laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Sadako vs Kayako & Don’t Breathe

Jujurnya aku bukanlah seorang peminat horror movies atau cerita bunuhan ni

paling pun aku layan Insidious series dengan Conjuring. Itu pun conjuring 2, aku tak tengok-tengok lagi. Yeah, sebab dengar ura kata dia seram…maka, sampai sekarang aku tak berani tengok…(tunggulah kalau ada member yang gila horror teman, mungkin time tu adalah berani sikit…tak pun masa bulan puasa…heheheheh)

(aku tak mboh letak poster cerita, pasai aku pun tak cukup kuat semangat..huhuhuhu)

Macam mana boleh terlayan Sadako vs Kayako kalau tak minat horror?

Oh, ini sebab kakak aku yang belanja. Tips nak tengok wayang tanpa belanja besar adalah…:- tengok pada hari rabu..- maka, setiap hari rabu, kalau ada rezeki, pergilah tengok cerita apa yang menarik….

Sebenarnya, tertakluk pada jam jugak. Kitaorang selalu tengok masa pukul 11:00. Pilihan yang ada masa tu, hanyalah si sadako ni..nak tak nak, cubalah memberanikan diri untuk menontonnya…

Sadako vs Kayako

Aku tak pernah tengok Sadako atau pun Kayako secara solo. Alasan: cerita hantu jepun ni boleh tahan ‘kuat’…sama macam horror thailand…(satu je cerita hantu komedi thai yang aku boleh bantai adalah Pee Mak…yang lain…tak berani aih!)

Cerita tu, rating imdb dia takdelah tinggi sangat. Tak tau pasai pa…bagi aku yang tak minat horror, rating aku untuk tahap seram dia 8/10. Sebab…lepas tengok cerita tu aku terpaksa layan mana-mana kartun dulu sebelum tidur.

Sadako: Video sumpahan- yang kalau sesiapa tengok akan dapat panggilan telefon dan selepas dua hari mereka akan mati tanpa sedar. Dan sesiapa yang menghalang juga akan turut terbunuh.

Kayako: Aku tak mau hurai pasal Kayako…siapa tahu, tahu…kalau tak tahu anda boleh google…

Pengajaran yang aku dapat dari cerita tu:

Kalau ada orang share video-video seram jangan buka sembarangan.

Minggu seterusnya, aku yang teringin nak layan Don’t Breathe. Pasal rating dia boleh tahan tinggi jugak. (Menurut adik aku yang baru setengah jam tonton dia kata bosan!) Mungkin agak bosanlah…sikit…

Don’t Breathe

Cerita pasal tiga orang pencuri yang merompak dekat sebuah rumah milik army veteran. Army ni memiliki tunai yang sangat banyak disebabkan dia dapat pampasan ganti rugi daripada seorang perempuan kaya yang melanggar anak dia sampai mati.

Dah nama pun army, veteran lagi tu…sah-sahlah dia orang yang merbahaya. Tak kiralah dia buta ke, pekak ke, tuli ke apa…army…gerunlah sikit! Silapnya diorang tiga ni tadi, sikit pun tak takut. Adalah sorang tu rasa macam tak sedap hati. Tapi, demi kawan..turutilah jugak…

Tak pepasal, awal masuk tiga, keluar takde sesape…

Dan kitaorang keluar dari wayang dengan wajah blank. Macam tu je?

– untuk kedua-dua cerita ni..-

Memang ending cerita horror/thriller selalu macam tu ek?
– selalu buat orang tertanya-tanya; adakah kisah itu akan berulang dan tiada akhir?
– terpana untuk seketika..rupanya kisah tu tak pernah habis pun…***

Bagi aku, tengok genre horror kat wayang adalah sangat RUGI! Pasal 85% aku tutup mata dan telinga. Baki dia aku intai balik tudung…(Nasib baik orang belanja….kalau duit sendiri…cerita dia memang taklah kan…)

Itu saja bebelan aku kali ni…takde mende pun nak review kalau tuan dia pun penakut 2×5..T__T.

Aku memerlukan paling kurang tiga hari untuk menstabilkan otak, minda dan jiwa supaya tidak memikirkan perkara sebegitu…

So, kalau ada antara korang yang lebih kurang penakutnya dengan aku kan, korang rela ke tak tengok cerita horror even orang belanja? Apa cerita paling menakutkan yang korang pernah tengok dan berapa lama masa untuk neutralkan balik perasaan korang lepas tengok cerita tu?

Thanks for spending your precious time to read my entry! 🙂

All the best with your life!p/s: orang dah sibuk dengan “Train to Busan” aku baru dok update citer lama gini…apadaa….oh, btw TTB tu pun aku baru je abis tengok…dan sesungguhnya, aku tak berminat dengan cerita zombi dan sekufu dengannya….huhuhuhu (sepatutnya ni post semalam, tapi angin aral lintang celah mana tah, maka aku terpaksa tunda hari ni…)

Subscribe
Notify of
guest
14 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 3, 2016 11:55

kan? habis gelak tonggeng terbalik bila kena kejar dek pee mak! adoyai…

Kim Chaa
October 3, 2016 11:18

Hahaaha .. memang pun . Pastu kawan bagitahu cerita hantu niih tak takut pun, hantu kelakar. Terus boleh tgok dgn cool .

Haha
Haha
October 3, 2016 11:18

cerita lawak giler

Erni Hasmiza
October 3, 2016 11:18

Pee mak mmg kelakar .. sadako vs kayako tak tengok lagi

sofie adie
September 14, 2016 21:53

my pleasure nina! hope u enjoy it! 🙂

Hanis Amanina
September 14, 2016 21:51

okay niceee! video pun nampak cantik. hehe tak sabar nak tengok nanti! thanks sofieeeee

hanisamanina.com

sofie adie
September 14, 2016 17:05

itulah….ikutkan kita pun memang takkan tengok cerita hantu dekat wayang….memang susah nak buang bunyi tu dr menghantui telinga….ambil masa yang agak lama jugaklah….dan menyesal…huhuhuhu

Maman Reen
September 14, 2016 17:04

Seriously Reen tak akan tengok cerita hantu.. Lemah semangat. Lebih-lebih lagi yang ada adegen bunyi buat Reen terperanjat.

sofie adie
September 14, 2016 07:11

memang pun nina! giler susah nak tutup telinga….lagi2 part suara kayako macam kucing tu….uuuuu sampai sekarang, kalo dgr suara kucing memalam, automatik rasa seram….eee…..nyesal tau tengok….

kita biasa tengok kat sini kalau online nina,….nasib baik TTB dia dah keluar…

http://fmovies.to/film/train-to-busan.529z0/wo7ox7

sofie adie
September 14, 2016 07:08

heheheheh sori nad, kita terreview pulak….heheheh…esok kita baca review dr nad pulak k….

sofie adie
September 14, 2016 07:07

samalah kita kim chaa….tu pun kan, masa awal2 tengok pee mak pejam mata gak….hahahahhah
mujurlah lawak…

Hanis Amanina
September 14, 2016 07:04

cerita seram kalau kat wayang… hmm bertambah seram sebab sound system dia kan. T_T

sofiee, kalau ada Train To Busan online, gambar cantik, mohon share ea 😀 <3

hanisamanina.com

Nadratul Syazwana
September 14, 2016 07:04

Nad baru nak update review Don't Breathe esok hehehe. Sadako vs Kayako tak tengok pun hihi macam seram sangat jeww.

Kim Chaa
September 14, 2016 07:04

Saya Tak minat cerita horror movie. Tapi cerita pee mak tuuh dah tgok. Dan best . Heehe .. hantu kelakar . Dah,lah cntik hantunya. Hehe

Scroll to Top