geea9dbb2d9a7d38f3c54fa9c438c14092b2728c73de1729933f58eb66d9c45c47a4cb61ba7599183a230a48bccd5a221d5dbcef1ea0f2339438adcb47e3412dd_1280-1357485.jpg

Lagi 143 Hari

Itu hitungan untuk ke tahun 2025. Wah, nak 2025 dah.

Punyalah hari tu bising pasal Januari berlalu terlalu lama, nah sekarang….tinggal 143 hari lagi kitakan meninggalkan 2024. Banyak betul perkara berlaku dalam masa yang sudah lupa mahu dihitung ni. ^_^!

Cantik pulak angka nak ke penghujung tahun ni ya. 143. Like really 1-4-3-…dan ditambah dengan 7…hehehehehe

Iya, kau bab merepek laju saja ya…

Iya, memang laju. Since aku pun dah ke laut bila bab menulis sekarang ni, maka ada baiknya aku just merapu meraban sebelum kembali serius.

Lately aku banyak aktif dekat Lemon8. Iya, aplikasi Lemon Kuning seberadik dengan TikTok kata orang. Awalnya aku sungguhlah annoyed nak memahami konsep konten dekat sana. Serabut dengan over aesthetic post. Everything is like, caca marba magazine wanna be…but hey,…everyone just exploring their talent right? So, just give ’em the break.

Berbulan tak lama lepas aku cuba menghadap intipati trend Lemon Kuning tu, sedikit sebanyak aku belajar dan cuba bina persona di sana. Itulah asbab aku jarang up dekat sini. Sibuk jadi pereka majalah gitu…

Kadang aku rasa nak lari dari kehidupan yang terlalu merasa ingin kongsi segalanya. Walhal takde orang kisah pun pada kehidupan dan realiti kita. Semuanya hanya ingin meraih angka dan monetize semata. Hakikat yang agak pahit jugak untuk ditelan. Dan aku sebahagian daripada manusia yang berada hampir digarisan komuniti sebegini.

Penat bukan. huhuhuhu

Kita punya pilihan. Jadi pandai-pandailah tapis sendiri…

Ada perkara bermanfaat, sama-sama dikongsi. Tak perlu pun sampai buka pekung di dada atau menumpahkan apa-apa juga teh mahupun kopi. Cukuplah sekadar awangannya saja. Inikan dunia tipu-tipu. *dengan nada gelak palsu*

Buat masa sekarang aku syukur dan terusan belajar bersyukur dengan kehidupan. Dulu, kini dan selamanya. Seperti tajuk album, konsert come-back artis lama. Memang kita akan rindu. Itu fitrah. Aku hargai setiap pilihan dan perjalanan tanpa punya rasa kesal. Sentiasa hidup dalam detik sekarang.

Alhamdulillah. Ucapan syukur sentiasa membahasi jiwa.

Syukur segalanya telah berjalan dengan lancar.

Syukur pada perjalanan yang sentiasa diharung tanpa lelah. Walau ia lelah dan perit sekalipun, kita tetap hadap dengan hati yang tabah.

Kerana, ini lelah yang kita pilih. Maka, pilihlah kelelahanmu sewajarnya. Setelah dipilih, harungi dengan jiwa yang kental. Tanpa sebarang rungutan. Yang ada cuma senyuman.

Yang hidup dalam kehidupan kita ini, adalah kita.

Ecewah sudah seperti ceramah kemandirian kau ya.

Setelah hampir lapan bulan berlalu bagi tahun 2024, aku belajar yang;

  • ada baiknya kita lebih menjaga hal kita daripada sibukkan hal-hal yang lainnya.
  • Normalisasikan tidak mudah menganggap semua orang itu layak masuk kelingkungan kehidupan peribadi kita.
  • Menjaga batasan kehidupan kerja, keluarga besar, keluarga kecil dan peribadi sewajarnya (mujur aku tiada lingkungan sosial hahahaha)
  • Penyelesai masalah terbaik adalah dari diri sendiri serta keluarga kecil
  • Kita boleh katakan tidak tanpa merasa seperti penjenayah. hahahahah

Maka dengan berbaki lagi 143 hari pada tahun 2024 ini, aku doakan agar segala urusan, impian dan azam kita tahun ini dipermudahkan, menjadi lebih bersyukur dalam semua perkara serta sentiasa menambah ilmu dalam membaiki kehidupan diri dunia dan akhirat. Aminnn

Buat kehidupan lalu yang pernah menemani aku, terima kasih atas dukungan kalian dalam menjadikan aku ke detik ini. Kehidupan itu mungkin tidak lagi pernah sama walau diteriak berkali sekalipun, kita semua tidak lagi ingin menoleh pada apa yang telah ditinggalkan. Ia sudah menjadi sejarah…

Fokus ini cuma pada langkah orakan masa sekarang. Agar kehidupan mendatang kita lebih bersedia.

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
August 11, 2024 23:17

“Kita boleh katakan tidak tanpa merasa seperti penjenayah. hahahahah” <—yess kita kena berani katakan TIDAK! hehehe

Mas Linda
Mas Linda
August 12, 2024 10:27

semoga berbaki lagi 143 hari nie…yang baik2 je untuk kita…Aamin…

Last edited 1 month ago by Mas Linda
Scroll to Top