Dalam ramai,
pasti ada yang merasa sendiri
Rasa itu bukan mereka yang pinta
Ia hadir kerna merasa jiwanya lara…
Lara tak terubat tanpa sebarang penawar
Dia kecewa hingga merasa ke hempedu pahitnya
Beribu ubat pun takkan boleh merawat rasa itu…
Dia tenggelam dalam dunia khayalannya
Seperti dunia cermin
Dikala orang ramai berjalan ke hadapan
Dia semakin melangkah ke belakang
Pabila orang menuju ke kiri
Dia pula ke kanan
Rawan tak bertepi
Cuba diusir sejauh mungkin
Namun semakin menghantui
Hati sudah tiada perisa
Tiada pewarna…
Terasa mahu sendiri
Namun takut dikata pentingkan diri
Bila ramai,
Merasa kecil hingga ke dasar bumi…
Sayu…
Sedih tak berair mata
Namun hati terhiris luka
Dan tenggelam dalam darah imaginasi yang dicipta oleh minda…
huhuhuhu…inilah perasaan itu…sukar diluah..apatah lagi utk diterjemah….
huhuhuhuhu…sob6….T__T
cuba selami selagi mampu 🙂
😀
Mood tengah kucar kacir dan,setabut dgn org ramai, tetiba baca entry niih . Fuuuhhh, rasa mcm ada org tolong terjemahkan perasaan ketika ini. T___T
sedihnya puisi tu… T.T tambah dengan lagu dari blog sendiri. OMG~ bertambah feeling dia..
mendalam maksud =)
❤