Alhamdulillah hari tu ada rezeki untuk update RAM laptop. Akhirnya tidaklah hang jeng semedang setiap kali aku buka beribu tab.
Tapi tu lah, sejak upgrade hari tu bunyi laptop kemain berkipas macam nak terbang gamaknya. Sabar ajelah. Nasib laptop laju sedap nak pakai buat design wajah baru blog tahun ni.
Haaa kalau korang dah perasan blog ni dah tukar make-up baru. Kononnya dah jemu dengan deco lama. Harapnya semangat untuk keep-up itu sentiasa ada. Aminnn
Ikut pada hati nak beli RAM melalui platform Shopee, tapi masa tu dah tempted sangat nak upgrade RAM, maka berjalanlah kita ke kedai All-IT. Harga barang-barang macam ni beza harga dia tak jauh sangat dengan pembelian atas talian. Plus, dah alang-alang sampai kedai tu, sesi soal jawab dengan sales advisor tu pun dah banyak, maka aku pun cekau lah satu RAM Kingston 8gb. Iya, 8gb saja. Jangan tamak!
RAM build-in sedia ada dalam lappy aku ni hanyalah 4gb. Makan bila dah tambah 8gb, jadilah 12gb. Cukuplah sekadar buat main design geli-geli dengan layan movie.
Tema baru ni diinspirasikan dari contoh template yang aku usha dekat sebuah website ni. Memang simple, kacang, zup zap zup zap je buat even kau dah lama tinggal. Chey…berlagak pulak ayatnya.
Tidaklah, nak katanya, bila kau selesa dengan platform blogging ni, dia akan jadi senang, simple je buat.
Tinggal rajin tak rajin je.
Nak seru rajin memang lambat cerita dia sebab distraction zaman sekarang ni tinggi gila.
Tips dia, jangan sentuh handphone bila kita niat nak buat aktiviti kreatif sepanjang hari. Once kau dah sentuh phone, hurmmm bye bye lah niat kau tu. Semua akan jadi angan semata.
Oh lupa nak inform awal, RAM tu Random Access Memory ya, bukan Ramlee Awang Murshid. Kalau aku dah mention dengan unit metrik GB tu, rasanya korang pun dah faham RAM apa ^_^!
Sebut pasal nama penulis RAM, PBAKL hari tu aku tak pergi pun. Semangat berpesta buku dah tak sekental zaman duduk asrama dulu. Sekarang bila dah mudah nak access pergi, memang tak terasa langsung nak pergi.
Dulu punyalah susah kemain siap kena banned lagi, dia punya semangat tu lain maciam.
So, harap aku rajin nak menaip seperti selalu. Aminnn.
Sambil-sambil tu enjoy baju, wajah, tema baru blog aku nih. Temanya Sofie Awesome dowh! hahahahaha
Okaylah gais esok nak masak bekal, kena bangun awal.
Ada rezeki, kita jumpa esok yob! Kena rajin macam kak Ana. Setiap hari ada je post baru.
Chaiyok!!!!
P/s: Baru perasan tahun lepas langsung tak tukar tema blog.
takdelah setiap hari.. bila time cuti,cuti jugak entry kat blog kehkehkeh
Alolololo humblenya kak ana >_<. tapi baguslah buat kita pun rasa segar bugar nak aktif semula.