Blog Header

Akhir atau Mula….

salam-maal-hijrah-1443

Alhamdulillah masih ditemukan dengan tahun Hijrah 1443.

Dalam ujian terselit Rahmat.

Dalam sendu terselit senyum.

Hah….tak sangka pun terpaksa jangka. Yang kita ini masih tiada jawapan untuk bebas keluar seperti sediakala. Jauh benar harapan itu. Semakin jauh untuk digapai.

Hari demi hari, kerjaan kita hanya bertahan. Pertahan segala kekuatan yang tinggal. Seram, takut, kadang tak tahu mahu rasa apa lagi.

Berhenti berharap? – Sudah

Give up? – Hampir

Hilang jiwa? – Sudah

Entah….waras sudah dicampak kemana pun aku sendiri tidak tahu.

Hidup untuk survive. Itu saja.

Hidup demi kelangsungan.

Berharap pada apa lagi selain Dia sahaja harapan yang tinggal. Come onlah, terlalu awal untuk ucapkan kau penat berjalan. Banyak lagi semak perlu dirintis. Banyak segalanya. Sakit kepala?

Itu lumrah.

Hidup, selagi bernama hidup mana ada yang kekal. Segalanya akan punya pengakhiran. Setiap yang mula, pastu hujungnya titik. Huh…sampai waktunya giliran kita pula hilang tanpa ucapan selamat tahun baru mahupun selamat malam.

Kawan, teman, keluarga dan siapa saja kalian, maafin aku diatas kekhilafan lalu ya. Jika ada yang punya dendam, katakan saja padaku, mana yang dapat dihadam, aku cuba telan.

Resolusi tahun baru?

Be happy and carpe diem!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top