Search
Close this search box.
Relevankah blog di zaman millennial?

Relevankah blog di zaman millennial?

Siapa pernah baca novel RADHA? Relevankah Aku Di Hatimu giteww.

Okay, ini bukan tajuk kupasan mengenai novel RADHA atau isi hati sesiapa. Ini adalah perbahasan mengenai tahap ke-relevan-an blog di zaman millenium. Sebelum kita bermula, marilah kita tarik satu dua nafas sebagai membersih pemikiran dari debu zaman Jepun.

Sesiapa sahaja boleh cipta blog

Generasi hari ini rata-ratanya memiliki peluang yang sangaaaaaaatlah banyak untuk jana income hanya dari rumah. Ditambah dengan musim PKP macam ni, lagilah besar peluang untuk explore, belajar segala macam teknik untuk buat duit dari rumah.

Well, ini bukan post ajar korang buat duit dari rumah. Tapi lebih kepada, kenapa semua orang patut mulakan blog sebagai income tidur. 

Pertama dan utamanya, semua orang harus faham, yang zaman sekarang kalau kita ada 4 perkara ni, insyaAllah kita akan berjaya. InsyaAllah…. Ditambah pulak dengan work-smart, consistent dan displin, memang sesiapa boleh pergi jauhlah…(#pesanpadadiri jugak)

Apa dia 4 perkara tu? 

  1. Wifi / Internet
  2. Mindset
  3. Impian
  4. Laptop / Smartphone

 

Simple kan? Tak perlu banyak. Hanya 4 barang ni, kalau semua orang boleh kuasai dengan sehabis mungkin, memang boleh berjaya.

Katalah, aku ikut purata.

Puratanya, semua orang ada internet dan smartphone. Betulkan? Paling pun, untuk student sekarang dah ada laptop. Sebulan kau pishang tak tahu nak buat apa, scroll twitter, IG, FB dan bermacam soc-med dah kau scroll, sampai rasa macam, ‘Ya Allah, bilalah fasa PKP ni berakhir?’

Instead of kita menghitung hari untuk ia berakhir, apa kata, try buka laptop, search Blogger, dan buat satu blog free. Sebagai newbie, free pun dah cukup okay dan suatu pencapaian yang bagus.

(Aku sarankan sebagai pemula dan memang tak tahu langusng pasal domain, hosting, plug-in semua tu, ada baiknya mulakan dengan Blogger dulu. Bila dah ada kemahiran dan faham semua term-term dunia blogging, kalau nak cuba WordPress sangatlah digalakkan.)

‘Tapi, aku tadak mood nak tulis..’

‘Nak tulis mende? Aku mana reti nak taip panjang-panjang…’

‘Leceh la buat blog, nak design lagi, itu ini itu ini…’

That’s it!

Kalau kau adalah manusia yang pernah bagi alasan macam ni, tapi masih curious tentang relevankah blog di zaman millenial, ada baiknya baca post ni sampai habis. Sebab nyatanya, blog sentiasa relevan pada setiap masa! Ya, betul tu!

Blog sentiasa dicari orang.

How???

Well, perkara pertama bila korang curious tentang something, korang pergi mana? Google kan? Katalah kita curious tentang cerita hantu yang berlaku dekat hostel UiTM Lendu, dan kita pun taip….

‘UiTM Lendu berhantu’  dan tekan search.

 

Carian pertama yang keluar adalah blog fiksyen shasha. See, Fiksyen Shasha tu asalnya adalah kompilasi cerita seram yang disusun oleh pemilik blog. Kemudian dibuka peluang kepada sesiapa saja untuk submit cerita. Dan blog itu berkembang dengan jaya sehingga semua orang kenal.

Sebut je cerita hantu, Fiksyen Shasha.

Cerita seram je, Fiksyen Shasha. Dia dah jadi macam satu flagship bagi blog tersebut.

Contoh lainnya pulak, resepi nasi goreng kampung. Pun yang akan naik nombor satu adalah laman blog. Artikel blog dari website masak-masak.

Jadinya, blog ini senantiasakan relevan sampai bila-bila. Masa aku awal buat blog dulu pun, just kongsi cerita pasal kos yang aku ambik je. Tak de benda sangat pun nak cerita. Adalah satu dua tiga empat benda merapu. Yang menariknya, benda-benda merapu tu kadang ada jugak orang baca dan carik. Misalnya:

  • Post pasal Apa itu Poyo?
  • Tragedi aku kena tipu Mak Cik TBS

Paling hits sekali, pasal Sains Geomatik. Padahal semua tu aku tulis empat lima tahun lepas. Tapi makin lama, makin relevan (lagi relevan kalau sentiasa update mengikut peredaran zaman). Relevan sebab Google dah simpan kemas rapi kita punya cerita dalam data diorang.

Orang sentiasa perlukan maklumat dan pengalaman sebenar. Sebab pengalaman itulah yang buat kita dekat dengan pembaca. Kadang, dengan kongsi pengalaman kita (walau pada masa tu dirasa entah apa-apa), sebenarnya kita dah tolong surutkan kerisauan dan perasaan ingin tahu orang lain yang bakal mengalami pengalaman tu.

Lagi-lagi bila kita akan hadapi driving test keesokan hari, atau kena interview oleh pegawai-pegawai tertentu bagi masuk bidang pengajian yang kita minat. Maka, sebelum tidur, kita gigih ni Google dan baca semua pengalaman orang. Nak bagi kita ready dan tak terlalu gelabah. Bila kita dah boleh cool down dan tahu perasaan nervous itu normal, at least kita boleh bagi semangat pada diri yang kalau tak berjaya, bukanlah maknanya dunia kehidupan kita tu habis takat tu je. Ada banyak peluang dan hikmah yang kita boleh ambil.

Jadi, kalau korang tanya aku,

Relevankah blog dizaman millennial ni?

sampai bila-bila pun aku akan jawab YA.

Ia sentiasa relevan. Sebab blog adalah evergreen. Bukan sekadar trend yang bermusim. Blog sentiasa ada. Makin lama kita jaga blog, makin banyak kehidupan yang kita tolong.

Jadinya, mulakan saja blog korang hari ini. Dotcom atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting mula. Lepas tu baru kita boleh belajar dan adapt dengan proses yang dilalui.

Ini quote kesukaan setiap kali rasa macam tadak semangat:

Rome was not built in a day  & There’s always room for improvement

Untuk korang yang dah lama ceburi dunia blogging ni, pernah ke korang rasa menyesal sebab buat blog? 

Dan untuk kalian yang baru saja nak menceburi dunia blog ni, welcome to the bloggerhood!! Yang penting enjoy dan selamat blogging!

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
April 3, 2020 12:32

Ya, relevankah aku di hatimu..

sofieadie
Reply to  aienienka
April 4, 2020 05:00

hahaha

Arif Husaini
Arif Husaini
April 3, 2020 22:47

padu, saya datang sini untuk cari maklumat pasal sains geomatik

sofieadie
Reply to  Arif Husaini
April 4, 2020 05:00

wah! memang rata2 yang datang sini cari pasal geomatik.

Scroll to Top