flower, life, yellow flower

Ada rezeki nanti…

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan tahun baharu 2025.

Siapa sangka kita akan bersua hingga tahun ke angka begini. Langsung tidak percaya. Sungguh! Menarik hembusan nafas teramat dalam bagi mencerna kesahihan yang udara hari ini itu dihirup merupakan udara tahun baru.

Iya…bulan baru Rejab 1446H sudah kalian. Terlalu banyak angka hingga terasa benar masa berlalu dengan pantas. Dalam pantasnya, terasa debaran. Dimana hujungnya?

Tidak mengapa kita menghargai detik yang ada. Menghirup serta menghela dengan ritma kita. Ada rezeki nanti, adalah…InsyaAllah.

Kelihatan postingan yang meriah sempana penutupan tahun lalu. Tahun yang banyak menguatkan hati dia menjadi manusia yang menerima segala dengan hati terbuka. Tahun di mana wujudnya dia sebagai watak utama. Tidak lagi mengisahkan apa-apa.

Mahu hingga ke tahap begini, masanya memang berperanan besar. Dari sekecil anak yang terpaksa matang emosi sebelum usia. Hingga ke usia menjadi seorang bonda. Rindunya pada suasana purbakala. Bukan sekadar merindui permai desa…bahkan segala harga yang mampu dibeli hanya berbekalkan wang sekupang semata!

Kini…sekupang apa pun tiada mampu milik apa-apa. Bahkan menjadi yuran pada sesuatu yang milik kita. Ah….langsung tidak masuk akal!

Ada rezeki nanti, insyaAllah bersua kita hingga ke Ramadhan yang Mulia. Ah…suasana yang dirindui. Rindunya pada sesuatu yang kehadapan. Rindunya pada detik sekarang yang sedang berjalan. Rindunya pada setiap memori yang menjadikan dia orang pada hari ini.

Tapi tidak dia mahu lagi berpaling terlalu lama pada sebuah cerita lama. Itukan kisahnya lama. Dia pun sudah tidak di situ lagi. Lama sudah berganjak dari dunia sana. Melangkah untuk ketenangan.

Tidak dia mahu lagu keriuhan. Tidak jua pada soseh soseh yang belum jua berada saat dia terjelepuk kelak. Ada rezeki nanti, kita usaha kehidupan lebih baik. Aminnn.

Ada rezeki nanti,…bisiknya lagi. Masih rezekinya.

Takpelah, sekarang kita hanya menanti penuh kesabaran. Tenang duhai jiwa, usah melatah pada sesuatu yang luar dari kawalan kita. Senyumlah…senyum sebagai penguat kita.

Jadinya, 2025 ini dia pun tidak berharap setinggi langit lagi. Cuma mahu lebih rajin sujud pada dahi.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Aminnn…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top