First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang dapat menyambung ke peringkat pengajian yang seterusnya! Patutlah ramai tanya soalan pasal geomatik…ni mesti dapat geomatik ni Hehehehe…apa-apa pun all the best kalian! Welcome to the university life!
Bagi sesiapa yang nak tambahkan pengetahuan yang mendedahkan pengalaman praktikal di JUPEM ni tanpa sebab, amatlah dialu-alukan membacanya. Mana yang baca sebab memang teringin nak tahu situasi dia, silalah baca setiap bait dengan penuh penghayatan. Ecececeh! Ini pesanan dari senior yang sayangkan juniornya…hahahahahahah *mohon terbalikkan biji mata berjemaah*
Entri kali ni adalah permintaan dari salah seorang junior geomass part 3 dalam entri ini. Terima kasih sebab sudi bertanya. Semoga dengan perkongsiaan ini, adalah manfaat untuk korang yang bakal praktikal di JUPEM kelak.
Secara jujurnya, aku tak pernah buat praktikal dekat JUPEM. Sebabnya untuk orang Sabah dan Sarawak, mereka lebih digalakkan untuk praktikal di JTS (Jabatan Tanah dan Survei). Kenapa? InsyaAllah aku akan cerita dalam entri lain.
So, aku pun mintak tolong dari members yang ada pengalaman praktikal kat JUPEM. Nak kasi feeling tu real sikit. Sebab orang yang alami, cerita dia ada emosi… Sebelum tu, aku nak perjelaskan perbezaan antara praktikal JUPEM dan Latihan Industri (LI);
JUPEM | LI | |
Nama subjek | Industrial Training JUPEM (SUG315) | Practicum (SUG396/SUG397/SUG398) *contoh kod subjek bagi student AP120 |
Diurus oleh | Pensyarah | Pelajar yang uruskan pencarian tempat praktikal |
Tempoh | Lima minggu (semasa cuti semester 4) | Lima bulan (sepanjang sesi semester enam) *tentatif akan diberi semasa sem 5 |
Credit hour | 2 | 9 / 6 |
Final Paper | Tiada | Tiada |
Viva/Presentation | Tiada | Ada |
Jumlah report | Satu | Dua / Tiga |
Hardcover report | Tak perlu | Wajib |
Markah | Dimasukkan dalam result sem 5 | Result sem 6 |
Kegigihan Afiq mengorek lubang untuk tanam batu…(familiar tak?) |
Cakap je, nanti kat sana akan dipecahkan dalam kumpulan kecil, kalau ramai sangat student yang praktikal kat situ. Pastu, korang akan pergi setiap section untuk belajar step keje kat JUPEM. Ikut staff kat situ nak bagi yang mana dulu. Elaun pun ikut JUPEM masing-masing. Rezeki masing-masinglah katakan.
Ulasan yang ketiga adalah pengalaman member yang praktikal kat JUPEM Perlis.
Pengalaman yang saya perolehi semasa praktikal di JUPEM Perlis semestinya ilmu. Ilmu yang saya dapat ialah semasa berada di setiap cawangan dalam JUPEM. Bagi JUPEM Perlis, hanya cawangan strata dan stratum yang tidak diwujudkan. Terdapat sembilan cawangan dalam setiap JUPEM tetapi antara cawangan yang kami lawati ialah cawangan kerja luar, cawangan pendaftaran, cawangan pelan berdigit dan cawanagan semakan kualiti. Proses kerja yang dilakukan bagi setiap cawangan adalah berbeza mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Bagi pendapat saya dan mungkin juga orang lain, cawangan kerja luar yang paling menyeronokkan dan mencabar berbanding cawangan yang lain. Alat yang digunakan bagi kerja luar juga berbeza seperti mengunakan tough book sebagai ganti untuk buku kerja luar. Dengan menggunakan tough book ini, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kerja dapat diselesaikan dengan cepat. Akhir kata, pengalaman yang diperolehi itu yang akan mematangkan kita hari kemudian.
Geng JUPEM Perlis (Batch Perihelion) |
- Pelajar akan dipecah dalam kumpulan kecil kalau terlalu ramai
- Akan diberi peluang untuk merasai pengalaman di setiap section JUPEM
- Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak setiap kali ada aktiviti, tugasan atau kerja yang berkaitan (Sebagai bukti korang buat kerja tu…dan boleh juga diletakkan dalam report korang nanti)
- Sentiasa update buku log industry korang setiap hari. Jangan tangguh!
- Boleh start buat report dari awal, sebab masa sem 5, korang akan mengalami situasi lambakan report… (paling banyak daripada semester lain…)
- Jangan fikir pasal elaun, sebab tak semua JUPEM sediakan. Ada, syukur. Takde pun kena syukur jugak…
- Jangan terlalu ikut habit pekerja dekat tempat praktikal. Mereka pekerja, kita student…mereka dah ada jaminan kerjaya, kita belum. So, be careful ya!
- Praktikal ni sangat membantu korang untuk tentukan masa depan korang. Lepas praktikal baru boleh komen. Samada nak teruskan dalam bidang yang sama atau tak.
- Paling penting, hargai setiap masa yang korang ada untuk bertanya setiap struktur dan fahami proses yang dilakukan dalam JUPEM.
- Terakhir, ingatlah kereta. Teori yang sama juga boleh diaplikasikan pada kereta yang berbeza.
Situasi lambakan report! Jangan tiru sikap ini!!! |
Terima kasih lagi sekali kepada Akram sebab sudi bertanya. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang untuk lebih bersedia jalani latihan industry. Kalau ada orang tanya, “Kenapa student Geomass ada dua kali praktikal ek?” Dengan mudahnya jawablah;
kerana dunia geomatik memerlukan pendedahan yang luas kepada pelajarnya. Supaya mereka tahu, apa fungsi geomatik di mata dunia.
Gitu! Hahahahahhah…Okaylah aku rasa dah beriban ayat ni. Mana yang kurang tu maafkanlah, mana yang berfaedah tu, sharelah dengan member-member lain.
salam,
maaf lambat balas. intern kat jupem?
Awak boleh hntr surat mohon untuk praktikal situ dengan pengesahan dari pihak universiti atau pensyarah awak.
jangan lupa hantar resume sekali dan surat maklum balas untuk terima atau tolak.
Itu saja yang saya mampu tolong. ^_^!
Hey assalam,urgent saya tgh mencari tempat internship and until now masih belum dapat tempat untuk intern,can you help me?how to apply internship Kat jupem ni?
Hi saya pon nk tnya la how to apply dkt jupem ni
Hi,
Internship dekat JUPEM boleh dimohon dengan menghantar surat permohonan intern dan pastikan ada pengesahan dari pihak universiti untuk jalankan latihan industri dekat situ.
boleh rujuk sini ya:
Semua permohonan perlu melalui Bahagian Perancangan dan Korporat, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur dengan mengemukakan maklumat berikut:
i. Surat Arahan Menjalani Latihan Industri oleh IPT;
ii. Surat Permohonan Menjalani Latihan Industri di JUPEM (Nyatakan JUPEM Negeri/Bahagian yang dipohon);
iii. Resume; dan
iv. Transkrip peperiksaan semester akhir.
Maklumat yang tersenarai di atas perlu di-e-melkan kepada kompetensi@jupem.gov.my
hahahahahha…takdelah…mana ada…takut sebab viva ya…
hehehehhe
seronoknya sofie punya praktikal tp macam menakutkan pun ada hahaha tak tahu kenapa T_T
Thanks neeza! Salam perkenalan too! 🙂
terbaik quote itu.. i loikeee even i am not from geomass student. hehe
salam perkenalan, jemput blogwalking, komen dan follow back. 🙂 thank you.
https://neezaohneeza.blogspot.my/
Selalu macam tu…hahahhaha sampai setiap kali kitaorang nak observe diorang siap berhenti lagi…padahal tak effect pape pun dalam benda tu…ada jugak siap nak try tengok benda apa yng kitaorang nampak melalui 'total station' tu…
macam2lah…huhuhu
salam yang korek tanya tu situasi biasa, kalau gang yana selalu gelak gelak gurau eh dia ambik gambar kita lah.. hahah budak budak sangat
hi nak tanya, berapa lama ya since u applied for internship until jupem accept your application? thankyou~
Hi Ika, JUPEM biasanya akan ambil masa dalam kurang 2 minggu. Kalau lambat boleh call terus bahagian pengambilan pelajar intern JUPEM. ^_^
salam, boleh saya tahu nombor bahagian pengambilan pelajar intern JUPEM tu tak? TQ