Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Cabaran blogging zaman millenia

Hari yang redup dikawasan aku telah membuatkan aku merenung dan memikirkan tentang nasib dunia blogging pada masa hadapan.

Kemanakah hala tujunya?

Bagaimanakah pengakhiran sebuah blog kelak?

Adakah blog aku masih menjadi rujukan jika jutaan blog baru muncul setiap hari?

Ah, nak nak pulak dengan masalah ‘mood blogging ke laut’ yang tak reti balik darat. Kerisauan ini buat aku termangu untuk bersaing sengit. Hahahahaha…sepatutnya aku kena ambil langkah pantas dan cepat. Tadi baru dengar small talk dari Irfan Khairi, beliau cakap zaman sekarang ni;

Kepantasan adalah currency untuk menang pada hari ini

Pantas aku pun harus mulakan tindakan segera.

Bangun, buka blog dan suarakan kerisauan tentang cabaran berblogging. Nampak seperti tiada, tapi jika dikaji dan diselidik, perkara kecil inilah juga yang boleh mengubah presepsi dunia. Dari sebuah blog, sekadar contengan suara minda yang tak mampu senyap walau seketika, boleh jadi pemangkin utama berubahnya sebuah empayar. Siapa tahukan? Masa depan tiada siapa boleh tebak. Tapi, semuanya dapat dibaca dengan perbuatan pada hari ini.

Jadi, wahai rakan blogger yang setia menulis setiap hari, pesanan daku…janganlah kalian berhenti. Kerana telah ditulis oleh kitaran hidup, setiap apa yang kita buat pasti ada cabarannya. Bangkit dan sahutlah cabaran itu. Because legend mana kenal erti putus asa – BT-

So, antara cabaran blogging yang dihadapi oleh blogger tanpa sedar/sedar adalah:

1- Tidak punya masa

Some people said, it’s not about time, it’s about priorities. Jika mahu blog kita dikenal pada masa jangka yang panjang kelak, kita juga haruslah berkorban masa dari sekarang. Satu atau dua jam sudah memadai.

2- Blog dijajah oleh media sosial yang lain.

Siapa nak baca blog? Kalau semuanya dah terpampang dalam fesbuk? Ayat artikel dekat fesbuk pulak, semuanya catchy. Buat rasa nak klik dan tahu je tentang cerita penuh dia. Walhal, link tu pun sama gak asalnya dari sebuah blog. Biarlah lepas kita klik tu, iklan bukan main lambaknya, tapi masih sabar sebab perasaan ingin tahu tadi. Well done fesbuk!

Belum lagi diambil kira cerita drama di twitter. Biarlah thread dia panjang berjela, tapi orang still baca sebab dari twitter orang tahu the latest issues and trending? Betullah…sometimes. Bagi aku twitter tempat meroyan je. Hahahahaha Ada yang bagus tu, baguslah…sometimes boleh rosak minda jugak mengadap fesbuk dengan twitter lama-lama.

Insta? Insta dia tak sama sebab a picture shows a thousand words. But, once dah addict dengan insta, goodbye lah blog ui!

3- Internet

Yo, ini adalah salah satu punca blog aku boleh mati berbulan lamanya. Tapi sekarang, semua kerisauan itu sudah dapat dielak walau aku duduk berjauhan dari kemudahan wifi rumah. Sebab? pelan infiniti dari digi! Gilalah kalau lepaskan peluang emas yang ditawarkan ni.

digi, plan, postpaid

Why digi? Oh, sebab aku baru nak try market digi ni, tapi so far no problem. Dah dalam tiga hari kot aku guna. Alhamdulillah semuanya smooth…

Kalau korang rasa pelan ni mahal, korang bolehlah survey yang murah dan bagi kepuasan melayari internet tanpa batasan. Malaysia negara bebas untuk memilih bukan?

4- Idea kering!

Hah! Orang kata juga, jika kita mahu menulis dengan banyak dan lancar, kita juga harus membaca dengan banyaknya. Sebab dari membaca kosa kata kita akan menjadi kaya. Alah, zaman sekarang ramai je penulis yang bukan dari kalangan yang gemar membaca. Well, it’s up to you. Sebab manusia itu unik. Tapi, jarang kita jumpa pemimpin dunia yang kurang gemar membaca kan? Bacalah, tak pernah rugi pun kalau kita membaca.

Tapi, kalau dah banyak baca still tadak idea, tengoklah movie, lepas tu buat review. Pergi makan tempat baru, buat review. Mana tau lama-lama idea tu akan muncul. InsyaAllah.

 5- Blog dah tercemar dengan marketing melampau.

Betul ke? Somehow it’s a big competition among blogger nowadays. Terpulang bagaimana cara untuk hidup. Setengah orang jadi kurang gemar dengan blog sebab asyik-asyik cerita sama, copy paste. Takde idea sendiri. Ambik, ciplak idea orang. Itu perkara biasa. Memanglah sekarang ni originality idea tu dah takde sebab dunia pun dah tua, mestilah idea pun lebih kurang sama. Hahahah

Lagi satu sebab, biasanya yang punya idea unik ni satu kelemahan mereka; mereka tidak gemar gembar gemburkan cerita. Cerita kat blog, biarlah habis kat blog. (ke aku sorang je rasa macam tu?)

Kadang aku terfikir jugak, setiap kali ada yang bertanya untuk collab or sponsored, aku akan pertimbangkan dulu. Sebab, aku tak mahu blog aku jadi satu platform yang over marketing. Memang ia satu peluang cerah, satu pemangkin yang akan angkat blog kita, tapi sekali sekala tidak mengapa. Sebab aku ambivert, pilihan untuk jadi extrovert itu selalu dimarahi oleh sisi introvert. Hahahaha

***

Okay chow dulu. Kes entri ni dibuat gara-gara ramai rakan blogger yang dulu kian sepi. So, aku rindu penulisan korang dan harap korang kembali aktif. Remember, once blogger, forever blogger.

Chiow lu!

Subscribe
Notify of
guest
22 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
August 5, 2017 02:42

Hahahahhahaha aku harap kau punya blog tak terbengkalai lagilah lepas ni. updatelah cerita baru lagi. pasal iphone 8 ke…itu cadangan…okay abaikan..

pasal apps tu lah, masih lagi tak friendly. aku pun pikir juta nam kalau nak up entry guna apps yang sedia ada.. lebih selesa guna lappy.

Bro Ley
August 5, 2017 02:37

Bersemangat pulak aku nk aktif balik berblog ni lepas baca part last kau tu..

Aku tunggu bila la nak ada apps utk blogger yg user friendly mcm social media tu. Kalau ada kan senang la skit nk update post on the go kt memana..

sofie adie
July 28, 2017 03:37

mungkin itu cara mereka bertatih dalam menanam minat menulis. mungkin juga diorang masih kabur tujuan berblogging. Kadang dia akan jadi overwhelmed bila terlalu kejarkan pageviews.

kalau niche blog dia pasal review or artis tu, mungkin bukan kita yang berminat nak baca tapi pengguna internet seramai 70 billion yang lain akan rasa berguna.

thanks sudi blogwalk sini. ^_^ and enjoy blogging!

munirah :)
July 28, 2017 03:13

setuju.. orang lebih prefer socmed berbanding blog. and jujur la, sebenarnya meluat juga blog yg cam takde topik lain. balik² benda sama cam review ataupun citer pasal celeb, dan termasuk juga quotes yg dicuri celah internet mana. hilang kreativiti seorang penulis.

even so, I will not stop blogging sebab I love to write 🙂 Blogwalk pun suka juga tapi sekarang memilih sket haha. tengok entri mana yg best and unik lol

sofie adie
July 27, 2017 01:02

hahahah mama janganlah macam tu…sayang tau. kena usaha sampai orang kenal blog mama haaa baru boleh settle…tapi takleh gak, t takde orang datang…hehehehe

enjoy blogging mama!

sofie adie
July 27, 2017 01:01

yeah tak semua….ada sebahagian saja. ikut niche blog masing2.

yup setuju. mana yang baik jadi ikutan yang buruk itu sempadan.
enjoy blogging!

sofie adie
July 27, 2017 00:59

hahahahaha…yaa seimbang keduanya barulah rasa seronok. somehow blogger pun faham blogger lain. mungkin dia buat iklan sebab untuk pasif income ke an…its okay. but like u said, jangan sampai hilang identiti.
dah ada idea cantik- nak cari gambar satu hal- resize gambar pulak- pastu cek balik kasi tadak typo- end up= no entry for the month >_<!

takpe, bak kata orang alah bisa tegal biasa…janji enjoy blogging!

sofie adie
July 27, 2017 00:56

yalah….mun iklan ka sponsor ka sik kisah…pi bila dah selalu pun kita muak bah…tapi yalah cara mok survive (maybe dibayar kali).
yg penting, identiti blog diri mpun jangan hilang tenggelam dalam iklan. >_<

mamapp
July 27, 2017 00:31

Mama pun X taulah apa pengakhiran blog mama nanti. Kalau hilang mood, maka hilanglah minat berblog

Husna Rahman
July 27, 2017 00:31

point no 5 tu setuju sgt..sesetengah la tak semua ..btw semua point betul

yg ptg kita faham tujuan sharing kita..yang berfaedah semestinya, yang mendatangkan kebaikan pastinya

Muhammad Syakir
July 27, 2017 00:31

Setuju. Jadi blogger ni satu benda yang penat dan menyusahkan. Banyak je benda yang nak update tapi kemalasan nak menaip nak edit gambar transfer gambar dan sebagainya tu buatkan tak ada mood nak update blog. Masa lapang banyak tapi tetap malas nak update jugak. Tak tahu kenapa. Mood berblog tu dah tak ada rasanya ? Btw suka dengan entry ni, part over marketing tu pun terfikir jugak. Sampai hilang identiti blog sebab asyik buat promo and review brand even benda tu bagus sebenarnya untuk reputasi blog hmmm pendek kata kena pandai seimbang kan. Nak seimbangkan tu pulak paksa kita untuk spend lebih banyak masa kat blog. Haihh stress stress hahaha. Sorry terpanjang pulak curhat dekat sini. HAHAHA.

tashira sha
July 27, 2017 00:31

ikr,dlok banyak ada jak blogger yg best2,kinek blog sidak byk dah sik diupdate & kdg2 sidak just molah sponsor post ajak haihh syg ada jak haha

sofie adie
July 25, 2017 00:36

yeah semuanya tak akan menjadi tanpa tujuan yang jelas. boleh seimbang antara keduanya. macam garam dan gula ^_^!

sofie adie
July 25, 2017 00:35

insyaAllah awak boleh! semua orang punya potensi itu. tinggal nak gilap dan asah je.
teruskan mencari dan berusaha. mesti boleh!
^_^ chaiyok!

sofie adie
July 25, 2017 00:31

yup! dongibap kunci kejayaan!
salam blogging CT, semoga terus sukses dalam blogging!
^_^

sofie adie
July 25, 2017 00:30

kan? baru sponsored tu rasa macam real! ayat manis pun atas angin tak boleh jugak..sebab nanti jadi indah khabar dari rupa..^_^!

yeah, yang tu SA setuju. too much iklan boleh muntah jugak ui..

sofie adie
July 25, 2017 00:29

kan? sebab tu kita blogger yang punya identiti unik kena bangkit perangi cabaran ni.
^_^ salam blogging!

Nurulatika Yunus
July 25, 2017 00:25

once blogger, forever blogger.. Yeaa betul tue.. sometimes sy sendiri makin menyampah dgn hiburan seperti gosip.. mcm xda cerita lain. Aku kalau bole nak menulis lebih kpd something yg boleh membuka mata kita tetapi aku tahu aku belum sampai ke tahap itu huhu

Siti Yang Menaip
July 25, 2017 00:25

kadang2 CT tngk statistik.. tho ada media social semuala kan.. percentage yang guna google and search engine tetap peratusan paling tinggi. yang penting..!! dun givap hehe..

BudakVanilla
July 25, 2017 00:25

setuju ngan semua points!!!
bg BV kalau nk buat sponsored post mesti ada dan banyak ayat dari diri sendiri 😀
tapi kalau semua post sponsored dan iklan semata pun bosan jugak kan. :3

kashaf imani
July 25, 2017 00:25

hahahaah cabaran ni true af… tapi blogging pun ikut tujuan.. nak tulis cerita or nak buat duit. it's all about tujuan XD

Nurul Syahirah
July 25, 2017 00:25

Betul.. Nurul setuju sangat.. Persaingan yang sengit sekarang ni..

Scroll to Top