“Bersihkan lukamu” arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka.
“Awww!” desisnya.
“Kau tahu bukan, luka sebegini sepatutnya dijahit?” cerlung matanya. Dalam. Seperti harimau salju yang merenung pergerakan dipergunungan Iceland. Dia diam.
“Inilah masalahmu! Luka yang perlu dijahit, kau hanya rawat dengan plaster. Apa yang kau expect plaster tu akan bagi?”
Dia diam. Meringkuk, menahan perit luka yang semakin parah merebak. Dalam diam dia menangis.
Aku tak tahu doktor mana harus dituju…
Aku keliru jalan mana harus ku turut untuk ke hospital yang satu…
Aku cuma hanya mahu ikut pada alir sungai tanpa perlu risau pada batuan yang berliku…
“Kadang, kau tak boleh jadikan plaster untuk rawat luka yang perlukan jahitan…” ulangnya. Ayat ini sudah beribu kali dia guna. Pada dia, dia dan dia yang seringkali mencari plaster semata-mata takut pada jarum dan jahitan yang menggerikan. Paling parah, mereka takut pada parut!
Perit tahu, mahu fahami mereka yang lebih rela menampal plaster pada limpahan darah yang sudah bernanah dan baunya…usah diceritalah betapa hanyir! Naik mual juga dia menegur manusia sebegini.
“Aku sunyi…” ujarnya sayu.
“Muzik kan ada”
…..
“Beginilah kawan, kau itu aku sudah simpan di muzeum. Kerna kau terlalu antik untuk didedahkan pada arus kemodenan duniaku. Bahkan, aku tiada miliki satu pun peralatan yang setimpal canggihnya dengan kamu yang terlalu…terlalu klasik!” dalihnya berlapik.
Dia diam.
Jika bagimu plaster itu bisa merawat segala kudis yang mula memakan diri, paling tidak usahlah ditampal-tampal plaster itu pada luka yang sama. Atau paling jijik sekali, buanglah plaster lama itu sebelum kau balut lukamu dengan plaster yang baru.
Masakan luka itukan sembuh jika kamu hanya mengharap pada plaster untuk mengeringkan segala lukamu yang sarat dengan kuman??
Tak masuk akal! Apa kamu sudah hilang waras??
Berdenyut kepalanya untuk memahami situasi yang terlalu pantas berlaku. Seperti air bah tsunami yang menerjah tanpa sebarang warta rasmi. Sedar-sedar, dia sudah terhanyut di talian air.
“Yang kau boleh terjebak dengan dunia macam ni kenapa?” Kejora bertanya pelik. Hairan bin Ajaib betullah kawan nan seorang ini. Mahu dikata bodoh, punya kelulusan peringkat ijazah sarjana muda. Yang sang penggemar plaster itu pula, bijaknya tidak alang-alang. Bahkan pernah mendapat anugerah kecemerlangan. Tapi kenapa?????
“Jangankan kau, aku pun tak sangka…doktrin apa yang menghantui aku sekarang ni. Dia, dia tu, hero imaginasi dalam buku yang tak sepatutnya hidup di dunia nyata!” teriaknya tidak puasa hati.
“BODOH!!!!!!!!!!!!!!! kenapa kau muncul?????”
“La…..bukan selama ni kau memang nak hero novel kau muncul ke? bila dia muncul kau pulak yang meroyan tak keruan ni dah kenapa?”
Helaan nafasnya kini terasa sarat dengan persoalan yang dia sendiri tidak pasti samada punya jawapan atau tidak.
“Kau tak nak cuba berhubung dengan dia semula ke? Yelah, kau kan pernah suka dia…”
Diam.
‘Patutkah aku tambahkan rawatan plaster pada luka dia?’
*****************
Plaster itu dia hulur pada mereka yang punya luka kecil sahaja, bukan pada mereka yang lukanya mengalir tanpa henti. Bahkan dia sendiri tidak pernah terfikir yang hidupnya perlu menjadi plaster. Atau, sebenarnya dia memang dilahir menjadi perawat pada manusia yang punya luka tiada kelihatan?
‘Parah! Parah!’ desisnya beribu kali. Namun itulah hakikat yang dia cuba untuk telan. Manusia lebih memilih plaster daripada dijahit tanpa sebarang ihsan.
Kawan, kadang jahitan yang meninggalkan parut itulah sebenarnya yang membuatkanmu lebih kental berbanding plaster yang sedikit pun tidak merawatmu bahkan kau akan ulangi kesakitan yang sama berjuta kali…
Plaster tidakkan mampu melancarkan pergerakanmu untuk jangka masa yang lama. Berhentilah jadikan plaster sebagai topeng lukamu. Taburkan saja garam dan jahitlah luka yang sekian lama dibiar bernanah itu. Kerna, ada baiknya kamu buang sebahagain dari dirimu yang sudah tidak lagi dicipta untuk bersamamu, daripada kamu pikul sesuatu yang sudah lama mati….
Pilihan itu ada pada dirimu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ulang, “usah jadikan plaster sebagai rawatan jika lukamu itu perlukan jahitan…atau lebih teruk dari itu, pembedahan…kerna tak semua luka kan sembuh dengan hanya menampal plaster….”