Search
Close this search box.
Matlamat 2020?

Matlamat 2020?

2020 adalah suatu tahun yang dinantikan oleh kebanyakkan orang. Selain daripada keterujaan untuk melihat kereta terbang, kasut terbang dan sebagaianya, ia juga merupakan tahun yang paling remarkable untuk dijadikan tahun pembaharuan. Sayangnya, kereta terbang tiada, yang terbang hanyalah duit melayang-layang. Itulah gurauan yang akan menjadi bualan sepanjang tahun 2020 kelak.

2020 juga merupakan tahun yang paling mendebarkan kepada fresh graduate dalam mencari dan mencipta peluang kerjaya. Seronoknya hidup dizaman teknologi ni semua orang berpotensi untuk mencipta kerja. Ada internet, ada smart-phone, semua benda on. Tapi bagaimana mahu melancarkan execution plan itu bergantung kepada kepakaran kita untuk menjadikan idea sebagai sebuah kerjaya.

Idea

Semua orang boleh cakap dan bagi idea. Tapi, berapa ramai yang berani untuk gerakkan idea tersebut? Takut bukan? Seram dikata orang, seram kredibiliti hilang. Dan paling seram sekali adalah, tiada sokongan. Jerih kau, lelah kau dan penat kau, tiada siapa akan hargainya. Jangka masa untuk peroleh kejayaan itu akan makan masa yang saaaaaaangat panjang. Sampai kau mula persoal,

‘Sampai bila aku harus bertarung sendirian?’

‘Sampai bila aku perlu kerja bagai nak rak, tapi hampas?’

Sampai bilaaaa???? Kau teriak.

‘Sampai bila-bila’ kata suara hati.

‘Untuk selamanya….’

Kau sekalah air mata yang mengalir kala dingin itu, kerana perjuangan kita masih belum selesai. Masih jauh lagi langkah yang kita perlu jalan. Iya, ia sunyi. Ia, ia sangat sepi. Tapi, ia berbaloi. Berbaloi. Ingat, nothing worth come easy right? Jadi, bertabahlah menghadapi cabaran 2020 ini nanti.

Matlamat kita tidak hanya terhenti pada tahun 2020. Ia masih bergerak dan berjalan seiring dengan nadi kita yang berdetak. Setiap timeline manusia itu berbeza. 2020 bagi mereka mungkin 2000 untuk kita. Ia hanya sekadar angka. Usah pertaruhkan impian itu pada nilai angka. Ia tidakkan kekal lama. Balik-balik, kita semuakan sifar.

Matlamat 2020 aku?

Living life to its fullest…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top