tanah yang mungkin boleh digunakan sebagai rujukan kepada junior akan datang:

(ada yang dah lama tak update…maklumlah surveyor siang malam sibuk…pagi turun site, malam buat calculation…)

http://jurukurtanah.blogspot.my/

http://baganbeachboy.blogspot.my/

http://ukur-tanah.blogspot.my/

http://rahsiajurukurtanah.blogspot.my/

http://jurukurkembara.blogspot.my/

http://enjagrofarm.blogspot.my/2008/11/perkongsian-pengalaman-sebagai-jurukur.html

http://kerjaukurtanah.blogspot.my/

dan banyak lagi yang korang boleh cari. Yang aku boleh kongsi yang ni je lah kot….

Untuk yang biasa baca blog aku (yang biasa dengan penulisan merapu…), aku minta maaf banyak-banyak sebab slot rant terpaksa bercuti sementara waktu. Kalau korang nak baca entri pasal geomatik ni pun apa salahnya. Kotlah ada sedara mara ke, sepupu sepapat yang dok tanya;

“Sains Geomatik tu benda alah apa?” korang bolehlah jawab sikit-sikit kan….

Sains Geomatik tu, ukur tanah…

“Ukur tanah tu apa pulak ?”

Ukur tanah ni orang yang dok sukat tanah untuk buat geran tanah tu lah…yang dok teropong-teropong tepi jalan tu….(ni jawapan mudahlah…)

Okaylah…terpanjang pulak nota aku nih…padahal nak pesan yang seminggu ni aku tadak…toksah sedih na…nanti aku share pengalaman pergi kem hydro pulak. (Confirm muka terbakar punya, balik karang…)*pasrah ajelah…*

Last but not least, I would like to share my favorite quotes during hydro camp;

“Jika MSL pun diukur selama 18.6 tahun untuk mendapat accuracy yang tepat, inikan pulak hati manusia…..”-sofieadie ‘penangan hydro’

Thanks for reading!

*MSL=mean sea level

Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 13, 2016 11:43

danke!!

sofie adie
March 13, 2016 11:43

memang pun hana…tu yg habis share tu…

sofie adie
March 13, 2016 11:42

hahhahahha…tau xpe…

sofie adie
March 13, 2016 11:42

hahahha…dah burn sudaa…

Leyha Hady
March 13, 2016 11:26

all the best camping~

Farhana Zukri
March 13, 2016 11:26

memang dah masuk musim budak budak lepasan SPM sibuk cari info nak sambung belajar hehe

Hanis Amanina
March 13, 2016 11:26

nanti boleh buat pickup line dengan geomatik ni 😀 haha

Aienienka Peter
March 13, 2016 11:26

bai bai.. pake sunblock byk2 k.. haha

Scroll to Top