Makna sebuah kehidupan

Aku tak tahulah samada aku pernah atau tak buat tajuk entri ni. Tapi seakan tipikal bunyinya. Siang tadi, training banyak menceritakan pasal MAKNA.

Apa itu makna?

Siapa yang cipta makna?

Apa yang kita faham tentang makna?

Nampak macam simple kan, tapi bisa termangu jugaklah nak fikirkan jawapan. Makna tu sama dengan simbolik ke macam mana? Confused!

Lagi pulak bila Encik Fauzi tanya lebih spesifik, makna kerjaya dalam kamus hidup kita? Apa yang ia bawa?

Bahagia? Derita? Minat atau kecewa?

Ah, malasnya nak berfikir.

Sebagai umat manusia yang dikurnia akal, berfikir itu wajib bagi mengasah minda. Hari ni topik yang kitaorang belajar adalah tentang self leadership. Kata beliau pulak, bagi sesiapa yang ada pengetahuan asas dalam memahami manusia ni, dia cenderung menjadi manusia yang sensitif. Padahal, orang lain tak sampai pun tahap tu.

So, pesan beliau awal, tak usahlah hati tisu sangat. Sebab tak semua orang tahu dan acknowledge dengan perkara ini. Nampak remeh, tapi powerful. Apa dia?

PERKATAAN.

Perkataan yang diucap tidakkan dapat diundur. Ha…nak berhujah tentang perkataan ni, aku malas aih nak bukak berjuta google tab. Cukuplah sekadar aku kongsi perkara apa yang aku belajar sepanjang ikuti training ni.

Semenjak jadi peserta program ni, aku sedikit kekurangan masa. Yelah, sebelum ni dah mewah sangat dengan masakan. Sekarang, mana nak buat kuihnya, mana nak ambil tempahan design blognya dan mana nak fokus terhadap apa yang bakal dilatih.

Project Management itu sangat kritikal. Sebelum ni, setakat penat fizikal dia takdelah sampai level, bila rehat, letak kepala, terus lelap. Sekarang, penat dia mental dan fizikal. Tapi itu hanyalah self talk kita yang tak boleh overwork.

Lagi satu kita kena belajar overestimated instead of underestimated. Macam mana?

Haigoo…gimana sih mahu jadi overestimated? Nanti rajin aku bukalah research work. La ni nak update santai-santai buang pemikiran kat sini. Yang bahawasanya Ramadhan nak berakhir dan aku tak lama lagi bakal meninggalkan tanah Miri….sedih…..

Selesa kot life dekat sini. Tapi tulah…sape je dapat berkembang dalam zon selesa…maka berhijrahlah wahai anak muda, selagi punya kudrat.

Sempatlah rembat stok wardah yang tengah sale sempena Hari Pekerja.

Paling dirindui adalah meja solek. Even kau tak berias pun, just suka tengok barang tersusun rapi gitu…Biar tak berapa rapi hahaha

Takat tu jalah cerita aku. Baca niat puasa untuk esok dan maa’salamah!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
May 8, 2021 07:20

crystallure tu berapa? Nice talk, love your skin too. 😘

Scroll to Top