laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Last route to UiTM, Arau

Assalamualaikum! Well, hello there!

Seperti yang sedia maklum, jumaat lepas aku telah pun tamat praktikal bagi dua subjek semester akhir ni. Haaa….belum habis lagi sebenarnya praktikal aku nih. Dia cuma dah tamat tempoh bagi sesi datang pejabat. Tu je baru….huhuhu..T_T

Memandangkan aku dan classmate yang lain ambil Hydrography Surveying dalam kampus, maka kitaorang akan mulakan sesi praktikal tu pada minggu depan. Hydro je lagi….haraplah semuanya akan habis dengan leganya…Amin! Toksahlah pening-pening pikir, kejap aku kata dah habis, tapi sebenarnya belum habis…aih, pening r! Biasalah tu, student life, memang ada pening-pening sikit hahahahah

Dan semalam adalah satu hari yang sangat “(penat + kematu + happy + ….)giler”… [sila expandkan formula tersebut.] Dia camni tau, bila orang Borneo nak jejak utara, memang ambil masa lama. Lagi-lagi kalau naik public transport. Paling sekejap pun dalam 6 jam kot…untuk ke utara dari Miri, banyak cara dia….tapi yang pastinya, semua melibatkan public transport yang berbeda ya! giya gayanya dong! 😛

Cara pertama:

Route = MYY-KUL-AOR-kampus

Estimate Price = RM 260+-

Involving Transport =  Airplane, Taxi

Ambil flight MAS Airlines dari MYY-KUL-AOR. Kemudian, dari airport ambil taxi terus ke dalam UiTM, Arau dengan harga RM60. So far cara ni paling aku suka, sebab cepat dan senang. Cuma kita kena berangkut bagasi dari tempat taxi ke kolej tu lah yang sengsara.

Cara kedua:

Route = MYY-KUL-KGR/ARAU-kampus

Estimate Price = RM 250+-

Involving Transport =  Airplane, LRT, Bas, Taxi

Ambil flight MYY-KUL. Dari KLIA, cari LRT untuk ke mana-mana terminal bas. Kemudian naik bas ke Kangar/Arau. Tiket bas dalam RM60 (bundar). Then, cari taxi dengan harga lebih kurang RM25 untuk ke kampus UiTM Arau…dari Arau mungkin murah sikit kot berbanding Kangar. Sama jugak kena angkut bagasi sendiri dari tapak taxi ke kolej. Dah lama tak guna cara ni sebab renyah! Cuma yang bestnya, semua jenis transport tu kita dapat rasa dalam masa satu hari.

Cara ketiga:

Route = MYY-KUL-ARAU-kampus

Estimate Price = RM 200+-

Involving Transport =  Airplane, Bas/taxi, KTM/ETS

Sama macam cara kedua, cuma yang beza dia naik KTM. Yang ni aku takleh nak detail dan bagi komen, sebab aku tak pernah buat sepanjang belajar kat Perlis ni…insyaAllah untuk balik nanti aku nak guna cara ni…

Cara keempat:

Route = MYY-PEN-KGR-kampus


Estimate Price = RM 230+-

Involving Transport =  Airplane, Taxi, Bas

Ambil flight Air Asia direct ke Penang (diorang inform hari tu, flight ni kena suspend…tak tau pasal pa…). Dari airport PEN, ambil taxi ke terminal bas dengan harga RM31.40. Kemudian beli tiket bas ke KGR dengan harga RM17.30. Dari terminal bas KGR pulak, ambil taxi lagi untuk ke kampus.

Kali ni aku guna cara ni dan aku rasa sangatlah…*sigh*..sebab aku taktau route dia. First time trying. Sebelum ni just tanya orang macam mana dorang ikut cara ni. Tapi, bila aku alami sendiri…adoyai…

Cara kelima:

Route = MYY-KUL-langkawi-kampus

Estimate Price = RM 230+- (kot!)

Involving Transport =  Airplane, Taxi, Feri,

Ambil mana-mana penerbangan yang buat route ni. Kemudian, dari airport langkawi pergi ke terminal feri terus ke Kuala Perlis. Dari KP tadi, ambil taxi ke kampus..cara ni aku pernah buat, tapi versi terbalik. Kampus-Langkawi-KUL-MYY. Sebab masa tu nak pusing Langkawi lepas habis semester 2.

Setakat ni, tu jerlah kot cara untuk ke UiTM, Arau dari Miri yang aku dapat kongsi dari pengalaman sendiri dan kawan yang lain. Mungkin ada lebih kurang dari segi harga atau route dia ke…yang pastinya bagasi memang kena angkut sendiri dari tapak taxi ke bangunan kolej T_T…

Sebenarnya ni bukanlah route terakhir aku ke UiTM, Arau, tapi as a final year student, ni mungkin route terakhir as a geomatics student lah…Lepas ni ada je kena datang balik, untuk konvo ke, clearance ke, nak merasa tom yam ke apa, nak imbau memori ke…etc….yelah, dari hujung ke hujung tu setiap tahun aku buat route dia. Mesti banyakkan tulis diari? Well, of courselah! Gila takde diari kalau dalam perjalanan…peneman paling setia sepanjang melalui liku-liku perjalanan tu,

Untuk sesiapa yang dari Miri, yang berminat nak ambil kos Geomatik ni..mungkin boleh guna salah satu cara kat atas.

Bye Geomatics…bye geomass, haluan kita mungkin boleh bersama hingga ke sini ja…all the best untuk semua junior! Adik-adik yang bakal dapat result, nak isi UPU, tetiba nampak nama kos geomatik, janganlah terus ambil tanpa usul periksa. Nak ambil, biar betul-betul…jangan main ikut isi janji cukup lapan pilihan…betul nih…tapi dengar cerita junior part 4 sekarang hebat-hebat! Wow, tahniah!

Aku jadi camni, mungkin niat datang sini tu dah tak betul kot. Niat semata-mata nak datang Perlis. Cyeh! nak sekarang, rasain lo! Tapi, alhamdulillah sebab walaupun niat datang Perlis, merasalah perjalanan panjang yang berhikmah kan? Baru tau semalam kat Perlis dah ada Giant..huhuhuh…ketinggalan suda..Perlis Maju 2015! Pastu masa shopping kat Giant, bapak ramai gila orang…c-mart pula sunyi sepi…

Okaylah, panjang pulak benda nak cerita hari ni. Tu lah nak bagitau, bila dah duduk kolej ni, memang quota tu kena jagalah. Takleh selalu macam kat rumah. 247 ngadap. Maaf kalau aku tak mai jenguk blog hangpa pasni…blog ni pun aku hajat wat “entri belacan” dalam tempoh ni…maka, kalau nampak entri aku lepas ni tu, maknanya autopublish-lah tu…k?

Last but not least, happy all day and carpe diem my friends!

Thanks for reading!

Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 2, 2016 07:55

salam Yana! *lambai2 tangan*

bestnya dah nak konvo…haah dah ada giant kat kangar…saya pun baru tau masa jejak sini balik hari tu…cam tak caya kan? cmart pulak sunyi…huhuhuuhu

sofie adie
March 2, 2016 07:53

kan? hahahhahah…lawak pulak baca komen tashira nih….dia okay je…tapi tulah…tough sikitlah…

all the best untuk UPU nanti…
🙂

sofie adie
March 2, 2016 07:51

blom giklah….

sofie adie
March 2, 2016 07:51

thanks nabila!

sofie adie
March 2, 2016 07:50

terima kasih kak ros! amin…

sofie adie
March 2, 2016 07:49

danke bruh! itulah…enjoy the moment huh?

The KehalusanKelembutan
March 2, 2016 07:43

salam sofie! *sambil angkat tangan*

cheq pun student uitm arau, InsyaAllah dah nak konvo afew months lagi 🙂
dah ada gaint ? seriously? rindu nak pergi cmart

tashira
March 2, 2016 07:43

so many dugaan kan hahaha. hrp2lah dapat masuk u pasni. haritu try usha course masa bukak laman upu ternampak course geomatik yg akak katakan tu. haha i will try to avoid that course if i can. >.<

Leyha Hady
March 2, 2016 07:43

wuuuu dah habis pracc…

Nabila Syifa
March 2, 2016 07:43

selamat berpraktikal

ros nordin
March 2, 2016 07:43

Alhamdulillah dah sampai Perlis. Selamat menelaah kembali Sofie.InsyaAllah dipermudahkan..

Aienienka Peter
March 2, 2016 07:43

terbaik. enjoy your last few month kat Perlis.. 😀 good luck for praktikal lagi..

Scroll to Top