thank you, thanks, card

Kemeriahan Pilihan Hidup

Salam hujung minggu semua. Hari ni takde entri penting pun nak dikongsi.

Cuma rasa macam syukur permulaan tahun baru kali ni, semua lebih memilih untuk mematangkan diri dari pelbagai segi. Emosi, fikiran, reaksi dan segalanya yang boleh mengembalikan kemeriahan dalam kehidupan.

Iya, kadang ada je benda kita inginkan itu ini tidak tercapai. Buat diri kita rasa memberontak, marah dan sampai naik geram. Tapi sampai bila? Itu persoalan…

Walhal bila kita mengeksperesikan kemarahan kita itu pada orang untuk menunjukkan keburukan seseorang, yang sebenarnya kitalah yang menampakkan kebodohan sendiri. Ini yang kita kena selalu ingat.

Ya, memang kita rasa macam geram sangat sebab ada saja peristiwa yang buat kita rasa mendidih kesabaran. Tapi bila diingat balik, haih…buat apalah aku nak naik angin untuk perkara yang sia-sia begini.

Sudahnya, baiklah aku mencari alternatif lain dan memilih untuk lebih bertenang. Namalah keazaman paling utuh yang kita inginkan tahun ini adalah untuk menjadi manusia lebih tenang dan tinggi kesabaran dalam segala hal. InsyaAllah dengan izinNya, hatinya dikuatkan untuk mencapai azam ini. Aminn

Kadang rindu untuk melihat postingan tanpa sebarang prejudis. Hanya berkongsi kemeriahan hidup semata. Rindunya untuk menjadi manusia yang tiada syak wasangka. Ah…semuanya harus dimulakan dari jiwa sendiri.

Usahlah didengar dan ditakut sangat kata orang. Yang melaluinya adalah diri kita.

Teringat satu perkongsian dari laman media sosial mengenai situasi selepas kita meninggal. Semuanya akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Tiada juga kata orang yang kita terlalu takut itu akan bersama kita. Jadi, kehidupan ini kita penuhkan saja dengan kemeriahan cara pilihan kita.

Biasalah bila mood overthinking menerpa, memang naik gila. Tapi kita kena ingat dan pujuk diri, tiada pemikiran paling bagus melainkan fikirkan perkara yang bagus-bagus. Prasangka yang baik. Kena lawan rasa dan fikiran yang buat kita terseksa sendiri.

Perkara tu mudah. Bila melibatkan emosi ia jadi kacau…

Jadi kena matangkan emosi. Haih…nak mematangkan emosi ni, perghhh makan jiwa air mata jugaklah.

Begitulah kehidupan dunia ini kawan. Tiada ujian manakan kita dapat dinilai disisi Dia. Jadi bergembiralah saat diuji. Tenang, sabar dan sentiasa berbalik pada takdir yang Maha Mengetahui segalanya.

Kemeriahan pilihan hidup ini mudah. Hubungkan setiap perkara pada Allah. Sandarkan setiap keperluan pada Dia.

InsyaAllah hati kita tidak lagi mudah untuk dikoyak…

Kuat jiwa kawan!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top