Ctrl + A
Delete.
Itu yang dia buat bilamana terasa entri ini bisa menyinggung rasa ramai pihak.
‘Ah, dunia….segala dosa yang bertanda, hukumnya bisa menjahanamkan alam sana. Sana yang buat kita terasa jauh, walhal dekat…’
Itu kata jiwanya. Jiwa dia yang, tidaklah terlalu baik. Tapi, hari-hari dia berdoa, agar dijauhkan dari perkara yang boleh buat dia jauh dari Tuhan dan segala kebaikan.
‘Kita, kena terap dalam diri. Yang akan lindung kita dari apa jua adalah Dia…nak tak nak, kita hanya ada Dia….’ hela ditarik. Panjang. Senak jua dada bila difikir yang, tak semua manusia itu sama.
Gagal merancang, merancang kegagalan.
Semalam, seharian aku dengar lagu alunan M.Nasir dan Malique itu. Sampai bernanah telinga kalau boleh. Tapi, masih jua tidak fasih menyanyi ikut rentak.
Lately, oh…sebelum terlupa…tadi Pak Su kepada rakan kerja aku meninggal. Terpana seketika. Terasa yang kematian itu senafas dekatnya. Tapi, masih lagi tak serius untuk hadap dunia sana. Sedih…
Masih lagi sibuk judge orang sana sini. Susahkan jadi manusia….jaga hati, jaga setiap detak niat dalam hati untuk sentiasa bersangka baik pada perancangan Tuhan. Ada saja bisikan yang menghasut dan goda.
Gagal Merancang…
Sejak minggu lalu, banyak pulak lagu melayu yang lama aku dengar. Seolah akulah mak cik-mak cik yang sentiasa kenang akan kisah dan hidup lalu.
‘Ingat tak masa…’ itulah mukadimmah sebuah imbauan…
Aku dan throwback….berpisah tiada..
Kuat benar memori mencengkam ingatan. Lagi pula memori yang buat kau kenal pada kehidupan. Entahlah….
Dan setiap detik yang ku lalui
Seluruh malam ku membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana….
Itu lagu yang pernah menjadi peneman kala menyertai satu Kem Kepimpinan di Perak. Jauh betul rasanya cerita itu. Kelakar…
Dia gelak sendiri. Siapa je yang ingat kau?
Entah. Geleng tanda tidak tahu…
Kita ni kan, hanya latar belakang dalam hidup orang. Kadang, latar belakang itu terserlah lebih dari watak utama. Kadang, hanya bayang dan pepohon yang meneman. Sunyi. Kosong jalannya buat kita rasa, cerita aku terlalu sepi. Tiada latar muzik. Tiada latar cahaya.
Merancang Kegagalan…
Bagaimana?
Jika kita pilih satu pilihan ini, secara automatik kita akan menutup pilihan yang lain. Kenapa masih mahu menjenguk pada pilihan lain walau hati dan jiwa kau mahukan dia?
‘Gamble giler dowh…giler giler giler…’
Bertasbih perkataan gila bila dikenang segala kebarangkalian. Barangkali….yang masih tidak pasti…
Hidup, taburan pilihan jawapan itu kerap mengelirukan…
Soalannya mudah; mahu syurga atau neraka?
Kita kata, ‘Ah,….hidup hanya sekali…tidak salah mencicip siksa untuk sekerat nikmat dunia…’
Dan, menyesal.
Baik itu seolah satu dosa baharu…
Ah, dunia….apa yang aku dah merepek ni…
‘Jadi dewasa susahkan…banyak cerita yang kita simpan, semat menjadi rahsia…buat kita geleng kepala…’
‘Mana ada dewasa, tu orang tua yang tak tahu fikir ja…’
Entahlah…
Manusia dan kehidupan.
Pilihan dan kematian.
‘Kitakan, sejak dah habis belajar, bila balik kerja tu, antara tidur dan lapar, kita auto pilih tido…tak tahulah tu…’ masing-masing gelak. Hambar. Fikirkan hidup bertarung dalam dunia kerjaya yang terkedek naiknya.
‘Kak, kau ada pilihan. Tempat ni tak mampu afford akak pun. Keluar je lah…’
‘Kesiann….’ dan mereka gelak.
Teringat mantera pogatif yang mereka cipta dua bulan lepas. ‘Siapa yang bodoh?’
‘KITA!’ laung mereka.
Panjang pulak bebel aku hari ni. Cerita seminggu yang diperam, direnung buat kau rasa…ada ceritanya, tak perlu punya pembaca. Ada kisahnya, hanya kau dan Dia saja tahu. Boleh jadi mereka tahu, selepas kau pergi. Boleh jadi…
Hidup ini penuh bukti.
Penuh saksi yang tidak bermata. Jamadat. Sebahagia anggota yang akan berbicara di sana. Ah, timbunan dosa terasa beratnya…
‘Kadang baiknya seseorang itu kerana Tuhan telah tutup aibnya. Tuhan simpan cerita itu agar dia taubat. Ingat, yang kita manusia itu tidakkan pernah jadi malaikat…’
Diam.
‘Kau tak rasa ke, yang Tuhan boleh kontrakan kita dengan orang yang kita suka?’
‘Tapi, kita ada pilihan bukan?’
‘Kalau pilihan itu bukan yang dimahukan, kau akan tetap pilih dia?’
‘Gamble giler dowh! Giler giler giler!’
Dan perbualan mereka terhenti.
‘Apasal kau selalu jumpa orang macam tu ek?’
Mereka gelak. Dapat dilihat dari suara tawa itu gelengan kepala berkali-kali.
‘Tak tahu dowh…serius tak tahu…apasal ea?’
Nafas panjang ditarik.
‘Pelikkan kerja Tuhan ni….’
Diam.
‘Saya tak bolehlah dengar lagu melayu ni tanpa analisis lirik dia. Dia macam boleh melambatkan kerja dowh kalau dengar lagu Melayu.’
‘Lah, apasal pulak?’
‘Dia macam, saya mesti hadam lirik ni. Kena study, faham apa yang cuba disampaikan.’
‘Saya tak pernah fikir sampai macam tu sekali. Lagu ni, dengar just dengar je…mana perlu study apa-apa..’ dan mereka gelak.
Haish….rindu zaman belajar. Rindu untuk dengar suara gelak tawa rakan satu kelas. Zaman diploma terutamanya.
Tuhan, aku kangen untuk kembali ke masa lalu…
Detik ini juga boleh jadi satu detik yang aku rindu…
Detik yang tiadakan dipulang walau kau katakan rindu bertalu-talu…
Hidup, gagal merancang, merancang kegagalan….
Rancanglah hidupmu…bukan setakat disini…
Jauh lagi jalan kita kawan…Ayuh pulang…
Pulang ke jalan yang bisa pimpin kita ke sana dengan aman dan senyuman…