Search
Close this search box.

Tulisan buat diri

beach, birds, sea-1852945.jpg

Tuhan, aku ini hamba yang kuat benar berangan. Itu ini habis satu alam dan jamadat aku impi dan angan untuk miliki. Namun, hadirnya Engkau disisi dalam hati ini, hidupku kembali aman.

Tiada kesah, tiada lagi keluh ketakutan kehilangan pada suatu yang memang tercipta untuk tidak kekal.

Kenapa ya usai menangis kita sering mengantuk?

Kerna jiwa kita perlu rehat untuk hari yang baru.

Jiwaku ini ingin sekali menjadi penglipur laran, bercerita pada maya tentang tauladan dan sempadan, namun aku gusar. Gusar penyampaianku kan guriskan hati orang. Jadinya, bilamana laman ini tidak berorang, aku lebih tenang untuk bercerita. Ia ada diawan, sentiasa mudah digapai namun tidak semua menyinggah untuk bersantai. Lega…

Lega untuk bersuara tanpa sebarang pemerhati. Kecuali Engkau Tuhan.

Aku kan…banyak sebenarnya benda nak dicerita. Tentang aku, tentang dia, tentang kita. Sebolehnya hajatku itu untuk kita damai bersama. Dibawah rahmat Tuhan Yang Maha Luas.

Jemari dibelek, kuku yang panjang direnung. ‘Ah, bilalah nak dipotong kuku ni ya…’ Hari ke hari semakin panjang. Rimas!

Buat diri,

tak baik tak apa, tapi jangan aniaya orang. *sigh*

Sekarang ini aku dimana, kategori tidak lagi baik namun tidak jua jahat. Boleh jadi juga jahat dalam novella orang lain.

Kenapa masih setia menulis walau tiada pembaca?

Aman. Amanku terletak dalam tulisan. Ini pun sudah dikira aku jarang menulis. Sampai karat benar rasa minda. Ergh!

Citaku itu tidak lagi memperoleh populariti dan ikutan yang ramai. Cukup sekadar yang sudi menghadiahkan al-Fatihah kala pemergian. Moga husnul khatimah.

Buat kamu, aku minta maaf. Aku tahu ucapan maaf ini tidak bisakan merawat setiap luka yang kau rasa. Cukuplah aku menjaga batas sewajarnya untuk kesenangan jiwa kita. Aman dari segala hasad dan prejudis.

Buat kamu jua, aku harap bahagia itu kan tetap menyinar dalam jiwamu. Semoga kita kan peroleh apa jua yang kita impi atas IzinNya.

Tuhan, Engkau yang membolak-balik hati ini, tetapkanlah hati kami diatas landasan agamaMu. Pimpinlah kami selalu….

Aku tahu, jurnal ini bukan untuk kamu atau kamu. Tapi kamu, ya kamu itu…yang belum tentu kan menemukan aku dalam tulisan ini.

Mungkin ada sebab aku memilih untuk kekal laylow dari menulis yang tidak-tidak. Semoga istiqomah.

Salam hijrah sahabat!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top