Lately ni sebelum tidur aku akan mainkan satu guided lucid dream meditation. Untuk apa aku tak pasti. Tapi aku suka bermimpi suatu yang hidup. Kebanyakan dari mimpi itu senang dan aku boleh ingat sampai sekarang. Tapi, ada sesetengahnya pulak, aku lupa samada ia mimpi atau realiti. So confusing, right?
Dalam aku tersedar, atau kata lainnya masih belum lena, aku pun belek Shopee. Rutin normal abad-21. Sambil belek Shopee tu tetiba aku terfikir. Tahun ni ramai benar kawan dan kenalan yang melahirkan cahaya mata. Dan aku yang single ni, tang tiber rajin nak bagi hadiah baju baby dekat dorang semua tu dah kenapa dowh?
So, instead of sibuk carikan dan belikan orang lain, orang yang jauh dah lama tak berjumpa hadiah, baik aku shopping dan kasi hadiah untuk orang yang dekat dengan aku kan?
Siapa lagi, kalau bukan aku sendiri. Hahahaha. Tak pun adik aku yang baru dapat kerja baru ni ke. Adalah faedahnya sikit. Sebab lainnya pulak, dorang pun dah lupakan aku an. Alasan, hanya kau je sibuk bagi hadiah, dan tak pernah terima hadiah….betul bukan?
Habis shopping aku pun lena ke dunia mimpi. Jujurlah cakap, bila hari-hari praktis untuk ber-lucid dreams ni, dia kind of restless. Tapi, the journey itself quite rewardinglah. Sebab kau jadikan ia suatu permainan untuk escape realiti dan hadap segala insecurities kita.
Cyeh….madah!
Aku rasa aku patut upgrade tempat beradulah. Tilam dari zaman student sampai la masih sama tak da improvement. InsyaAllah ada rezeki kita upgrade yang itu. Itupun nak habaq ka? Sebab aku ternampak satu tilam queen murah dekat Shopee! Apa lagi laju r nak rembat. Sabar, sabar….
Next month. Kita tak tahulah kemana hala kerjaya lepas ni. Pagi tadi aku terlepas dua panggilan telefon dari syarikat mana aku tak tahu. Sebab masa tu aku sibuk mengemas rumah. Maklumlah ada tetamu nak berkunjung.
Korang pe cer?
Oh, ya lupak nak update pasal receiptify aku bulan Oktober lepas.
Nampak tak bulan lepas aku pulun marathon semua lagu dari Neffex. Aku harap tadak sapalah kenal Neffex ni. Aku kind of takmau orang minat benda sama hahahahah kau pahal an? Tapi lagu Lost Not Found tu memang terbaiklah. Untuk mood melankolik, sendu, gelap macam aku.
Dahlah tu. Takat ni je update dari aku. Papehal roger. Aku rasa November ni bulan baru untuk aku percaya yang dunia ni worth living. Tarik nafas…..hela…kau akan okay. Okay?
Be well buddy,
Adios!