A delicate still life showcasing a teacup and flowers on a newspaper background.

Usah dirunsing, kitakan ada Dia…

Malam yang kelam, bahang kian terasa. Walau selebat manapun hujan yang melimpah, anginnya tiada.

Dia menerawang menyusuri jalan maya, mencari ilham.

Kita ini hanya ditakuk ini sajakah? Memang begini sentiasa atau kita ini yang buta tiada rasa syukur di jiwa…suaranya itu walau tiada didengar namun terasa bingit hingga ke telinga.

Usahlah dirungsing. Inikan pada usaha kita juga. Walau tersurat semuanya, usaha itu paling bermakna. Tanpa usaha, kita akan mudah berputus asa.

Iya, jika ada usaha tapi masih jua belum terlihat segalanya, kadang lelah itu dirasa jua…

Aku faham. Aku tahu perasaan kamu.

Andai telah diusaha, usah dirungsing. Kitakan ada Dia.

Mereka diam. Ya, usaha pun sekerat cuma, tapi mengeluh seperti manusia tiada iman di dada.

Pandangan terus dibuang pada lautan awan yang terusan membasahi jalan. Terlihat kelabu pada matanya. Betapa lebatnya hujan ini hingga sukar ditelus alam sebelah sana.

Tetapkan hati untuk bersangka baik pada setiap perjalanan yang Dia tentukan. Iya, kadang benar jalan itu kamu yang sengajakan. Tapi, tidak dia terdetik untuk mengharungi jalan sebegini. Jalan yang sunyi…

Jalan yang masing-masing lebih selesa untuk menyepi diri.

Tidak mengapalah, perjuangkan ia sebaiknya. Ada rezeki nanti, adalah

Tulisan melankolia menemani malam yang hanya diteman suara si penghawa dingin. Malam yang bahang kata dia. Sebahang rasa ingin terus berjaya tanpa sebarang usaha. Ah! Rengusan itu membuat dia tewas.

Tiada keberhasilan kan dapat tanpa usaha kawan. Semua perlu pada usaha. Pengorbanan sesuatu itu sebagai cagar yang kamu perlu bayar jika ingin berjaya.

Anggukan kepala hanya diberi sebagai tanda akur.

Usahlah dirungsing, kitakan ada Dia. Bersangka baiklah…

Boleh ke kita berjaya? soal dia mulai meragui.

InsyaAllah boleh. Sebagai hamba, jalan kita usaha, usaha dan terusan usaha. Kemudian doa. Doa agar perjalanan kita ini dipermudahkan.

Ya…ini sudah masuk tiga bulan, namun tiada keberhasilan.

Alah….baru tiga bulan.

Iya, itu katamu ‘baru’. Yang kesuntukkan waktu itu sudah terasa bagai dihalau saja rasanya. Malas mahu bertingkah bila segala sudah dipertikai.

Iya…ambillah segalanya. Ambillah semua…tidak juga hendak dihirau segala apa yang membuat jarak mereka makin jauh dari semua. Ya…ada bagusnya ia begini.

Asing. Sepi.

Namun jiwanya tenang.

‘Takpelah…itukan hak mereka. Kita doa semua agar berjalan lancar.’

Terima kasih sentiasa ada. Kita pun tidak mahu dirungsing pada bukan kuasa kita. Buat lelah saja.

Semoga semuanya selesai dengan amannya. Amin…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top