Blog Header

Special entry to my friend, Nabil…

text, letter, old-4095909.jpg

Nabil…dia bukan lelaki. Dia roomate masa aku semester satu diploma dulu. Orang Kedah. Tinggi lampai. Bijak. Budak sains.

Of course bila dia bukan lelaki nama dia automatik jadi Nabilah. Dengan ‘H’ di hujung.

Pagi tadi 16 Januari 2017, pukul 4 pagi, mak dia dikhabarkan telah dijemput Ilahi..Al-Fatihah…

Hari ini, 16 Januari pukul 2 petang, dia ada final exam. Paper third last. Dan ada lagi dua paper yang dia kena ambil sebelum officialy tamat final.

Dan…dari berita roomate aku yang seorang lagi, Alin…dia call Najla disebabkan phone Nabil rosak dan memberitahu bahawa paper yang dia sepatutnya ambil terpaksa dikorbankan…

Dan bayangkan pada dua paper lagi yang dia akan ambil…aku, aku speechless. Aku, tak dapat nak bagi sokongan fizikal kepada dia. Aku hanya mampu doa agar dia kuat dan tabah. Lagi-lagi musim ‘perang’ belum habis ni…

Sedih dowh!

Dulu masa part one, dia pernah menangis sebab fizik dan biologi…part one degree ni pulak dia menangis lagi…sebab mak dia. Emak…

Roomate part one diploma dulu, walau masing-masing tak selalu bertemu, tapi jujurlah aku cakap, dioranglah the best roomate. Aku, nabil, alin dan ain. Yeah, walau aku dengan ain macam anjing dan kucing…tapi dasarnya…aku suka perasaan bila duduk dengan diorang. (2082 in memoir)

Dan, bila tragedi ini berlaku, seolah jantung aku disayat bagi pihak nabil. Paper dia tak habis lagi, sudah diuji. Ujian dan berita yang acap kali aku cuba untuk tidak membayangkan ia berlaku..kun fayakun…

Tiada siapa dapat tukar jadualNya.

Berita ini pun aku dapat dari Suci. dan aku sampaikan pada Alin. Dan entry ini aku tujukan khas untuk Nabil khususnya..

Salam takziah kepada nabil sekeluarga atas kehilangan ibu, emak tercinta. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang bertaqwa dan dipermudahkan urusan beliau disana. Amin.

Nabil, aku tak dapat bayangkan kalau aku ditempat kau. Tapi, untuk waktu yang sedang sengit sebegini aku berharap agar kau tabah dan sentiasa panjangkan harapan kau pada Dia. Dia yang lebih tahu tentang haluan hidup kau. Sedih kehilangan itu memang sakit. Lebih lagi kehilangan yang tiada galang gantinya…

Mak kau pasti bangga punyai seorang anak seperti kau Nabil. Sayang beliau tak sempat melihat kau menyarung jubah konvo sebelum waktunya. Tuhan sayang dia…

Teruskan harapan mak kau nabil. Capailah hajat beliau walaupun setelah ketiadaannya..

2017, January 16.

Nabil, aku akan ingat tarikh ni…

UPDATE:- Nabil selamat mendirikan rumah tangga June 8, 2019. Tahniah Nabil!!!

roomate, 2082

Subscribe
Notify of
guest
16 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
February 2, 2017 00:22

hebatnya beliau. tabahlah nabil..

sofie adie
February 2, 2017 00:22

amin amin amin

sofie adie
February 2, 2017 00:21

kan? masa dapat tahu tu bergetar jugaklah hati….
alhamdulillah dia dah okay..

sofie adie
February 2, 2017 00:19

salam. amin amin.

sofie adie
February 2, 2017 00:19

alhamdulillah dipermudahkan urusan dia.

sofie adie
February 2, 2017 00:18

InsyaAllah dia akan terus tabah.

Ana Fatihah
February 2, 2017 00:17

Alfatihah. Allahu..
Nabil orang yg hebat sebabtu ujian dia pun hebat. InshaAllah terus kuat! :")

Eyqa Zq
February 2, 2017 00:17

Al fatihah. Takziah..

Fairuz Aqilah
February 2, 2017 00:17

innalillahiwainnailaihirajiun… seriously, bergenang air mata. tengah final exam. Allahu… :'(

The KehalusanKelembutan
February 2, 2017 00:17

salam , moga kawan sofie tu baik baik saja, tabah . salam takziah dari yana

cEro
February 2, 2017 00:17

Cuba nasihatkan dia suruh berbincang dgn pihak universiti sebab sesetangah universiti ada prosedur untuk hal-hal emergency macam ni. At least jangan biarkan subjek tu ada GAGAL je laa. Boleh. Kalau kau nak tolong maybe boleh ke bahagian HEP dan tanya prosedurnya 🙂

BudakVanilla
February 2, 2017 00:17

sedihnya T^T
AL-FATIHAH utk emak nabil. moga dia tabah. T^T

sofie adie
January 18, 2017 15:29

amin amin amin…
samalah kmk pun..sedih bah kan…moga nya tabah hadapi semua tok…

sofie adie
January 18, 2017 15:27

yang pakai speck dalam gambar tu..
aku lagilah xdpt byg dowh…wakil sedih untuk dia…huhuhu
T^T

tashira .a
January 18, 2017 15:25

al-fatihah :'( salam takziah. sikdpt kmk bayangkan mun kmk kat tempat nya 🙁

afiq ikhwan
January 18, 2017 15:25

nabilah ni yang mana????? sedihnyeeeee..aku x dpt byg kalau aku dkt tempat die T.T

Scroll to Top