Siapa sebenarnya yang dapat benefit bila kita fokus pada penyelamatan Bumi?
Orang yang bergelar enviromentalist?
Orang yang menggelar diri mereka NGO?
Orang yang memakai gelaran pengasas kepada penyelamatan Bumi?
Atau alam sekitar dan penyu tu sendiri?
Kemanusiaan manusia itu punya agenda yang sukar ditafsir. Ada yang berbuat kerana niatnya memang baik itu, tidak mengapalah. Kalau yang berbuat kerana profit itu jadinya bagaimana?
Kisah pulak penyukan….
Ada satu masa, kalau kau betul nak selamatkan alam sekitar, cerita dia hanya bermula dari diri. Kau jaga alam dengan tidak membuang sampah merata. Kalau kau itu adalah pembuat yang membuat suatu produk, ambillah faktor bahan kimia yang diguna. Kimia itu terhasil kadang secara gabungan yang dicipta bukan secara natural.
Itu yang buat ia bahaya.
Huh…kau berfalsafah pasal alam sekitar tiba-tiba ni dah kenapa?
Kisah pulak penyu kan?
‘Dalam banyak-banyak haiwan yang dicipta untuk menjadi ketua, kau suka pada lantikan haiwan apa?’ seperti biasa dia mengaju soalan.
‘Singa’ spontan kawan itu menjawab.
‘Kenapa?’ soalnya kembali.
‘Well, lion is already the king of the jungle right?’ jawapan dibalas dengan nada kurang kepastian. Dia sekadar menangkat bahu dan mencebik tanda tidak tahu.
‘Kenapa bukan serigala?’ dia soal lagi
‘Serigala ada apa?’ dan mereka ketawa.
‘Akak, kita ni dah jadi manusia cukup elok dan sempurna Tuhan kurnia aqal. Kenapa nak idolakan haiwan sebagai simbolik ketua?’
‘Idolize something to be a reference is a good thing, you know. You can learn a lot of things from them, actually.’ Teman hanya mengangguk.
Begitulah hari-hari yang berlalu dengan pelbagai topik dan cerita baru. Cerita yang buat mereka tutup pilihan kehidupan atau buka peluang yang mendatang.
Berapa lama untuk dia hidup agar amalnya melebihi dosa yang dia lakukan?
Berapa cagar yang dia harus bayar agar dia selamat dari api neraka?
Tidak tahu. Ujar hatinya.
Tindak tanduk tidak serupa orang inginkan syurga. Kau benar mahu minum air di telaga Kautsar? soal hatinya.
Termangu….
Bukan setakat penyu, siapa pun tidak kisahlah pada apa yang kau lakukan. Itu semua cerita kau dan Tuhan.
Di zaman semua orang berbangga dan asyik menayang aib, dia mencari makna dan erti malu. Tunduk dan zuhud pada apa yang dikurnia. Syukur pada apanya hidup. Demi pembaharuan dan pembaikan amal, jika ini yang buat dia rapat dengan Tuhan, baiklah dia belajar erti redha.
Redha pada ketentuan.
Bukan dia give up.
Bukan juga melepas harapan.
Hidup ni, kau kena faham. Yang pasti itu hanya mati. Lainnya? sekadar selingan dan gangguan untuk kau fokus kehidupan sana.
Nikmat dunia itu kawan, titisannya terlalu halus hingga kadang boleh buat kau kufur.
Alhamdulillah jika masih punya iman.
Alhamdulillah kau masih bernafas dan ingat pada Tuhan….
Siapa lagi yang kau ada jika bukan Dia.
Hidup ini pinjaman, segala yang datang pasti punya tarikh pulang…
Begitulah seadanya…
Cerita kita ini, penyu pun tak kisahlah….
T^T terima kasih sebab ingatkan yg pasti itu