Sains Geomatik: Apa tu?

Assalamualaikum and hello there,

Kali ni aku akan cerita serba ringkas untuk yang masih belum familiar dengan istilah geomatik. Info ni adalah perkongsiaan dari pengalaman aku sendiri dan juga rujukan dari sumber-sumber yang berkaitan. Buat yang mencari “apa itu sains geomatik” dan inginkan pendedahan yang lebih dekat dengan “Sains Geomatik di UiTM, Arau“, korang bolehlah keep on reading this blog…. ^_^ (ayat promote blog sendiri..hahahahaha)

Memandangkan sekarang musim mengisi UPU, maka apa salahnya kita kongsikan juga pengalaman ni kan? Mana yang kurang ke lebih tu harap dapat dimaafkan.

Sebelum buat apa-apa keputusan untuk ambil sesuatu bidang, korang mestilah buat kajian yang mendalam supaya minat pelajaran korang tak akan tersangkut di pertengahan semester. Tak kiralah bidang apa pun. Cuma dalam entry kali ni, aku akan fokus pada Geomatik. (maaf kalau terdapat kecacatan dalam maklumat :P)

Maksud Geomatik:

Menurut wiki geomatik adalah suatu bidang yang mengumpul, menyimpan, memproses dan menghantar maklumat georagrafi atau maklumat rujukan peta.

Geomatik juga merangkumi seni, sains dan teknologi dalam menguruskan maklumat rujukan geografi. (boleh rujuk sini dan sini)

Dalam bahasa mudahnya ia adalah bidang ukur tanah yang merangkumi semua prospek termasuklah penentuan kedudukan, arah kiblat, pasang surut air dan lain-lain.

Antara bidang Sains Geomatik termasuklah: 

-Cadastral / Topografi
-Engineering 
-Hydrografi
-Geodetic
-Remote Sensing
-GIS (Georgraphy Information System)
-Astronomy
-Carthography (buat peta)
-Photogrammetry

-dan banyak lagi….etc.etc.etc…

Bidang kat atas ni adalah antara subjek yang wajib diambil sepanjang tempoh bergelar pelajar geomatik.

Sila rujuk sini untuk keterangan lanjut.

Diploma Sains Geomatik di UiTM Arau terbahagi kepada tiga:

1- AP120 : Sains Geomatik tulen
2- AP121: Sains Geomatik GIS
3- AP122: Sains Geomatik sumber alam

untuk Degree hanya ada AP220 sahaja

Dari segi kerjaya bidang Geomatik sangatlah luas dan saling berhubung kait.

Geomatik juga termasuk sebagai salah satu kerjaya professional.
  • Isu berkaitan tanah; rujuklah cadastral,
  • Penentuan arah kiblat,; astronomy (ilmu falak)
  • Tentukan kedudukan tempat secara spesifik; rujuklah GIS, geodesy,
  • Pertanian; GIS, remote sensing
  • Offshore; hydrography
  • Isu strata; cadastral
Isu bangunan senget benget; engineering…dan baaaanyak lagi…

Walaupun bidang ni selalu menjadi kerjaya ‘balik tabir’, sebab dilindungi arkitek dan engineer… janganlah sedih-sedih…lambat laun semua akan tahu betapa pentingnya geomatik dalam kehidupan.

Contoh kesedaran terhadap pentingnya Geomatik bila isu Batu Putih, kehilangan pesawat MH370 muncul. (sebenarnya banyak lagi, tapi isu ni paling menonjol).

Bidang ni jugak mengajar kita ingat siapa diri kita.

Ya, kita manusia yang dicipta dari tanah, dan kepada tanah jua kembalinya kita suatu hari nanti…

Berminat?

Kalau ya, silalah teruskan membaca…

thanks for reading ya!

p/s: kalau korang tanya aku dalam banyak-banyak subjek aku suka apa, insyaAllah aku akan jawab cadastral. Sebab isu cadastral dia banyak terikat dengan undang-undang dan pekeliling. 😀

Continue Reading...

Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
sofie adie
10 June 2018 12:46

Kalau nak tanya soalan boleh email pada saya melalui jade2sofie@gmail.com
sebab saya takde kedua2 akaun tersebut ^_^
insyaAllah saya akan jawab segera.

Oogway Wugui
Oogway Wugui
10 June 2018 12:44

Sofie Adie…kalau ada IG dan FACEBOOK saya nak add..sebab saya ingin bertanyakan soalan kepada saudara.

sofie adie
sofie adie
06 June 2018 23:21

boleh je kalau minat. ada jugak subjek astronomi yg dibelajar. tapi basic sajalah. kalau sambung degree pun ada penerangan lagi pasal astronomi.

Unknown
Unknown
06 June 2018 23:17

lepas abis blajar geomatik boleh sambung astronomi ke ? ke lpas dlm course geomatik dh termask bljar astronomi skli ?

sofie adie
sofie adie
26 May 2018 11:56

Alhamdulillah….semoga terus sukses dalam dunia geomatik ya!
^_^

sofie adie
sofie adie
26 May 2018 11:55

Salam,
Tahniah sebab dapat sambung pelajaran!
takpe, semua orang yang ambik kos ni sebelum2 ni pun memang takde background kos ni. Namalah belajar, jadi bersedialah untuk belajar perkara2 baru. Lebih2 lagi dunia pengajian tinggi yang penuh mencabar.

All the best!
^_^

Unknown
Unknown
26 May 2018 11:52

Lepas baca ni terus semangat nak belajar pasal sains geomatik ni. Dulu time isi upu adalah cari pasal ni tapi macam kelam2 je. Tapi sekarang tak dah.

Unknown
Unknown
23 May 2018 20:54

Salam…saya nk tanya saya dpt kos geomatik di politeknik tapi saya memang tak ade pendidikan pasal geomatik ni.. Saya memang tengah buntu sekarang ni…adakah saya patut ambil kos geomatik ni

Sr Aszaman bin Misran
Sr Aszaman bin Misran
Reply to  Unknown
18 June 2022 23:42

Peluang yg sangat luas geomatik ni….tak kenal maka tak cinta…..teruskan, saya dulu pun bermula dari sijil politeknik, kemudian sambung diploma juga d politeknik, kemudian sambung pula degree d utm, kini berkhidmat bersama JUPEM….boleh search apa itu JUPEM….anda tidak akan menyesal….

sofie adie
sofie adie
25 March 2018 23:59

salam, kerja dia dia ukur tanah- orang yang ambil luas tanah- dan banyak lagi- boleh baca semua entri pasal geomatik dalam blog ni. terima kasih sudi bertanya :>

sya
sya
25 March 2018 23:30

salam…nk tnye, geometri nie pekerjaan dye macm mne ea?

Sr Aszaman bin Misran
Sr Aszaman bin Misran
Reply to  sya
18 June 2022 23:43

Banyak skop dan bidang….dari darat, laut sehinggalah ke angkasa….

sofie adie
sofie adie
02 January 2018 18:52

sorry lambat reply. kalau tak termasuk intern, 5 sem.
geomatik ada dua kali intern. satu masa cuti sem 4(lima minggu macam tu. tak ingat dah…^_^!), satu lagi sem 6.

Nur Afiqah
Nur Afiqah
02 January 2018 18:49

sis nak tanya. dip sc geomatik ni berapa total sem dia kalau tak termasuk intern?

sofie adie
sofie adie
24 December 2017 00:18

Wassalam hel,
untuk peringkat ijazah kemungkinan kos ni akan menjadi lebih tough dan memerlukan fokus yang tinggi dalam latihan komputer. sbb dia banyak software dan lab yang kena mahir. kalau hel rasa dapat kuasai dan manage masa dengan sebaik mungkin, rasanya xde menjadi masalah. sebab report memang kena submit hampir setiap minggu. (based on observation dan sesi soal jawab bersama rakan fakulti kos geomatik)

kalau tengok pada aktiviti palapes, saya pun tak pasti latihan dia ada ganggu rutin latihan praktikal (kerja site) atau tidak. apa2 pun kalau hel dapat utamakan study dan stabilkan palapes, why not just go for it?

itu pendapat hasil dr kaji selidik dengan member geomass. kalau nak tanya lebih lanjut hel boleh email abang ni. armj74@gmail.com mungkin beliau dapat memberi penjelasan yang lagi detail.

^_^

Hel izz
Hel izz
24 December 2017 00:03

Assalam.sis.. if kita apply kos ni untuk ijazah. Kita ada masa x untuk join palapes?? Mohon pencerahan sis..

Hel izz
Hel izz
24 December 2017 00:03

Assalam.. Sis.. sya nak tanya.. kalau kita apply kos geomatik ni untuk ijazah. Kita ada masa untuk join palapes tak? Mohon pencerahan ya..

sofie adie
sofie adie
12 September 2017 10:44

wow! a big applause for you sir. i'm really proud to meet a legend in this area. dan terima kasih sudi singgah sini. ^_^

Armj
Armj
12 September 2017 10:40

Baguslah…..saya terjumpa artikel ni….saya juga ex Dip di Arau, Degree di Shah Alam dan Master di Stuttgart…sekarang bertugas di jupem….kalau nak tanya/bantuan etc mnegenai Geomatic ni…contact saya di armj74@gmail.com

thanks

sofie adie
sofie adie
23 August 2017 22:55

maaf lambat reply ^_^!
saya study geomatik dekat uitm arau dulu.
semester satu dia ajar semua basic. awak boleh rujuk dalam entri sains geomatik sem 1.

Siti Nurathirah
Siti Nurathirah
23 August 2017 22:51

sis sofie study geomatik di uitm or utm?kalau semesteer satu,selalunya belajar apa ya?

sofie adie
sofie adie
14 August 2017 00:12

boleh rujuk pada entri perbezaan ketiga bidang ni.
sumber alam dia mostly kepada data dan banyak guna software remote sensing.

Siti Nurathirah
Siti Nurathirah
10 August 2017 23:23

sains geomatik sumber alam mcm mana ya?pkerjaan?

sofie adie
sofie adie
21 July 2017 01:54

u're welcome!

afiqah m
afiqah m
21 July 2017 01:39

OKAY, thank you! 🙂

sofie adie
sofie adie
01 July 2017 20:14

InsyaAllah ada kalau awak dpt score yg terbaik.
Facility diarau buat masa skrg masih byk dalam proses pembaharuan.

afiqah m
afiqah m
01 July 2017 20:11

tumpang tanya,
course tu memang ada future yang cerah tk?
and Uitm Arau ada sediakan facility yg cukup tk?
tq

sofie adie
sofie adie
13 March 2016 11:41

haah…samal je dorang ni kak…QS kena involve dalam field work jugak ke? huhuhu.xmboh r amek….:P

ros nordin
ros nordin
13 March 2016 11:26

Geomatik,ukur tanah n ukur bahan tu lebih kurang ke Sofie. Adik akak dulu amik course QS tapi macam ni juga time beljar pergi ukur2 dan korek2 tanda2 tanah semua..

Hazmi Musa Coway
Hazmi Musa Coway
14 October 2020 12:30

boleh ke dah ada diploma geomatik nak sambung buat ijazah dalam bidang animasi pulak.. he..he.. rasa pelik kan soalan ni..

Subscribe today!

💌 Get fresh updates straight to your inbox.
Scroll to Top

Discover more from Sofie Adie

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

🎉 You’re In
Thanks for Subscribing!

Fresh updates are on the way to your inbox.

While you’re here, why not explore more?

31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x