tree, cat, silhouette-736877.jpg

Dia bukannya malas, cuma…

Itulah bila dewasa bukan pada waktunya, sampai usia dewasa begini kau jadi tak hadap. Malas!

“Dia bukannya malas….” dia menarik nafas dalam sebelum menyambung sisa dialog dalam kepala “cuma hanya mahu give up…”

Tapi, Tuhan kata ‘Hamba-Ku janganlah kamu terlalu cepat berputus asa.’ Makanya, disinilah dia cuba menjalani hidup dengan sedaya kudrat yang dia ada. Cuba. Cuba dan cuba walau orang kata usahanya tidaklah semengah mana.

Kau tahu kenapa aku malas dah nak usaha?

Sebab semua benda tu sebentar cuma.

Ah, pesimisnya hidup kau!

Hahahahah

Tak, aku ni kadang pesimis, kadang optimis kadang zero. Begitulah hidup ni. Jangan terlalu beria, terlalu berharap pun jangan. Ia ada, ada. Tiada, tiada…begitulah hendakNya…

Hidup perlu diteruskan walau apa pun rencana yang mendatang. Kau kena ada survival skills. Kena belajar buat duit tanpa bergantung pada orang sangat. Pergi ke mana pun kau boleh buat kerja. Eager to learn kata orang. Aku belajar, cumanya aku dah tak nampak hala dia ke mana. Lost track, lost everything…

Dah kenapa aku buat entri merepek ni. Aku dah fed up sangat ke dengan kehidupan?

Hurmmm….

Hadap je jawapan dia sekarang.

Hadap pada hidup.

Survive, thrive buat semampu yang kau mahu. Kau boleh punya…this too shall pass… – hari-hari itulah mantera kau.

Tak gerak, takde orang suap. Kau lah penerus kelangsungan hidup kau sendiri. Kau pun dah tak de tempat lain untuk bergantung harap selain Tuhan. Jadi kau buat je kerja. Kumpul je pengalaman selagi termampu. Bukan kau tak boleh. Boleh je…

Aku decide untuk unfollow the mass tapi akulah sebahagian consumer yang menyebabkan mass itu masih mengalir. Aku gagalkah?

Serba serbi terlalu biasa.

Ha ha ha haha…

Ye lah…syukur masih hidup alhamduilillah. Syukur atas segalanya. Kau boleh punya. Chaiyok!

Ah, serabut otak dia jadi macam ni lah. Sampai jiwa-jiwa pun mereput nak bina motivasi. Hari-hari kerja kau melepek, memanglah. Cer kau keluar, ambik udara segar…

Esok aku keluar kay. Jalan-jalan pergi kerja.

Kadang, di fasa terpaling bawah inilah kau tahu siapa yang selalu ada untuk kau. Siapa yang akan bertanya khabar pada kau. Kalau kau je tukang penanya khabar pun tak kemana jugak. Dah dahlah hidup jadi gam, pelampung dan bayang orang. Dah 2023 dah pun. Move on lah…

Cukuplah takat ni entri paling malas aku pernah buat…ini pun aku paksakan diri untuk jadi produktif. Kerja nak menangguh je kau ye…hahahahah

Itulah tu…doakan aku kuat semangat untuk teruskan kehidupan…takde sebab pun nak beria….alih-alih, semua mati juge…

huhuhuhu

Ah…dah -dahlah tu demotivated patah semangat camni…kau kena kuat. Harus! Wajib…Sedetik pun jadilah…sesaat je lagi…okay…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top