Selalunya begitulah soalan dia. Keberadaan yang selalu ditanyakan.
Kau dimana?
Sedang buat apa?
Lagi kesibukan kah?
“Weh, dia tak balas dowh mesej aku…” adu si teman.
“Mungkin dia busy kot. Biasalah, hidup dan kesibukan berpisah tiada..” mereka terus lupa pada kewujudan teman yang langsung hanya dia saja yang sedang bertarung alam perjuangan.
Ya, aku cuba untuk faham akan kedudukan kasut yang dia pakai. Kasut kita tidak sama saiz. Telah lagi pada ketinggiannya. Habis aku mendongak pada sebuah memori yang semakin pudar.
Mentari itu dia renung setiap pagi. Mencari kekuatan disebalik sinar yang mencerlang dek kerana quote bulan ini “Step into the daylight and let it go…”. Jadi dia renung matahari dengan harapan silauan tembus hingga ke jiwa.
“Aku sudah pulih” ujarnya pada si teman.
“Tahniah!!! Kan aku dah cakap, kau akan lepas punya fasa koyak ni…” dan mereka gelak ketawa terbahak-bahak merai sebuah kejayaan pada taklukan jiwa yang kian lama terpenjara dek rasa yang tidak seimbang. Ah, manusia dan ujian.
Kelakar. Itu saja ujarnya.
“Aku nak keluar dari sini. Argh!!! Cepatlah kaya!!!!”
“Asal? Bukan situ okay ke?”
“Aku tak mahu terlalu selesa di takuk rendah ini…aku mahu keluar.”
Dia hanya menggeleng. Mendengar segala lagu yang pernah bersamanya kala jatuh, bangun dan parah dulu. Kini, dia hanya tertawa sendiri.
Dimanakah kita?
Teman kian renggang.
Yang ada kesibukan
Terasa khabar dijawab itu suatu beban.
Jadi, mungkin kita sudah tidak sehaluan?
Itu destinasi kitakah kawan?
Hentian kita sudah berubah. Kendatipun kita pernah berikrar untuk sentiasa ada, ia hanya dongeng semata….
Kami faham. Akurnya. Hidup kita cabarannya tidak sama. Hanya kau terpaling perit. Hanya kau terpaling sakit. Hanya kau…
Aku?
Sentiasa terlihat punya waktu.
Kelakar…
Moga segalanya baik aja buat kehidupan kalian. Itu aja.
Mungkin jua tahun ini sebuah tahun perpisahan. Who knows?
Berpisah pada apa?
Angkat bahu lagi….
Maka, ini yang terakhir buat kita?