Holla there!
Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahkan. Yelah, mana ada kelam kelibut nak balik kolej dah…oh, ada jugak ek yang exam sebelum raya? bertabahlah ๐
Sebelum terlambat, aku sofieadie dari Miri, ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua warga muslim yang menyambutnya pada tahun ini. Semoga bulan Syawal kalian tetap meriah dan ceria hendaknya….Maaf zahir batin dari saya, andai ada yang tersinggung sepanjang mengenali insan kerdil ini….
Apa cer, dah lama tak update blog, lepas tu lip-lap-lip-lap…dah raya….oh, kemalasan apakah yang melanda jiwa ini? Oh, rezeki bulan ramadhan hari tu, aku belanjalah blog aku ‘baju baru’. Patutnya hari tu lagi aku patut cerita. Tapi, masih ‘tak berkesempatan’ aka MALAS! huhuhuhu
Start puasa hari tu, faktor kekangan masa yang sampai tak ber-update blog ni. Ni time raya, tadak buat apa-apa pun masih jugak tak ber-update. Masa mood nak update datang, blog buat hal. Tak boleh bukak bagai. DNS error katanya…lepas tu aku try bukak tempat lain. Sama jugak.
Last-last aku adu dekat tempat aku daftar domain. Lepas tu, mood nak nulis pun dah merajuk….adalah dalam dua tiga hari takleh bukak…sedih wooo!
Untuk pujuk balik mood menulis tu, aku belanjalah ‘baju raya’….tadaaaaa!
Begitulah kisah penuh emosi raya sofieadie….
Raya tahun ni, kitaorang buat open house lambat sikit…nextweek baru open house. Mana yang ada sekitar Miri pada 22 Julai 2016 nanti, (sila masukkan tarikh penting ini dalam jadual anda…) kalau rasa nak makan free, jemputlah maghi ke rumah. Menunya masih belum diputuskan lagi. Tapi, yang pastinya…sushi memang ada. Oh, tak lupa juga pelbagai aneka kek lapis sarawak homemade! Tabiklah kalau yang jejauh sanggup datang… kalau rajin, aku updatelah situasi open house tu nanti…(kalau rajinlah….)
Tu je kot cerita raya untuk hari ni…Thanx for reading!
p/s: awak yang dapat kad raya dari Miri tu, dah dapat ke belum?
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Sofie ๐ Baru dan nak wish ehehe.
kita pun makan kek lapis sarawak raya ni, sebab sepupu yana belajar kat sana
Salam yana ๐
minna wa minkum taqabbal ya karim…
maaf zahir batin juga dari saya dan salam aidilfitri ๐
Salam sofie,
Taqabballahu minna wa minkum.
maafkan salah silap saya sepanjang berkenalan disini.
Selamat hari raya sofie ๐
kan??? kalau dekat nanti bolehlah serbu ya! ^_^
salam aidilfitri too ๐
Lawa baju baru.
Sushi ? Kek lapis .. waaaarggghhhh sedaaaapnya .>.< nasib baik jauh . Kalau tak serbu . Huhu
salam aidilfitri =)
insyaAllah sik lupak….selamat hari raya juak tashira ๐
selamat hari raya kak. maaf zahir & batin ๐ kosong kosong okay? hihi boleh tahan jauh juak miri ya hahaha boh lupak ambik gambar kek lapis & update ok! hehe
selamat hari raya too cikla! ๐ MZB
Selamat hari raya opie… Maaf zahir batin…
u too tomo!
thanks! ๐
selamat hari raya aidilfitri maaf batin& zahir kak sofie ๐
nice baju ghayo blog nih ๐