arm, hand, write-1284248.jpg

Planning satu hal…

Orang cakap, hidup ni jangan banyak sangat planning. Takut plan-plan tak terbuat. Sudahnya kelaut.

Hurm…itu oranglah. Bukan aku. Aku kalau takde plan, usah ke laut. Ke atmosfera petala berapa aku pun tak tahu. Mahu tenggelam lemas di angkasa ha. Berangan tak ingat realiti itu punya batas.

Aku baru habis plan, betul ke nak berhenti kerja dengan orang. Pastu buatlah kira-kira. Kira-kiranya pun lahai….macam belum mengizinkan untuk berhenti. Sakit kepala dowh bila buat planning ni. Dia jadi anxiety, overwhelmed semua ada.

Siapa cakap best kerja planner ni?

Kalau berfikir tu mudah, kenapa ramai ambil jalan singkat?

Bisnes plan, marketing plan, sales plan, semua benda nak ada plan. Even hidup ni nak bangun pukul berapa pun kena rancang. Itulah dia. Rancang tu penting, jadi tak jadi belakang cerita. Paling kurang dah research.

Hurm….geram tau dengan diri sendiri sebab cepat sangat overwhelmed. Relax tak bertempat. Sampai kadang rasa malas giler nak hidup. Malas nak buat semua benda, malas nak jadi terpaling show up. Just malas….

Tapi, ianya tak bagus untuk kesihatan emosi.

Tak tahulah benda apa yang lelah sampai rasa macam nak give up. Hari-hari cakap dengan diri sendiri, nak quit nak quit nak quit. Tapi, masih juga duduk depan laptop ni, mengadap kerja tanpa henti. Tiga bulan je lagi…tiga bulan je lagi. Nanti nak benti ke nak apa, ko fikirkanlah. Yang penting sekarang ko kena hadap dan telan hidup kau itu, begini.

Korang yang kat sini pun rasa macam, eh dia ni kerja merungut je seharian. Cubalah bersyukur sikit. Ye aku bersyukur aku hidup. Lebih dari bersyukur dowh.

Tapi…?

Hahahaha macam tahu-tahu je ada tapi….

Entah…aku pun tak tahu jika tapi itu buat aku tak bersyukur.

So, aku biarlah lepaskan rasa berbuku tu dekat sini. At least, sedih tu berkuranglah sikit. Penat nak coop dengan dunia. Penat nak kejar duit even kau suka bazirkannya setiap keping dan syiling.

Takat tu jelah cerita aku. Doalah kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan kaya jiwa, harta dunia akhirat sentiasa. Amin….

p/s: dia macam nak sedih, macam nak loses hope macam dah tak de harapan untuk percaya segalanya. tapi tu lah…kau tu ada Tuhan…hurm………

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
August 11, 2021 16:56

lain dah blog!!!!!!!!! kbai plan for better future, plan for good, planning is good for everything.

Scroll to Top