Salam Maulidur Rasul 1446H semua!
Alhamdulillah di hari minggu yang panjang ni, masing-masing ambil kesempatan untuk recover dan self-healing gitu. Syukur jugak hari ni hujan, damai, tenang dan paling penting hari cuti!
Yeayyy!
Chey, kemain kau bersorak ya. Hahahah padahal mood nak marathon Lord of The Ring sampai terlena ha. Aku manalah tahu yang movienya satu tu sampai tiga jam. Memang terlentok lah kerjanya.
Mulanya aku nak layan drama ‘Uncle Boss Mama’ tu, tapi rasa cringe pulak bila watak tu dilakonkan. Teruslah aku macam, takpelah…rosak imaginasi novel aku. Baik aku jangan tengok.
Oh ya, baru-baru ni kecoh jugak isu pasal satu syarikat ni. Tapi aku malas ambik portlah. Jadi pemerhati sudah memadai gitu. Biar Allah, dan sidang kehakiman yang menentukan nasib mereka. Yang lepas, kita jadikan pengajaran dan iktibar. Yang mana baik kita ambil, yang keruh kita tapis dan buang sejauh mungkin.
Teringat masa aku pergi interview tahun sudah, aku ter-menjadi penceramah tak bertauliah pada sesi temuduga. Instead of soal jawab temu duga, mereka tanya perihal pengalaman yang itu. Hurmmm..
Paling tak boleh bla mereka tanya, ‘Awak masih ada trauma ke since masa kecil awak agak ….(aku pun mati ayat nak letak term dia kat sini…) traumatized?’
Aku hanya gelak berseloroh dan menjawab, ‘Alhamdulillah saya masih boleh mengawal perihal trauma saya sebaiknya.’ Sambil tersenyum. Padahal dalam hati dah siap tekad kata, janganlah aku kerja kat sini sudah. Rezeki jugak aku tak bekerja di syarikat itu. Fuh!
Hari yang hujan, Isnin yang tenang dan santai…aku membelek-belek planning lama. Kononnya nak menjadi digital nomad, pelbagai rencana sudah digarap. Sudahnya, aku lebih gemar bersantai, tiada tekanan dan ambil ruang seboleh mungkin agar tidak overwhelmed kata orang. Sudah-sudahlah mode strive and survive ya…dah lama sangat kau duduk dalam mode tu.
Ingat tak kita punyalah beria itu ini dan sampai satu tahap kau rasa ‘hilang’? So, aku kalau boleh tak nak kau hilang dah…buat sebaik mungkin untuk enjoy dalam hidup. Tak semua benda kau kena ikut timeline orang. Sebab orang semua time begini mereka begini, jadi kau pun tak semena kena menjadi begini dan begini. Ahhh persetan saja timeline orang!
Yang hidup dan berjalan melalui jurang masa itu adalah aku. Jadi usahlah melulu….
Ah, hidup dan prejudis….
Angin…
Bila hujan, auto angin akan meneman. Seperti sahabat yang sentiasa ada kala suram. Pelbagai cerita yang angin boleh sampaikan. Pada kita, terpulang mahu terima atau hirau. Pada aku, sibukkan dengan perihal sendiri sudah. Kadang, menjerit jugak rasa tidak adil pada angin yang semberono bercerita. Ah, usah disimpan dalam jiwa. Abaikan dan jalani hidup adanya.
Yang penting, tenang itu milik aku. Kita bersama.
Hujan, angin dan tenang. Aku harap kalian jalanilah kehidupan adanya sebagaimana yang pernah kalian damba. Usah diganggu lagi kami yang sedia terang sudah kalian tinggal. Bukan kerana ia trauma yang berbekas, cuma kami sudah tidak disitu lagi untuk kalian sepertimana kalian jua tidak pernah disitu untuk kami pada saat memerlukan. Cukuplah kita tenang pada caturan Ilahi.
Doa kita baik-baik hingga Husnul Khotimah. Tenang dan damai pada Takdir yang tersurat. ^_^