Hari ke-15.
Rasa macam baru semalam hari pertama. Tak sangka dah dua minggu. Dalam dua minggu tu pulak bermacam cerita berlaku. Memandangkan kali ni sudah pun masuk bulan baru dan aku kalau boleh mahu hirup udara baru dan move forward jadinya aku akan lupakan segala awan mendung hari semalam.
Bermula April 2020 ni, sempena tahun yang ke-6 aku cipta blog dengan personaliti sendiri, aku berhajat untuk lancarkan Projek Tepi Jalan. Hahahahaha benda apalah nama macam projek gagal. Walaupun kita gagal, at least kita merancang untuk gagal. Merancang itu penting. Even gagal.
Ini bukanlah satu-satunya projek yang gagal pernah aku lancarkan. Banyak lagi projek gagal yang lain. Terlaaaaaalu banyak. Sampai aku rasa ada baiknya aku layan Spongebob Squarepants dari fikirkan semua senarai projek gagal yang aku pernah lakukan.
Selepas menyertai Akademi AA 10 hari yang lalu, dia buat aku terfikir…sebenarnya, jawapan dalam segala tindakan yang dilakukan itu ada dalam diri aku sendiri. Cyeh, cara cakap macam kau dah boleh sama taraf monk. hahahaha over solitude punya pasal.
Apa itu Projek Tepi Jalan?
Patutnya aku tukar domain menjadi tepijalan.com instead of sofieadie.com Nak tukar sayang, sebab dah masuk 5 tahun aku guna domain ni. (Nasib baik domain tu unavailable, kalau tak confirm triggered nak tukar punya.) Dari segi SEO tak cantik karang kalau tukar. Baiklah aku polish domain sedia ada ni, mana tau boleh sampai ke tahap Sethgodin.com ke an. #Idola betullah seth ni. Pangkal S dah sama dah. Tinggal nak polish ke level tu je lagi.
Antara quote bagi tahun 2020 ni yang aku pegang sampai berjaya adalah:
Work hard until your idols become your rivals
Berbalik pada objektif pelancaran Projek Tepi Jalan ni, ia adalah fasa dimana insyaAllah aku akan mengfokuskan diri dengan menghasilkan masterpiece secara fizikal. Yup! Sudah masanya aku menjadi penulis buku!!!! Yuhuuuuu! Yuhu yuhu jugak, kerja banyak kena buat oiii! Buat buku ni sama macam proses taufufa. Nampak mudah, kemas, cantik…tapi dibelakang…banyak kerja yang kau kena pastikan ia dapat menghasilkan taufufa yang enak dimakan sampai terngiang dalam tidur.
Selepas 6 tahun kau berselindung dibalik title penyu, mungkin sekarang musim paling sesuai untuk kau asuh naga. Dan siapa tahu, gabungan keduanya akan mencipta lagenda penyunaga. Siapa tahukan….Setiap lagenda bermula dengan langkah kecil. Tanpa langkah itu, tidak mungkin mereka mampu ke puncak dakian gunung Himalaya.
Ada banyak benda nak dihujah sebenarnya. Lagi-lagi bab kepentingan. Tapi, aku malas nak overshadow announcement ni, so aku chow lu…papehal roger.
(p/s: ini bukan projek mengenai cara buat jalan atau apa saja yang berkaitan dengan pembinaan jalan raya)
merancang itu penting, selebihnya usaha! chiayok!
yeah betul tu ^_^