Search
Close this search box.
landscape, darling, clouds-7716132.jpg

Pada 2022 Segalanya….

Ah, mengantuknya sejak dua menjak ni…Sekarang balik kerja pun dah tak ikut waktu yang betul. Kadang terlebih masa, kadang terlajak itu ini….Tapi kalau nak dirungut sangat pun tak ke mana. Aku bukanlah nak tunjuk terlalu rajin untuk stay dekat office settlekan kerja orang semua. Tapi tu lah…hakikat hidup sekarang…

2022.

Tak sangka banyak jugak tahun 2022 ajarkan pada aku. Ha, entri throwback lah ni….throwback pada tahun-tahun lalu yang banyak mencorak diri….Time nak menulis macam ni mulalah sakit perut itu ini ragamnya. Secara ringkas, 2022 adalah tahun pembelajaran pada sebuah kehidupan baru.

Paling tidak tersangka adalah…aku berjaya hadapi segala cabaran yang terdampar. Punyalah masa lalui rasa perit betul…tapi bila dah lepas, leganya hanya Tuhan yang tahu…Alhamdulillah, syukur kata orang. Untuk dugaan dan cabaran pada masa hadapan, aku doa agar diperkuatkan lagi jiwa ini untuk menghadapnya. InsyaAllah.

Ayuh kita throwback balik rentetan tahun 2022.

  • Januari adalah bulan terumbang-ambing dalam menggembang dunia kerjaya. Nak tolong orang, tapi kalau sara hidup sendiri tak tertanggung, tak boleh jugak. Struggle itu ini, itu ini…akhirnya….terpaksa memilih untuk keluar dari zon selesa. Time ni aku ingat lagi, aktif betul ikut expo sana sini…kerja bagai nak rak sampai hujung minggu. Sampai orang pun dok kata kita kerja bagai nak rak ni, bukan kerja sebenar. Seolah macam main-main je kerjanya….
  • Selepas beberapa minggu pertimbangan, dan berdasarkan kestabilan yang dilihat terlalu goyah pada waktu itu, maka aku pilih untuk compromise segala hubungan….
  • Dan kalau aku terlalu fikir pada menjaga perasaan orang, aku mungkin langsung takde masa untuk diri….
  • Masa ni memang agak perit dan mencabar. Kerjaya lama zon selesa aku tinggalkan. Ada lebih kurang sepuluh interview aku hadir. Ada tiga tempat yang shortlisted, dan alhamdulillah, aku berada di laluan untuk yang selari dengan pendidikan bertahun aku belajar. Syukur….
  • Aku sebenarnya tak ingat mana apa yang berlaku pada bulan ni. Yang tahu nak fokus kerja dan buat yang terbaik. Sampailah akhir tahun 2022….
  • Raya aku balik kejap. Shootage sana sini walau tahu balik raya bukan ke mana pun. Jumpa mana yang ada, then kembali ke Gotham.
  • Sedar sedar dah December, ada gathering family.

Dan sekarang dah 2023.

Tak sangka dah cecah 2023. Alhamdulillah masih disini. Memperbaiki kehidupan, memperhalusi perjalanan kedewasaan dengan hati yang lebih terbuka dan fikiran yang lebih lapang.

Aku takde benda pun nak share sangat dengan korang. Ada cerita kita kongsi, ada cerita biar kita saja yang tahu….hargai sebuah privasi hidup gitu…

Tu jelah kot post yang sangat tidak menarik ni. Malas jugak n ak update, tapi update jugaklah…sebab rasa macam dah lama takde cerita baru. Huhuhu Mouse aku pun dah takleh scroll, mintak baru gamaknya….

Papehal roger! Till then…

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top