Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

News for my readers…

Salam sejahtera ke atas kalian semua and Holla there!

Korang apa khabar? Lama tak borak-borak entri macam ni. Ni aku ada cerita untuk korang semua, plus aku nak ucapkan terima kasih diatas sokongan daripada anda semua kerana sudi mengikuti perkembangan blog aku yang baru mendapat ‘pencerahan’ ni. Adalah dah nak masuk minggu keempat aku punya blog ni nampak cerah kan? Beza tak beza dengan zaman ‘kegelapan’ dulu…

Banyak sangat benda nak cerita sebenarnya kat sini. Sejak balik dari praktikal hari tu, kem hydro dekat Lumut, tragedi kekalutan viva dan final report yang menyebabkan kitaorang semua jadi workaholic, cerita malam BBQ perpisahan dengan kamceng rumah sewa….dan macam-macamlah yang takkan habis dalam satu entri.

So, entri kali ni aku nak khususkan tentang wajah baru blog aku ni dulu dan tanda penghargaan aku kepada korang semua! (sebenar dah lama nak citer, tapi baru ada jiwa nak menulis tu hari ni…huhuhu) Aku harap, korang dapat hadam, sebab cerita ni akan menjadi sangat panjang tahap gaban.

Perkara pertama sekali aku nak cerita pasal domain. Dulu domain aku ber’dot’kan blogspot lagi, sekarang dah ber’dot’ com. Amboi! Kemain lagi kau ek? Apasal nak tukar? Erm, masa tu aku telah mendapat ‘lampu suluh’ yang aku tak tahu dari mana datangnya. Mungkin sebab masa tu ada duit lebih sikit, tu yang terasa nak tukar. (alasan tak kukuh langsung! ah….abaikanlah!)

Perkara keduanya, perihal template dan warna blog ni. Masa aku guna tema “Hitam Emas milik sofie” dulu, (choi! nama template tak bley blah sungguhlah!) aku risau giler orang akan sakit mata tiap kali nak baca entri aku.

Berjuta kali aku buat semakan terhadap mata sendiri, gabungan dua kaler tu memang awesome! Royal dan elegant giler rasa, tapi kalau untuk pembacaan, tak sakit mata ke ek? (Tapi, kaler ni kaler tema untuk …. ah, berangan! calon pun tadak! pigidaaa!)

Tema dapur…yang pikir lain-lain tu kenapa? hahahahaha

Lantas aku pun mencari dana baru untuk mendapatkan template exclusive…ye er ea xclusive?? Bersama azam untuk menaik taraf kualiti blog sendiri, aku pun tekad mengubah hampir 100%. dari keseluruhan blog aku yang dulu. Itu kalau korang perasanlah…

Cerita seterusnya, dengan sokongan dari korang, kalian, anda semua sebagai pembaca yang setia walaupun aku telah ‘beralih arah’, aku mendapat peluang menjadi salah seorang contributor Zalora. Hadiah tu aku kasi untuk korang semua. Aku tak pernah mimpi pun jadi penulis serius ni. Aku suka tulisan cincai-cincai, lawak hambar, rant on something, dan cerita hati yang tak pernah kesampaian…

Tapi, bila ada peluang, aku ambil itu sebagai satu “catalyst“. (Adik-adik yang eksited belajar kimia confirm suka guna istilah ni. Lagi-lagi ada lagu dari dak LP). Oh, come onlah kau nak gelar orang adik-adik? macamlah tua sangat….huhuhuhu…iya sesungguhnya tidak lama lagi generasi 2000 akan mengambil alih zaman gemilang budak 90’s…terimalah hakikat itu…

Oh, kalau korang semua dah habis ‘godek’ blog aku yang versi baru ni, kat atas tu ada bahagian blog kan? Haa…dekat situ semua pasal blog ada. Bloglist ke, segmen yang aku join ke, kalau korang nak tinggalkan jejak dekat shoutbox tu pun ada dekat bar tu…aku tak buang pun blog list lama. Cuma aku buat satu blog baru khas untuk bloglist sahaja. Jangan sedih na…

Majoriti blog yang aku suka stalk ke baca zaman dedulu sume dah pencen….yeah, they also have another life to live….reality itu tiada siapa dapat menolaknya….Now, this is my blog. My new legacy, my new world, and my road to success. Iya, kadang kita perlu berubah untuk membina keyakinan diri yang lebih jitu.

Aku harap sangat korang takkan lari dari menjadi pembaca setia apabila melihat perubahan ini. Sebab tu aku buat entri ni khas untuk korang. Korang yang ‘kenal’ aku dari awal dunia blog sampai sekarang…Blog is a life! Koranglah penghuninya….this is it huh?

Berjela kan entri aku kali ni. Memang special untuk korang. Dalam 440 orang tu, pasti ada yang aku pernah terkasar bahasa ke terguris jiwa, terhiris hati atau lebih teruk lagi tersayat perasaan, aku mintak maaf sangat-sangat. Iya, memang mata ‘tulisan’ itu lagi tajam dari mata pedang…

Sebab itu kita perlu berhati-hati menggunakannya. Yang randomly datang sini pun, cari maksud poyo, aku harap persoalan tentang poyo tu korang faham leklok…yang nak cari info pasal geomatik tu, ambillah mana yang berguna, mana aku boleh tolong jawab aku jawab…

Dahlah, macam panjang sangat je ni. Sedih pulak rasa…thanks korang! Aku hargai sangat walau satu komen dari korang. and thanks for reading!

Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 12, 2016 01:52

thanks atheera! boleh2 aja…
😀

sofie adie
May 12, 2016 01:52

heheheh…terima kasih-terima kasih!

atheera dayana
May 12, 2016 01:50

tahniah dah ade domain! lepas ni nak ikut jejak sis jugak la

aRz MoHa
May 12, 2016 01:50

cantik template baru ni….teruskan berblogging

sofie adie
May 9, 2016 15:36

sila2 buat domain..hehehehhe…thanks yuk baiq! 🙂

sofie adie
May 9, 2016 15:19

huhuhuhuhuuh….insyaAllah

Yuk Baiq
May 9, 2016 15:17

huhu..nak jgak ada domain sendiri..huhu..btw..love your blog..simple and nice..

aienie NKA
May 9, 2016 15:17

Mohon belanja satu sis~ T^T

sofie adie
May 9, 2016 00:52

hahahahhah….cerah tak cerah…lepas ni ana tukarlah pulak ke doamin.
heheheh 🙂

Ana Fatihah
May 9, 2016 00:51

Cerahnyaaa~
Dan yes, jeles jugak knapa ramai sgt tukar domain ni? Hihi

sofie adie
May 8, 2016 21:31

hahahahahhah..alololo tashira pun boleh pi buat domain tu….insyaAllah ada rezeki. Suka? thanks tashira! really appreciated it! 😀

tashira
May 8, 2016 21:26

jealous tgk org lain smua dah ada domain sendiri T_T tsk tsk nak jugakkkkkkkkk
btw suka sgt dgn kaler putih kat blog akak ni 🙂

Scroll to Top