pexels-photo-2255441-2255441.jpg

Apa yang menarik August ni?

Hai gaiss!

Macam mana bulan Ogos korang? Okay tak okay?

Syukur Alhamdulillah semuanya masih bergerak dan bernafas dalam Iman dan Islam. Oh ya, kot korang lupa yang sekarang ni aku banyak habiskan masa mencantikkan konten dekat Lemom8. Kalau korang ada akaun kat sana, meh-meh share dengan aku. Kita support-support ^_^.

Habis, kalau aktif kat sana, kau dah tak update ke dekat blog ni?

Insya-Allah, update je selalu. Cuma seminggu sekali je lah. hehehe. Plus, kalau aku celoteh lebar panjang kat sini korang nak baca ke? Tidak jugakkan.

Haaa…ada baik kita share jugak dekat platform yang ramai pembaca.

Eh, dah tawar hati dengan blog ka macam mana?

Eh, tidaklah tawar hati. Cuma, blog ni dia tak boleh update ikut phone. Kena dok mengadap depan laptop dulu ha, baru dapat menaip. Doakan aku dapat upgrade office home aku ni ke model yang lebih canggih tau gais. Ini aku nak up entry sikit, terus berasap. Geram jugak kitanya. Tapi, buat masa sekarang, bertahan je lah boleh.

Itu yang tengah kerja keras lagi kawan.

Bulan Ogos ni menariknya kita sama-sama memperingati tokoh-tokoh kebangsaan serta buka balik sejarah penubuhan Malaysia. Dalam kekecohan dengan pelbagai bencana yang melanda sekarang, kita tetap utuh bersiaga bagi merai kemerdekaan Tanah Malaya. 

Semoga berbaki lagi berapa hari untuk ke tahun baru ni kita pulun habis-habisan untuk mencapai target tahun 2024. Kena semangat sikit. Keep going and don’t give up!

Aku baru start aktif kat sana sejak Julai lepas. Pastu on-off. Cuma start minggu lepas barulah aku rancak berkarya. Sebabbb….ha mestilah bersebab kan. hahahaha sebab sekarang dorang tengah adakan Contest #MalaysiaLife. Hadiah dia pun bukan kaleng-kaleng. Jadi, misi kali ni adalah untuk menjadi seorang dari pemenang hadiah-hadiah tersebut.

Usaha tu kena ada. Mesti! Wajib!

Dah, dah lah tu asyik patah semangat kan. Time to shine!

Konklusinya, bulan Ogos menarik dengan pelbagai aktiviti kebangsaan. Korang kena rajin follow rapat promosi sempena bulan Kemerdekaan.

All the best dan semoga dipermudahkan urusan kita semua dunia akhirat. Aamiin.

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
September 7, 2024 14:36

ada jugak TERnampak iklan lemon8 lalu lalang tp blm sempat nak aktif sana.. blog pon tggelam timbul hehehe

Scroll to Top