Cerita menganggur 19 hari

Cerita menganggur 19 hari

Pengalaman menganggur 19 hari itu sebenarnya sangat nikmat dan mendebarkan. Nikmat sebab kau boleh buat kerja apa yang kau suka tanpa perlu risaukan masa. Mendebarkan, sebab kau takut hidup tanpa sebarang penjanaan income.

Kau mula dihantui dengan bisikan-bisikan yang boleh melemahkan jiwa perjuangan kau. Murung, anxiety, takde mood semua tu usah diceritakanlah rasa dia. Kadang seharian memerapkan diri dalam bilik sebab kau tak bersedia untuk menggalas status penganggur. Orang ajak keluar, kau takde semangat. Orang ajak lepak, kau rasa low self esteem…macam-macamlah. Tetiba nangis sensorang,..dan motivasi untuk bangkit itu hanya sekadar minda. Jiwa kau? langsung tak berdaya.

Itulah dia antara situasi yang aku alami. Tapi, alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku merasai pengalaman getir sebegitu. Mungkin aku perlukan ujian sebegini untuk lihat sejauh mana aku yakin dengan kuasa Takdir.

Jadinya, selepas 19 hari, secara rasminya aku mendaftar diri sebagai seorang pekerja. Macam tak percaya je sekarang dah bekerja. Kerja apa? Orang tanya. Sampai satu masa aku akan ceritakanlah. Tapi bukan sekarang.

Masa hari pertama, aku ditemani seorang lagi pekerja baru bahagian sales. Kitaorang diberi penerangan ringkas (orientasi satu hari) mengenai latar belakang syarikat. Yang menyebabkan aku tertarik sekali untuk sertai dan mendalami syarikat ini adalah ianya berlandaskan career development serta platform untuk kau mengasah bakat. Cuba bayangkan, hari pertama lagi kau kena berani dan konfiden persembahkan diri kau.

Pergh!

Masa belajar dulu mungkin bolehlah tolak-tolak member suruh present. Sekarang? Mana sempat dowh! Kau sorang je yang boleh back-up diri kau. Nak atau tak nak, kau mesti berani bersuara. Walau terketar, kau campaklah ke tepi dulu. Yang penting sekarang buat yang terbaik untuk diri kau.

Cabaran selepas bekerjaya.

Kesuntukan masa untuk mengejar impian.

Aku teringin nak hidupkan dua-dua sisi dunia ni serentak. Sambil kerja, sambil bina empayar. Tapi, untuk satu minggu aku bekerja, balik tu memang tak dan nak study dan update empayar kau. Dengan masalah internetnya,…sampai rasa macam, betul ke aku boleh balance the both side of life ni?

Korban waktu tidur

Siapa je tak suka tidur? Aku bukan Elon Musk yang workaholic atau work addicted. Aku hanya seorang manusia yang hanya komited pada jadual waktu dan rutin. Bila ada jadual ni, suka atau tidak mungkin aku perlu korbankan waktu tidur sejam dua.

Demi mementingkan konsisten untuk berubah dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan, maka setiap hari wajib baca buku, wajib belajar, mengkaji, dan buat summary. Supaya otak kita sentiasa bekerja. Memanglah kau dah kerja semua benda tu, tapi satu benda yang paling aku takut adalah, kehilangan minat untuk belajar dan tingkatkan potensi diri. Aku paling takut diri aku hilang dalam dunia kerjaya.

Kalau boleh, aku nak belajar sepanjang hayat. Berguru, ada sifu dan mentor.

Aku cuba gais, aku cuba untuk konsisten dengan perkara kecil dulu. Jadikan membaca satu rutin wajib sebagaimana wajibnya makan untuk hidup.

Bercakap!

Satu lagi, kerja aku ni sangat memerlukan aku bercakap banyak. Dan kau tahukan, aku adalah manusia yang bercakap ikut mood. Kalau aku rasa nak cakap banyak, aku boleh cakap non stop seharian. Tapi, bila aku nak bisu untuk sebulan, aku akan terusan bisu sampai lupa macam mana nak bercakap.

Tapi, bila kena menggalas tanggungjawab sebagai manusia yang perlu bercakap untuk bekerja, jujurnya ia adalah cabaran untuk aku. Sampai aku balik kerja tu, rasa macam nak marah diri sendiri sebab banyak cakap. Argh!!!!! aku tak suka banyak cakap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! lebih kurang macam tu lah aku jerit setiap kali masuk toilet. Phew!

Kadang menyesal pun ada, sebab cakap banyak. Penat tau bila kena banyak cakap. Walaupun ianya baik untuk imej syarikat dan membina keyakinan diri, tapi dalam masa yang sama ada je pergaduhan dalam diri yang sangat bencikan diri aku yang banyak bercakap ni tadi….

Aku suka bercakap, tapi aku tak suka banyak cakap. Haaa….macam mana tu?

So, aku harap aku akan lebih suka bercakap lepas ni. huhuhuhu….banyak lagi seni percakapan yang aku harus belajar. Terlalu banyak. Sesungguhnya menulis itu lagi mudah untuk mengeksperesikan rasa dari bercakap. Hehehehe

Okaylah, aku harap lepas ni aku boleh jadikan bercakap sebagai suatu hobi kot. Hahahaha

///////

Oh ya, sambung balik cerita menganggur kita…kalau tanya tips macam mana nak dapatkan kerja yang kita minat dalam waktu singkat, aku sendiri takde idea. Yang penting kenal potensi diri, yakin dan sabar. Gaji yang menimbun bukanlah habuan pertama untuk ngap kerja semberono. Banyak lagi faktor kau perlu fikirkan. Fikirlah secara matang sebelum sambar.

Tu je kot cerita aku.

Semoga kawan-kawan diluar sana dipermudahkan proses untuk mendapat kerjaya yang kalian minat. Amin.

Apa-apa pun, all the best live the life to its fullest. Adios!

p/s: salam takziah buat pemergian saudari blogger Dayang Deno. Semoga beliau tenang disana. Alfatihah. Innalillhiwainnailaihirojiun…..

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top