water drop, water, splash out-7782438.jpg

Yang hilang…

Sebelum masuk waktu tidur, tutup laptop selepas misi pencarian kerja baru, macam biasa aku akan lepak kat sini. Borak-borak dengan blog sendiri supaya ianya tak bersawang.

Darsawarsa ini, ujian kita pelbagai peliknya. Ada yang itu, ada yang ini kadang kita rasa seperti syukur jua masih bertahan hingga ke tahap ini. Ada perjuangan itu yang berteman tapi selalunya ia sepi. Sendiri…

Tapi takpe, itu lumrah alam kata orang.

Memang untuk bertukar segala arah dan angin kerja itu tidak mudah. Perlu membiasakan diri pada ruang baru. Pada budaya yang kita belum tahu itu agak sukar. Janggal usah dikira. Tapi, hidup perlu pada risiko dan keberanian. Iya, memang suka risiko pun kan.

Berbalik pada cerita sebuah misi menghias dan upgrade isi rumah masih lagi tergendala seiring cerita ini dilakar. Aku sesungguhnya sangat kecewa dengan kau. Teramat. Hingga aku rasa seperti lagu Nirwana Band bertajuk Sudah Cukup Sudah dan kadang terngiang lagu Nanasheme berlirikkan,

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja…”

Yang hilang itu kan pasti ada yang lebih baik kan mendatang. Ah, peduli apa pada permasalahan orang yang enggan menerang kondisi letak duduk diri mereka. Malas juga mahu dipusing ambil kira. Mungkin tahun sudah tahun akhir kita menjadi kawan. Mungkin…lepas tragedi ini semua, ku kira…kita sudah menjadi warga alien ya?

Suka hatilah labu…

Sekarang, selepas semua yang berlaku, segala keputusan ada baiknya aku berserah pada Allah. Melalui jalan isthikarah. Ada benar untuk meletak segala takdir dan keputusan itu selari dengan yang sedia tercatat di Luh Mahfuz…mahu dirungsing apa lagi jika semua sedia tertulis. Kerja aku sebagai hambanya Dia, hanya buat yang terbaik untuk hadap, terusan hadap, hingga muntah hijau dan mahu apa pun jawapannya hanyalah hadap.

Hadap selagi mampu

Hadap selagi boleh

Tulisan azimat pada diri yang aku semat buat minggu ini adalah;

“Yang menjayakan aku adalah aku,

yang menjahanamkan aku adalah aku,

Aku ada atas izinNya

Dengan izinNya aku berjaya…”

Maka, usah disedih pada yang telah hilang, akan hilang, bakal hilang…

Semua telah tertulis…

Hakikat seorang hamba kita perlu belajar redha…

Iya, bicara guna liur memang mudah. Untuk hadapnya, perit naudzubillah!

Sakit yang amat!

Kadang menangis menonggeng siang malam. Sakitnya Tuhan!!!

Jerit dibalik bantal. Menangis kala makan, peritnya untuk belajar sebuah redha….

Namun, akur sebagai hamba…ini semua ujian. Sakit itu lumrah hidup sebagai manusia…

Sabarlah duhai diri…

Sabar ya…

Aku masih bertahan…kerana Dia….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top