Salam Syawal 1446H (Facebook Post)

Raya Gaya Kita…

Salam Syawal semua!

Seronok musim Syawal di bandar ni dia sunyi. Jalan tak sesak, orang tak ramai. Syurga sementaralah orang kata. Misalnya semalam shopping topup groceries pun aman damai je. Memang tak ramai orang. Jadinya mahu dekat 5 jam jugaklah aku membelek barang semalam.

Lepas tu, ha sekarang barang rumah pun tengah ada sale. Pergh, lagi syok nak berlama buat perbandingan barang dalam kedai. Sedar tak sedar dan waktu berbuka. Itulah ralit sangat.

Pengumuman raya pun dah keluar. Alhamdulillah bertemu Syawal 1446H kali ini dalam keadaan yang penuh rasa syukur. Ya, Syawal Gaya Kita…

Sepagian dibangunkan dengan lantai berminyak. Rupanya minyak dibeli semalam bocor. Adeh…tak pasal-pasal kena bersihkan kesan minyak semua. Dek kerana rasa tak puas hati dengan kelajuan air keluar dari sinki, maka aku pun buat water testing. Sampailah kelajuan air yang keluar di tahap yang memuaskan.

Dok buat water testing, rupanya gully trap yang tersumbat. Banjirlah lantai tak memasal. hahahah adoyai…banyak beno dugaan penghujung Ramadan kali ni ye…sabar ajelah.

Selesai je buat kerja teknikal tadi, kita pun mula buat popia milo. Hajat awalnya nak buat popia mini udang kering. Sekali kau, harga udang kering melangit mat! Terus cancel. Itu yang fokus pada popia milo saja. Aneka kuih raya kali ni dua saja. Popia milo dan Cornflakes Caramel.

Esok baru buat cornflakes. Santailah…raya gaya kita ni tak kalut. Tenang tanpa gangguan dan pengunjung. Itu paling disyukuri sangat sejak memilih untuk gaya begini. Tenang, damai walau dari awal Ramadan dok dengar bunyi meletup mercun, meriam dan segala bahan api yang orang kata lawa-lawa tu.

Ko bayangkan dah nak sebulan ‘orang kaya’ sini bakar duit dorang. Aku tak tahulah berapa dorang belanja untuk beli semua pencemaran bunyi ni. Yang tukang jual lah pun berleluasa. Nampak gayanya aku ni bukanlah penggemar bahan pencemar bunyi begini…ha ha ha…

Macam biasa, lagu musim raya pilihan tetaplah nasyid yang banyak menjadi teman raya dulu kala. Benda tu tak  boleh lari. Sebab ia sebahagian dari dunia kedewasaan. Kadang terimbau satu dua cerita. Biasalah…namalah kehidupan…

Fuh tepat jam 12, terasa macam berperang dah bunyi mercun saling bersahutan ni. Sambung siapkan popia milo sat.

Okay baru selesai kemas semua. Dapatlah dua bekas popia milonya.

 

Tak sempat nak buang sampah lagi. Hari pun dah pekat malam ni malas pulak nak keluar membuang. Esok baru plan nak mengemas rumah. Nak diikut sangat rasa malas pun dah tak tertahan tengok debu habuk apa semua.

Raya gaya kita ni tenang, santai adanya.

Ada rezeki, berjumpa Ramadan akan datang. Sayu betul rasa meninggalkan Ramadan. Selalu macam tu…sedih sebab banyak tak tersempat dibuat untuk hargai Ramadan…

Okaylah takat tu cerita kali ni. Semoga Syawal ini menjadi bulan kesyukuran dalam diri. Cukup dengan segala yang ada. InsyaAllah.

Till then amigos! Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Scroll to Top