Scenic View of Sky during Sunset

September dan LOTR

Sedar tak sedar, September dah berlalu meninggalkan kita.

Bulan yang terpaling sibuk. Chey! Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hirup udara segar dan hidup sebagai manusia normal.

Sejak kecoh isu nan satu tu, terasa tersangatlah serabut bila masih dikaitkan dengan kelompok itu. Walhal kita sudah membuang cerita itu semua. Urghh

Tersingkap semua, aku dah tak kisah dah. Kita tak pernah ada kaitan!

Khamis sudah aku meletus bilamana masih dikaitkan dengan statement ‘dalam hati ini masih mendewakan mereka’. Entah kenapa baran aku terserlah betul waktu tu seolah zaman itu datang bertalu-talu membuat aku naik gila! Sudahnya, aku menyinggung hati orang yang disayang… Alhamdulillah juga dia tidak ambil hati.

Tahu aku bengang. Tahu aku jelak dengan isu ini. Nak dicampak kata ‘padan muka’ pun ya. Ambillah pengajaran dan iktibar dari kisah begini.

Berpuluh tahun kau menapak, akhirnya kecundang juga. Bertahun menjeruk rasa, keluarga jadi punah ranah. Semuanya kerana…?

Sebagai Muslim yang masih waras, jujurnya aku seakan fobia untuk mengikuti mana-mana badan islam. Sentiasa wujud mereka yang menunggang agama. Baiklah dijaga keluarga kecil ini saja.

Agak tekanan mental, emosi dan segalanya lah. Serabut! Itu memang menyerabutkan. Jadi, kalau boleh, aku dah taknak ambil kisah berkenaan isu ini. Cuba untuk tidak membaca news untuk sebulan dua ini.

Biarlah ditenangkan dulu hati yang membara ni.

Nak dimarah pada mereka yang menjadi punca aku terjebak dengan dunia serba tidak normal ini, mereka itu orang tua kita. Haih…jadinya seperti pepatah yang mereka hanya mampu kata, ‘Hidup ini ibarat roda. Untuk berjaya harus terus mengayuh ke hadapan’

Mudahkan?

Setengah kelompok pula mengatakan, ‘syukur punya pengalaman yang tak semua lalui’. Haa yelah…nasib keluar masih jadi orang. Kau tahu tak berapa lama aku ambil masa untuk jadi normal dan tak takut pada orang?

Kau tak pernah tanya pun kan. Tahu-tahu semua survive. Bagaimana? Sedikitpun tidak ambil peduli.

Jadinya sekarang, baiklah jarakkan diri daripada segala yang membuat kita terpalit luka. Sembuh memang sudah, dengan izinNya. Cuma, ruang itulah penawar kita.

Semoga kehidupan kita semua baik-baik hendaknya.

Dahlah…baik aku marathon Lord of The Rings yang tergendala 14 tahun sudah.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top